GIANT MALAYSIA KINI DIMILIKI OLEH DATUK ANDREW LIM

GIANT MALAYSIA KINI DIMILIKI OLEH DATUK ANDREW LIM

Ruby
0
GIANT MALAYSIA KINI DIMILIKI OLEH DATUK ANDREW LIM | Assalammualaikum semua. 23 Februari 2023, Dairy Farm International Ltd (DFI) Hong Kong, yang mengendalikan rangkaian pasar raya besar di bawah jenama Giant, Giant Mini, Cold Storage, TMC, dan Mercato telah memeterai perjanjian dengan syarikat tempatan terkemuka Malaysia yang diketuai ahli perniagaan dan usahawan, Datuk Andrew Lim, untuk mengambil alih keseluruhan perniagaan makanan DFI di Malaysia.

GIANT MALAYSIA KINI DIMILIKI OLEH DATUK ANDREW LIM



DFI, yang mengendalikan rangkaian runcit di bawah GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd, telah dijual kepada Datuk Andrew Lim. Datuk Andrew Lim merupakan pengerusi eksekutif kumpulan KL Sogo dan beliau juga menganggotai lembaga pengarah Gama Supermarket & Departmental Store Sdn Bhd yang berpangkalan di Pulau Pinang. 

GCH memasuki negara ini pada tahun 1999 dan merupakan sebahagian daripada kumpulan DFI. DFI diperbadankan di Bermuda dan mempunyai penyenaraian utama di Bursa Saham London dan penyenaraian sekunder di Bermuda dan Singapura. Di Malaysia, DFI juga mengendalikan rangkaian farmasi kesihatan dan kecantikan di bawah Guardian Health & Beauty Sdn Bhd.

DFI Group akan mengalihkan perniagaan makanan Malaysianya kepada syarikat tempatan yang terkemuka. Kesemua pekerja Giant, Cold Storage dan Mercato seramai 2,500 orang dikekalkan. Syarikat tempatan itu dikemudi usahawan terkenal Datuk Andrew Lim, Pengerusi Eksekutif Kumpulan GAMA dan Timbalan Pengerusi SOGO. DFI Group kekal komited terhadap perniagaan di Malaysia dengan fokus kepada pengukuhan perniagaan Guardian Malaysia.

DFI GROUP (“DFI”) mengumumkan ia telah memeterai perjanjian dengan syarikat tempatan terkemuka Malaysia, diketuai oleh ahli perniagaan dan usahawan tempatan Datuk Andrew Lim, untuk memperoleh kesemua perniagaan makanan DFI di Malaysia, termasuk jenama ikonik Giant. 

Peralihan ini dijangka selesai awal Mac 2023. Syarikat tempatan ini diterajui oleh Datuk Andrew Lim. Datuk Lim mempunyai rekod prestasi yang luas dan dikenali dengan kejayaannya dalam kepimpinan runcit serta dikreditkan dengan sumbangan ketara kepada pertumbuhan dan transformasi landskap runcit di Malaysia. Beliau juga merupakan Timbalan Pengerusi Kumpulan SOGO Department Store Sdn Bhd, serta Pengerusi Eksekutif Kumpulan GAMA yang memiliki dan mengendalikan jenama ikonik GAMA Supermarket & Departmental Store 
di Pulau Pinang.

Syarikat tempatan ini berkongsi kepercayaan yang sama seperti DFI dalam memberi fokus kepada menyampaikan kualiti, perkhidmatan serta nilai hebat kepada pelanggan. 

DFI yakin pemilik tempatan berpengalaman seperti Datuk Lim akan memberi manfaat serta perubahan positif kepada pelanggan dan kakitangan Giant, Cold Storage dan Mercato. Perkembangan positif ini sudah pasti akan menjana pertumbuhan masa depan berdasarkan pengetahuan pasaran yang mendalam, pelaburan jenama dan kekuatan daya saing untuk membentuk landasan kukuh.

Syarikat tempatan ini akan mengambil alih 2,500 kakitangan sedia ada. DFI berterima kasih ke atas dedikasi dan komitmen kakitangannya, serta percaya pengalaman dan semangat mereka terhadap jenama ini akan diteruskan dengan memberi sokongan padu kepada cita-cita kompetitif Datuk Lim dan pasukan kepimpinan tempatan ini. Mereka juga akan menerima manfaat daripada peluang pertumbuhan kerjaya dengan menjadi sebahagian daripada syarikat yang lebih besar di Malaysia. 

Ketua Pegawai Eksekutif DFI Retail Group Asia Tenggara, Chris Bush berkata, “Kami amat gembira apabila dapat memastikan perolehan perniagaan makanan ini diberi kepada sebuah syarikat tempatan yang dihormati serta berjaya, dengan mengekalan kakitangan berdedikasi syarikat, di mana ia menyediakan peluang pertumbuhan kerjaya untuk kakitangan dan meningkatkan daya saing, perkhidmatan serta memberi nilai yang lebih besar untuk pelanggan di Malaysia. 

Kami mempunyai keyakinan penuh terhadap kejayaan masa depan perniagaan makanan di bawah kepimpinan baru. Kami mendoakan yang terbaik kepada pemilik baharu serta semua rakan sekerja kami di masa hadapan.”


Datuk Andrew Lim berkata, “Kami mengucapkan terima kasih kepada DFI Retail Group kerana memberi kepercayaan serta amanah kepada kami memajukan lagi jenama runcit terkenal di Malaysia ini. Kami bersama-sama dengan 2,500 rakan serta teman sekerja yang baru ini akan berusaha sebaik mungkin untuk menambah nilai dan meningkatkan ekuiti jenama Cold Storage, TMC, Giant dan Mercato di Malaysia.

DFI kekal komited terhadap perniagaan runcit di Malaysia dengan mempertajamkan fokus strategik kepada perniagaan kesihatan dan kecantikan yang kini berkembang pesat. DFI Group akan terus memiliki dan mengendalikan sepenuhnya kedai Guardian Health and Beauty yang menyandang tempat pertama dalam undian oleh pelanggan Malaysia pada 2022. 

DFI merancang pertumbuhan pesat Guardian Malaysia dengan jangkaan penambahan rangkaian kedai (kini melebihi 500) serta penambahan ratusan perkerjaan dalam tempoh dua tahun ini.”

Chris Bush berkata, “Peralihan ini akan membolehkan DFI Group menumpukan perhatian eksklusif kepada pengembangan perniagaan Guardian di Malaysia. Kami memang teruja dengan peluang untuk memajukan Guardian dengan lebih pesat disokong dengan penambahan cawangan yang ketara, penambahbaikan kedai dan peningkatan tawaran kepada pelanggan. 

Langkah ini akan membolehkan kami memberi impak yang lebih besar kepada pelanggan sambil membina kekuatan runcit kami dalam memberi kecemerlangan kepada pelanggan setiap hari.”

MENGENAI DFI GROUP


DFI Retail Group (‘DFI’) ialah peruncit pan-Asia terkemuka. Pada 30 Jun 2022, DFI dan syarikat bersekutu serta usaha samanya mengendalikan lebih 10,300 cawangan dan menggaji kira-kira 220,000 orang. Kumpulan mempunyai jumlah jualan tahunan pada 2021 melebihi AS$27 bilion. 

DFI memberikan kualiti dan nilai kepada pelanggan Asia dengan menawarkan jenama terkemuka, pengalaman runcit yang menarik dan perkhidmatan yang hebat; semuanya dikendali melalui rangkaian kedai yang kukuh disokong oleh rantaian bekalan yang cekap.

DFI (termasuk syarikat bersekutu dan usaha sama) beroperasi di bawah beberapa jenama terkenal merentasi makanan, kesihatan dan kecantikan, kelengkapan rumah, restoran dan peruncitan lain.
Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !