CELESTIAL IN STYLE BERSAMA BUTIK CHENTA LUNAR LEBARAN INI

CELESTIAL IN STYLE BERSAMA BUTIK CHENTA LUNAR LEBARAN INI

Ruby
4

CELESTIAL IN STYLE BERSAMA BUTIK CHENTA LUNAR LEBARAN INI | Assalammualaikum semua. Bagaimana dengan persiapan lebaran anda sekeluarga? Jika masih belum mencari pakaian muslimah dan anak perempuan, Ruby nak rekemen butik di Shah Alam ni. Walaupun Shah Alam ni dah penuh dengan segala jenama dan menjadi hub fesyen. Ada satu butik pakaian istimewa untuk kalian iaitu Butik Chenta Lunar. 

Butik ini bukan sekadar menyediakan pakaian Ready-To-Wear (RTW) sahaja, malah perkhidmatan tempahan menjahit pakaian turut disediakan. Apabila butik dari kalangan tukang jahit, pakaian RTW mereka sangat selesa. Ruby kalau ke butik pakaian, wajib cuba dulu. Dah selesa, kita terus beli. Tambahan pula ada diskaun sempena raya. Berbaloi-baloi. 

CELESTIAL IN STYLE BERSAMA BUTIK CHENTA LUNAR LEBARAN INI


Baju raya adalah satu perkara wajib bagi semua orang termasuk para wanita dan ibu-ibu yang teliti menyediakan persiapan hari raya buat seisi keluarga. Buat anda yang mencari kelainan dalam Aidilfitri tahun ini, BUTIK CHENTA LUNAR menawarkan konsep “Celestial In Style” buat semua. 

Celestial membawa maksud cakerawala atau heavenly, ia adalah metaphora untuk konsep yang diketengahkan iaitu stail yang sentiasa “up to date” dan tidak lapuk dek zaman.

Butik Chenta Lunar yang terletak di 65, Jalan Plumbum P/7P, Seksyen 7, Shah Alam mula beroperasi pada 9 Oktober 2022 bersamaan 12 Rabiul Awal 1444H. Butik ini diinspirasikan oleh seorang wanita yang bersemangat dalam memperjuangkan keinginan hidupnya.

Dalam usaha bangkit selepas pandemik COVID-19, di samping mahu memberi peluang pekerjaan kepada orang ramai. Nama “Lunar” itu sendiri mempunyai keperibadian Ekpresif, Mudah Berbicara, Bersosialisasi, Kreatif dan Menikmati Hidup. Ini membuatkan Butik Chenta Lunar cepat dikenali oleh orang ramai. 

Tahun ini Butik Chenta Lunar membawakan variasi busana hari raya seperti baju kurung, baju kurung moden, baju kebaya, jubah, baju kurung kanak-kanak dan banyak lagi.

CELESTIAL IN STYLE BERSAMA BUTIK CHENTA LUNAR LEBARAN INICELESTIAL IN STYLE BERSAMA BUTIK CHENTA LUNAR LEBARAN INICELESTIAL IN STYLE BERSAMA BUTIK CHENTA LUNAR LEBARAN INICELESTIAL IN STYLE BERSAMA BUTIK CHENTA LUNAR LEBARAN INI


Bagi anda yang ingin mencari baju korporat seperti dress, office attire, casual, cardigan, jump suit semuanya tersedia di Butik Chenta Lunar. Selain itu, baju kurta eksklusif turut dijual.

Bersempena hari raya yang bakal tiba, bagi pelanggan yang membeli-belah RM150 dan ke atas, hadiah istimewa dari Butik Chenta Lunar tersedia untuk anda. Pemberian sampul duit raya juga ada!

Selain itu, tempahan baju seperti baju nikah, baju majlis persandingan, baju bridesmaid, baju graduasi atau baju korporat juga boleh ditempah di sini. Butik Chenta Lunar mempunyai tenaga bagi melakar rekaan dan juga menjahit. 

PROMOSI HARI RAYA

Bermula 1 Ramadan, iaitu 23 Mac 2023 konsep baju raya Ibu & Anak akan dilancarkan dengan harga RM150 ke bawah. Rebutlah peluang ini dengan berjimat tetapi mampu tampil bergaya di hari raya. Konsep “Mother Daughter Type” ini memberikan kemudahan kepada para ibubapa untuk membeli baju raya sedondon di bawah satu bumbung. 


Buat yang inginkan lebih glamor, perkhidmatan ‘on the spot request’ bagi pelanggan yang ingin menambah manik, lace atau sebagainya turut disediakan. Perkhidmatan ini jarang ditawarkan oleh butik lain, tapi inilah kelainan Butik Chenta Lunar. 

Menjelang kedatangan Syawal tidak lama, datanglah beramai-ramai ke Butik Chenta Lunar yang menjanjikan pelbagai rekaan dan warna menawan. Sudah tentu akan memberikan anda sekeluarga pilihan yang banyak untuk tampil lebih bergaya di hari raya.

BUTIK CHENTA LUNAR (bersebelahan dengan PKNS Biz Point)
65,Jalan Plumbum P7/P, 
Seksyen7, Shah Alam,
Selangor.
Waktu Operasi: Selasa - Ahad | 10 pagi - 7 malam
Buat yang ingin lebih informasi atau pertanyaan lanjut, boleh hubungi 019-7542705.

Tags

إرسال تعليق

4تعليقات

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Wah! Banyak juga pilihan rekaan di sini ye. Nanti bawa wife shopping baju kebaya. Dia suka tau baju kebaya.

    ردحذف
  2. Ala, kenapa takde promosi ayah dan anak? I nak la beli satu - pastu baju anak tu bagi la kat anak2 kengkawan. Cantik warna hijau zamrud yang Ruby pakai tu

    ردحذف
  3. suka koleksi
    pakaian kat sini. Cantik dan menarik. Yg sedondon tu mmg menarik

    ردحذف
  4. Wow ...a nice fashion boutique with kids collection available, the pink one on the girl so so pretty lovely. Cheers SiennyLovesDrawing

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !