MELAWATI MALL KILAUAN RAYA AL-MAGHRIBI MERIAH DENGAN PENAMPILAN ISTIMEWA PELAKON PROJEK: HIGH COUNCIL

MELAWATI MALL KILAUAN RAYA AL-MAGHRIBI MERIAH DENGAN PENAMPILAN ISTIMEWA PELAKON PROJEK: HIGH COUNCIL

Ruby
6
MELAWATI MALL KILAUAN RAYA AL-MAGHRIBI MERIAH DENGAN PENAMPILAN ISTIMEWA PELAKON PROJEK: HIGH COUNCIL | Assalammualaikum semua. Lagi beberapa hari kita akan menyambut Ramadan yang dirindui. Sedar tidak sedar, kita pun sibuk membuat persiapan Syawal. Aidilfitri pasti meriah dengan koleksi pakaian raya baru dan segar mengikit pilihan warna tahunan. 

Institut Warna Pantone menamakan Viva Magenta sebagai warna rasmi tahun 2023 kerana sifatnya yang menggembirakan namun berkuasa. Merah dengan nota halus ungu, magenta sempurna melengkapkan banyak palet warna berbeza daripada yang lebih mewah, bahagian spektrum warna permata kepada palet yang lebih cerah dan bersahaja.

MELAWATI MALL KILAUAN RAYA AL-MAGHRIBI MERIAH DENGAN PENAMPILAN ISTIMEWA PELAKON PROJEK: HIGH COUNCIL


Sejak pembukaan Melawati Mall pada 26 Julai 2017. Kami penduduk berdekatan amat teruja. Ia merupakan pusat beli-belah gaya hidup seluas 613,000 kaki persegi dengan lebih 200 kedai runcit terletak di lapan tingkat. 

Dari Lower Ground Floor Melawati Mall menyediakan keperluan pengguna dari kedai barangan runcit Village Grocer hingga ruang hiburan seisi keluarga The Parenthood yang terletak di tingkat 6. Menjadi keutamaan pengunjung adalah kapasiti ruang parkir Melawati Mall terdapat 1,900 tempat letak kereta. Best kan?

Aidilfitri 2023, Melawati Mall sambut raya dengan tema 'Kilauan Raya Al-Maghribi' yang menampilkan suasana ala-ala Morocco di ruang legar Concourse, Ground Floor dengan penglibatan pelbagai jenama di ruang bazaar raya. 

Selain itu Melawati Mall turut mengadakan kempen berbelanja RM300 dan keatas, anda berpeluang membawa pulang hadiah  bernilai sehingga RM10,000. Lumayan!

Menjelang Hari Raya Aidilfitri, bermula 17 Mac hingga 1 Mei 2023 pengunjung boleh membeli-belah barangan persediaan raya untuk sesisi keluarga pada harga yang mampu milik. Anda boleh ambil gambar banyak-banyak di ruangan bertema raya megah tesergam indah. Jangan ketinggalan untuk menyertai pelbagai aktiviti menarik. Sambil berbelanja, anda boleh kumpul mata ganjaran STAR$ di Melawati Mall melalui aplikasi CapitaStar App.

PERTUNJUKAN FESYEN KILAUAN RAYA AL-MAGHRIBI


Melawati Mall dengan kerjasama Elrah Exclusive dan Chizu, mempersembahkan pertunjukan fesyen ‘Kilauan Raya Al-Maghribi’ dengan penampilan istimewa barisan pelakon siri televisyen popular Astro iaitu Projek: High Council iaitu Amir Ahnaf, Fadhli Masoot dan Hazeeq Dean.

Peminat mereka yang telah hadir seawal jam 1 petang sangat teruja untuk melihat figura ini secara dengan lebih dekat. Penampilan mereka bertiga dengan busana Baju Melayu lengkap bersongkok dan bersampin dari Elrah Exclusive menambahkan lagi kekacakan Amir Ahnaf, Fadhli Masoot dan Hazeeq Dean. Ini telah membuatkan peminat berasak-asak tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama. 

Hampir runtuh ruang pameran di bazaar Melawati Mall. Pihak sekuriti juga terkejut dengan impak kemunculan Amir Ahnaf, Fadhli Masoot dan Hazeeq Dean. Ternyata fenomena drama bersiri Projek: High Council telah memberi nafas baru kepada dunia drama di Malaysia. Tahniah buat semua yang terlibat. 

Pertunjukan fesyen Melawati Mall 'Kilauan Raya Al-Maghribi' mempamerkan trend Raya terkini daripada penyertaan jenama seperti Max Fashion, Elrah Exclusive, D'yana, SannicoV, Colegacy Concept Store dan Fana Couture.

ELRAH EXCLUSIVE



D'YANA


FANA COUTURE


MAX FASHION



COLEGACY CONCEPT STORE



SANNICOV



Tingkat bawah pusat beli-belah ini juga di hias cantik dengan tema Marrakech, sesuai untuk pengunjung bergambar. Terokai hiasan pentas bertema Maghribi yang cantik, gerai perayaan yang berwarna-warni dan meriah menampilkan fesyen Raya terkini, permaidani Maghribi, hidangan Timur Tengah dan banyak lagi.


Sementara itu, pembeli juga boleh menikmati persembahan tarian berinspirasikan Maghribi, muzikal Raya dan menyertai bengkel bertemakan Raya pada hujung minggu.

GANJARAN AHLI CAPITASTAR STAR$


Untuk memberi ganjaran kepada pembeli di atas perbelanjaan mereka, Melawati Mall menawarkan ahli CapitaStar dengan lebih banyak lagi ganjaran membeli-belah eksklusif. a
Ahli CapitaStar yang menjamu selera di kedai makanan dan minuman pada hari bekerja nikmati sehingga 3X mata STAR$. 

Pada hujung minggu, ahli CapitaStar mendapat 2X mata STAR$ apabila mereka membeli-belah di kedai runcit terpilih. Ahli CapitaStar juga boleh menggunakan mata STAR$ untuk menebus hadiah Raya eksklusif seperti set hadiah Maghribi (1200 STAR$) dan MM Raya Packets (300 STAR$) melalui aplikasi mudah alih CapitaStar.

Bukan itu sahaja, ahli CapitaStar juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah yang hebat bernilai sehingga RM10,000 apabila mereka berbelanja sekurang-kurangnya RM300 dalam satu resit semasa kempen berlangsung.

Jadi, jangan lepaskan peluang anda
untuk mengumpul mata ganjaran yang
menakjubkan semasa membeli-belah di Melawati Mall.

Tags

Catat Ulasan

6Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Ohh wow ...so nice all the collection for both males & females, surely all Muslim friends can have a good shopping for Raya. Cheers SiennyLovesDrawing

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yaaaa. Tahun ni kita raya betul-betul dan semua jenama dah ready. I suka semua!! Rambang mata nak pilih.

      Padam
  2. wow guna budak2 high council memang confirm letopan! baju ni pun sebenarnya not bad cite pun padu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cerita best, baju pula dari Elrah Exclusive. Memang kebaboommm.

      Padam
  3. Wow nice lahhh, semua benda ada, boleh shopping raya kat sini lah nanti! Eh eh... Jelesnya kite... Bestnya gambar dgn pelakon2 projek high council 😆😍

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sambil shopping sambil bergambar. Hehehe. Pelakon Projek: High Council ni sangat humble. Peramah dan ikhlas melayani peminat. Mungkin ini sebab generasi sekarang menyukainya.

      Padam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !