PROGRAM AMAL PERSATUAN SINDROM DOWN MALAYSIA (PSDM) BERSAMA WORLD SAREE DAY MALAYSIA (WSDM)

PROGRAM AMAL PERSATUAN SINDROM DOWN MALAYSIA (PSDM) BERSAMA WORLD SAREE DAY MALAYSIA (WSDM)

Ruby
0
PROGRAM AMAL PERSATUAN SINDROM DOWN MALAYSIA (PSDM) BERSAMA WORLD SAREE DAY MALAYSIA (WSDM) | Assalammualaikum semua. Pada 1 Mar 2023 yang lalu telah berlangsung perjanjian persefahaman di antara Persatuan Sindrom Down Malaysia (PSDM) dan World Saree Day Malaysia (WSDM) bagi mengumpul dana untuk PSDN. Acara bakal berlangsung pada 19 Mac 2023 di Dewan Tun Abdul Razak, Menara Kembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur. 

PROGRAM AMAL PERSATUAN SINDROM DOWN MALAYSIA (PSDM) BERSAMA WORLD SAREE DAY MALAYSIA (WSDM)



Persatuan Sindrom Down Malaysia (PSDM) bersama World Saree Day Malaysia (WSDM) akan bersama-sama mengadakan program amal dengan gabungan kesenian dan kebudayaan, program ini disokong oleh Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara (JKKN) dan Suruhanjaya Tinggi India. 

Tujuan program ini adalah untuk menjana dana kepada PSDM dan dalam masa yang sama, mendidik tentang keunikan Saree serta memperkenalkan budaya pemakaian Saree di Malaysia.

PSDM adalah pertubuhan bukan untung yang ditubuhkan pada 2001, ia mempunyai sukarelawan kebajikan yang menjaga pembangunan dan memperjuangkan hak individu Sindrom Down (SD) di seluruh Malaysia melalui perspektif kesihatan, kebajikan, pendidikan, latihan kerjaya vokasional, dan pekerjaan.

Di PSDM, kanak-kanak Sindrom Down didedahkan dengan pelbagai kemahiran seperti memasak, membasuh pakaian dan pelbagai kemahiran lain demi membantu mereka dalam menjalani kehidupan seharian. 

Oleh itu, dana yang dijana di program ini akan digunakan untuk membantu PSDM mendapatkan peralatan tambahan dan perbelanjaan latihan kerjaya vokasional mereke bagi membantu ahli persatuan menjadi usahawan yang berdikari dan berjaya di masa hadapan.

Mereka yang mengidap penyakit Sindrom Down sering bertungkus lumus demi mendapatkan pekerjaan dan untuk memulakan perniagaan mereka sendiri. Oleh itu, WSDM dan BNR berbangga untuk menyokong dan menggalakkan usahawan di kalangan Sindrom Down.


Penganjur program ini ialah Bkay Nair, pengarah di syarikat Bkay Nair Resources (BNR). BNR ialah syarikat penyediaan latihan dan acara yang telah melatih orang ramai secara peribadi untuk menjadi usahawan yang berjaya, dalam aspek komunikasi dan pembangunan kerjaya.

Sebagai seorang yang dermawan, dia telah melibatkan dirinya dalam pelbagai acara dan program khidmat sosial untuk wanita dan kanak-kanak yang memerlukan melalui Soroptimist International Ampang dan Sedunia Hari Hijab Antarabangsa. 

Oleh demikian, ia menjadi inspirasi kepada Bkay untuk menganjurkan program amal ini. Sebelum ini, Bkay Nair juga telah menganjurkan beberapa program seperti “Miss Saree Malaysia 2019”, “Miss Saree Malaysia 2021”, “Women of Essence Leadership Series 2019 - 2021”, dan Kem Penjenamaan Keusahawanan 2020 dan lain-lain.

“Sebagai seorang yang meminati warisan budaya Malaysia dan telah mengambil bahagian dalam pelbagai program amal, saya berharap program ini dapat memberi peluang kepada komuniti PSDM untuk menunjukkan keupayaan dan potensi mereka, dan dalam masa yang sama memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk mengetahui lebih lanjut tentang tradisi dan budaya pakaian tradisional kaum India iaitu Saree,” kata Bkay Nair.


Di era moden ini, khususnya, budaya pemakaian Saree dalam kalangan rakyat Malaysia semakin dilupakan dan sering dimodenkan. Malaysia adalah sebuah negara berbilang budaya,etnik, kaum dan bangsa. 

Oleh Itu, WSDM berhasrat untuk membawa impak sosial kepada masyarakat dengan menggalakkan generasi muda untuk terus mencintai dan menghargai seni dan budaya pelbagai kaum di Malaysia.

Acara ini adalah gabungan antara amal, pendidikan, budaya, dan fesyen. Dengan sambutan hari wanita antarabangsa yang akan berlangsung pada bulan Mac, acara ini juga memberi platform kepada kami untuk meraikan semua wanita di Malaysia yang berbilang kaum dan latar belakang.

WSDM tekad untuk mengekalkan kepelbagaian budaya pelbagai kaum di Malaysia, menggalakkan orang ramai memakai pakaian tradisional bagi memupuk perpaduan antara pelbagai kaum.


WSDM akan berlangsung pada 19 Mac 2023 di Dewan Tun Abdul Razak, Menara Kembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur, di mana persembahan daripada PSDM, JKKN, Kelab Bharat Kuala Lumpur, dan ramai lagi akan dipersembahkan.

Tetamu Kehormat dan tetamu VVIP yang akan turut serta program ini ialah Menteri Sumber Manusia, Tuan V. Sivakumar, Timbalan Menteri Pelancongan, YB Khairul Firdaus, H.E Pesuruhjaya Tinggi India, Encik Bommireddy Narasimha Reddy, dan YB Senator Datuk Ras Adiba.

MENGENAI BKAY NAIR RESOURCER (BNR)


Bkay Nair Resources (BNR) ditubuhkan pada tahun 2011 oleh Cik Bkay Nair, sebuah syarikat yang menjalankan latihan kemahiran insaniah, kemahiran teknikal, latihan berkaitan IT, kemahiran keusahawanan, penjenamaan, pembinaan pasukan dan pengurusan acara. 


BNR telah menganjurkan pelbagai acara pada masa lalu seperti “Miss Saree Malaysia 2019”, “Miss Saree Malaysia 2021”, “Women of Essence Leadership Series 2019 - 2021”, dan Kem Penjenamaan Keusahawanan 2020 dan lain-lain.

Cik Bkay Nair ialah graduan Undang undang dari Universiti Kebangsaan Malaysia, LLB(HONS) mengasaskan Bkay Nair Resources. Beliau terlibat secara aktif dalam persada hiburan tempatan dan turut muncul dalam filem Ratu dan Banglo99. 

Beliau adalah Ratu Cantik dan usahawan yang cemerlang dan teladan yang dianugerahkan sebagai salah seorang Wanita Berjaya Dunia 2017 oleh The Phoenix Awards.

MENGENAI PERSATUAN SINDROM DOWN MALAYSIA (PSDM)


Sindrom Down Malaysia (PSDM) ditubuhkan pada 11 Mei 2001, merupakan Pertubuhan Sukarelawan Kebangsaan (NVO) yang menjaga kesejahteraan individu Sindrom Down dan keluarga mereka di seluruh Malaysia dari perspektif kebajikan, kesihatan, pendidikan & latihan, kemahiran vokasional/kerja dan pekerjaan serta hidup berdikari dengan bantuan masyarakat. 

Selain itu, sebagai NVO, PSDM adalah satu persatuan bukan untung dan semua sumbangan dana digunakan untuk manfaat anak-anak Sindrom Down.

Tags

إرسال تعليق

0تعليقات

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

إرسال تعليق (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !