COCA-COLA MENERUSKAN KONTRAK PENJUALAN DI PAWAGAM GOLDEN SCREEN CINEMAS

COCA-COLA MENERUSKAN KONTRAK PENJUALAN DI PAWAGAM GOLDEN SCREEN CINEMAS

Ruby
0
COCA-COLA MENERUSKAN KONTRAK PENJUALAN DI PAWAGAM GOLDEN SCREEN CINEMAS | Assalammualaikum semua! Jika tiada Coca-Cola semasa menonton filem di pawagam GSC Cinemas pasti tidak akan sama kan. Setiap hirupan Coca-Cola memberi kita kesegaran dan secara automatik kita kembali fokus menonton filem hampir 3 jam. Terima kasih Coca-Cola dan GSC Cinemas memahami keinginan penonton.  Kerjasama ini bakal menawarkan pelbagai jenis minuman kepada pengunjung pawagam. 

COCA-COLA MENERUSKAN KONTRAK PENJUALAN DI PAWAGAM GOLDEN SCREEN CINEMAS



Coca-Cola Malaysia telah memperbaharui kerjasamanya dengan rangkaian pawagam terkemuka, Golden Screen Cinemas (GSC) dengan termeterainya perjanjian konsesi lanjutan, sekaligus mengukuhkan lagi hubungan perniagaan strategik yang terjalin sejak tiga dekad.


Memorandum persefahaman itu telah ditandatangani hari ini oleh Encik Louis Balat Joseph, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pelaburan Pembotolan untuk Singapura, Malaysia, dan Brunei serta Puan Koh Mei Lee, Ketua Pegawai Eksekutif Golden Screen Cinemas dalam satu majlis yang dilangsungkan di Aurum Theatre.

“Kami amat berbangga dapat meneruskan kerjasama strategik kami dengan GSC dan berkongsi ‘keajaiban’ bersama pengunjung pawagam melalui rangkaian minuman kami yang menyegarkan, selaras dengan falsafah ‘Real Magic’ kami. Kerjasama ini juga melambangkan kepercayaan dan komitmen kukuh di antara Coca-Cola dan GSC,” kata Louis Balat Joseph, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pelaburan Pembotolan untuk Singapura, Malaysia dan Brunei.

Para peminat filem boleh menikmati bukan sahaja Coke yang sejuk, malah juga jenama popular lain dalam portfolio Coca-Cola seperti Sprite, Fanta, A&W, Ayataka, rangkaian Heaven & Earth dan minuman buah-buahan yang menyegarkan; Minute Maid Pulpy Orange. 

Para peminat filem juga boleh memilih produk yang disediakan mengikut pesanan, seperti set kombo di kaunter atau set e-kombo pra-beli melalui Laman Web GSC atau Aplikasi Mudah Alih GSC.

“Dengan adanya kerjasama erat yang menjangkau lebih 3 dekad, kerjasama kami yang diperbaharui dengan Coca-Cola Malaysia menandakan satu pencapaian yang penting dalam sebahagian daripada strategi pertumbuhan kami. 

Sejajar dengan matlamat kami untuk mencipta pengalaman sinematik yang menarik, kami sentiasa berusaha untuk berinovasi dalam penawaran kami untuk memberikan akses dan nilai yang lebih besar kepada para penonton filem, kini dengan rangkaian produk, promosi dan tawaran eksklusif yang lebih luas yang dibawakan kepada kita semua oleh Coca-Cola Malaysia yang mana boleh dinikmati di seluruh pawagam kami,” kata Puan Koh Mei Lee, Ketua Pegawai Eksekutif Golden Screen Cinemas.


Coca-Cola dan GSC mengalu-alukan para pelanggan menyertai kempen terbaru sempena meraikan kerjasama strategik kedua-dua pihak di mana hadiah istimewa edisi terhad berupa sebuah skuter Vespa Coca-Cola yang unik dan elegan bakal menanti pemenang. 

Untuk menyertai peraduan ini, anda hanya perlu membelanjakan lebih daripada RM50 dalam satu transaksi untuk tiket wayang dan kombo Coca-Cola di pawagam GSC dalam tempoh promosi di antara bulan April hingga Mei. 

Peminat motosikal dan skuter Vespa juga boleh melihat secara dekat motosikal kegemaran mereka yang bakal dipamerkan di lokasi-lokasi GSC terpilih. Untuk maklumat lanjut, sila ikuti laman media sosial GSC.

Sebagai tanda penghargaan kepada kerjasama jangka panjang antara kedua-dua jenama ikonik tersebut, dan bagi meraikan musim perayaan Aidilfitri, GSC bakal menganjurkan sebuah pameran wayang kulit yang menarik di Aurum Theatre, The Gardens Mall dari 31 Mac – 8 Mei. 

Dizahirkan oleh artis visual kontemporari tempatan dan pengasas bersama Fusion Wayang Kulit, Tintoy Chuo, pameran itu menggambarkan kisah dan evolusi perkongsian antara kedua-dua jenama tersebut, dengan sentuhan moden dalam tradisi yang diceritakan melalui seni wayang kulit.

MENGENAI COCA-COLA MALAYSIA


Selain daripada Coca-Cola, salah satu jenama paling berharga di dunia, sistem Coca-Cola di Malaysia juga mengeluar, memasar dan mengedarkan lebih daripada 80 produk termasuk minuman bergas (Coca-Cola Rasa Asli, Sprite, Fanta, A&W, Schweppes), minuman bergas rendah dan sifar kalori (Coca-Cola Light, Coca-Cola Zero Sugar), minuman buah-buahan (Minute Maid Pulpy, Minute Maid Refresh, Minute Maid Qoo), teh (Syurga dan Bumi, Authentic Tea House), minuman penghidrat & air (Glaceau Vitaminwater, Dasani) dan minuman tenaga (Predator).

Coca-Cola telah bertapak di Malaysia sejak 1936 dan setakat ini mempunyai lebih 200,000 pelanggan di seluruh Malaysia termasuk, Sabah dan Sarawak. Coca-Cola memberi fokus dalam merealisasikan inisiatif kelestarian dan melaksanakan inisiatif secara berkesan bagi memenuhi keperluan masyarakat tempatan.

Antaranya adalah melalui inisiatif kitar semula dengan kerjasama pelbagai pihak, penyediaan kemudahan air bersih untuk lebih 23,000 orang penduduk luar bandar Sabah dan usaha memperkasakan golongan wanita dari segi ekonomi, Coca-Cola adalah komited untuk menghasilkan impak positif kepada masyarakat setempat.

MENGENAI GOLDEN SCREEN CINEMAS


Golden Screen Cinemas Sdn. Bhd (GSC) ialah anak syarikat milik penuh Kumpulan PPB (ahli Kumpulan Kuok), yang mengendalikan jumlah melebihi 600 skrin di lebih 70 lokasi di seluruh Malaysia dan Vietnam, dengan 509 skrin di 55 lokasi di Malaysia, dan 108 skrin di 18 lokasi di Vietnam melalui kerjasama dengan Galaxy Studio.

Sebagai rangkaian pawagam terkemuka di Malaysia, GSC membawakan pengalaman gaya hidup yang inovatif, bersepadu dan memperkayakan melalui teknologi sinematik terkini, produk jualan, F&B, acara dan banyak lagi. 

GSC juga memiliki Teater Aurum, sebuah pawagam butik mewah yang tiada seumpamanya di Malaysia, yang menampilkan tempat duduk mewah, perkhidmatan pra-tempah, dan sajian makanan ala-Eropah.

Tags

إرسال تعليق

0تعليقات

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

إرسال تعليق (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !