PUAS HATI MENONTON SECARA LANGSUNG EMOSI MELODI DAN KELAJUAN JARI JEMARI MAKSIM MRVICA

PUAS HATI MENONTON SECARA LANGSUNG EMOSI MELODI DAN KELAJUAN JARI JEMARI MAKSIM MRVICA

Ruby
6
PUAS HATI MENONTON SECARA LANGSUNG EMOSI MELODI DAN KELAJUAN JARI JEMARI MAKSIM MRVICA | Assalammualaikum semua! Syukur alhamdulillah, salah satu wish list kehidupan Ruby dimakbulkan oleh Allah s.w.t. Ruby ada satu keinginan iaitu menonton persembahan Piano secara langsung dari Maksim Mrvica. Azam itu Ruby set masa mula mengenali muzik Maksim. Tahun 2004 Ruby masih bawah umur dan sibuk dengan persediaan peperiksaan SPM.  Jadi, tidak boleh menonton konsert Maksim The Piano Player di Stadium Putra Bukit Jalil. 

Masa berlalu, usia pun semakin meningkat. Pada umur Ruby 36 tahun baru dapat menonton konsert Maksim Mrvica. Nostalgia sungguh perasaan semasa melihat Maksim main piano secara langsung. Tinggi lampai orangnya. 207 cm ketinggan Maksim Mrvica. Terima kasih Harmonie International membawa 2023 Maksim The Collection Kuala Lumpur. Seramai 2,500 penonton terhibur menonton persembahan Maksim Mrvica. 

PUAS HATI MENONTON SECARA LANGSUNG EMOSI MELODI DAN KELAJUAN JARI JEMARI MAKSIM MRVICA


Malam tadi, buat pertama kali kami menonton persembahan konsert dari ahli muzik. Kebiasaannya konsert penyanyi tempatan dan antarabangsa sahaja. Kali ini pengalaman sangat berbeza. Puas hati dapat tengok secara langsung Maksim Mrvica main piano. 

Setiap persembahan ada jiwa tersendiri dari Maksim, beliau tidak menggunakan nota muzik Piano Chords untuk mengingati. Maksim sudah professional dan fokus dengan setiap melodi. Kelajuan jari jemari beliau juga mencuri tumpuan para penonton di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre. 

Menjadi tanda tanya bagaimana rutin penjagaan diri Maksim Mrvica. Sebab bukan sahaja jari perlu dijaga. Malah keseluruhan badan perlu sihat. Semasa beliau memetik key piano, tiada perlanggaran sesama jari. Malah laju dan tekad setiap melodi sampai ke jiwa Ruby. Memang lain perasaan apabila melihat dan mendengar secara langsung berbanding kita mendengar di aplikasi Spotify tu. 


Plenary Hall sangat sesuai untuk persembahan piano dari Maksim Mrvica. Bunyi piano tu best betul. Kerusi selesa dan pandangan kami ke pentas utama memang tertumpu kepada Maksim. Setiap kali Maksim habis main piano untuk setiap tajuk lagu, beliau akan buat tunduk tanda hormat kepada penonton. Sebagai penonton persembahan ahli muzik buat kali pertama, Ruby rasa wow! Terus bangun dan beri tepukan gemuruh. Automatik! 

Buat pengetahuan anda, setiap kali persembahan selesai, tunduk tanda hormat adalah tanda terima kasih Maksim kepada penonton kerana anda telah menonton, mendengar, dan menikmati. Manakala, tepukan gemuruh daripada penonton adalah tanda ucapan terima kasih kepada Maksim yang membuat persembahan yang penuh bersemangat. 

Kebanyakan ahli muzik akan membalas ucapan terima kasih ini dalam apa jua cara yang mereka selesa. Cara orang seni muzik berkomunikasi memang puitis kan? Jadi, Ruby belajar sesuatu di konsert Maksim Mrvica. Hehe.

14 LAGU DIMAINKAN OLEH MAKSIM MRVICA


Di konsert 2023 Maksim The Collection Asia Tour, sebanyak 14 lagu dimainkan. 6 lagu pertama dimainkan dan kemudian ada rehat 20 minit. Kemudian Maksim akan sambung lagi 8 lagu. Hebat betul. Perlu penjagaan serius kepada jari jemari, lengan, bahu, leher, tulang belakang, pinggang dan kaki. Main piano ni keseluruhan badan kita bergerak rupanya. 

Tambah lagi perlu fokus pendengaran dan mata. Sebab semasa konsert akan terganggu dengan pencahayaan dari lampu laser, skrin led dan pendengaran pula perlu teliti sebab mungkin terganggu dengan suasana dewan. 


Ruby dan suami terhibur menonton persembahan Maksim Mrvica. Rasa nostalgia dan kami dapat relaks minda. Berikut adalah senarai lagu yang dimainkan oleh Maksim. 

1. EXODUS
2. CLOCKS
3. IN THE HALL OF THE MOUNTAIN KING
4. BOHEMIAN RHAPSODY
5. GYMNOPEDIE
6. CHOPIN / BALLADE IN G MINOR, OP 23
7. NOSTRADAMUS
8. NUTCRACKER FANTASY
9. REMEMBER ME
10. CROATIAN RHAPSODY
11. GAME OF THRONE
12. THE FLIGHT OF THE BUMBLEBEE
13. MISSION IMPOSSIBLE
14. PIRATES OF CARIBBEAN (BONUS)

Malam tadi, semua penonton berkelakuan baik mendengar arahan. Malah mereka akan senyap mendengar bait bait melodi yang dimainkan oleh Maksim. Ruby suka vibes macam ni. Aaaaa pengalaman yang sangat berharga. Terima kasih Harmonie International sebab bawa Maksim Mrvica ke Malaysia. Nak lagi tahun depan! 


Tahniah Maksim Mrvica, Harmonie International dan PR yang bertanggungjawab Yoke Leng! All the best untuk perjalanan jelajah 2023 The Collection yang seterusnya!
Tags

إرسال تعليق

6تعليقات

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. wahh bestnya dah la dapat tengok live. siap dapat bergambar berdua. memang rezeki sangat ni

    ردحذف
  2. Wow bestnya ruby!!! I actually really love maxim, adore dgn dia sebab saya pun pemain piano, so memang idol lahhhhh😍😍😍 Best nyaaaa!!!

    ردحذف
  3. Aww memang best that you got to experience watching it live, i love this music too

    ردحذف
  4. Best la dapat tonton he play live! My mom punya favorite ni, hopefully next round boleh bring her along…

    ردحذف
  5. i can already imagine the feeling of being in the hall while he was playing live. i can feel each note and vibration by this amazing man. you must feel so thrilled and mesmerised while hearing him play. loving the photo you took with him too - what a cool opportunity!

    ردحذف
  6. Memang berbeza bila dapat nikmati sendiri secara langsung, lain rasanya berbanding tengok kat TV. I can feel it, yelah, dok layan anak main keyboard dengan gitar kat depan mata pun dah rasa so into it, inikan pulak dapat tengok pemain piano international main piano kat The Plenary secara LIVE kan Ruby? Memang suasana yang mengujakan!

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !