GARIS MASA RAIHAN SABTU INI!

GARIS MASA RAIHAN SABTU INI!

Ruby
1
GARIS MASA RAIHAN SABTU INI! | Assalammualaikum semua. Konsert yang dinantikan oleh adik-adik Raihan yang kini sudah menginjak dewasa bakal memberi perasaan nostalgia kepada kita semua! Kumpulan Nasyid Raihan tampil dengan perancangan konsert luar biasa. Malah ia diadakan dengan konsep istimewa Peristiwa Israk dan Mikraj. Sabtu ini, 18 Februari 2023 merupakan 27 Rejab 1444H. 

MasyaAllah sudah lama Ruby tidak meraikan dan memperingati hari istimewa buat semua umat Islam. Sabtu ini, dua acara bakal diadakan di Stadium Melawati Shah Alam. Cahaya Israk Mikraj dan Garis Masa Raihan. Kedua-dua program ini bakal memberi manfaat kepada kita semua.

GARIS MASA RAIHAN SABTU INI!



ACARA: CAHAYA ISRAK MIKRAJ
LOKASI: STADIUM MALAWATI, SHAH ALAM
TARIKH: 18 FEBRUARI 2023
OBJEKTIF KONSERT DAN FESTIVAL : Menghayati makna di sebalik peristiwa Israk & Mikraj 
Penganjur : WNS Marketing Sdn Bhd 
Penganjur bersama : Musollah Aisya dan Ribath Fatimah Az Zahra

SEGMEN MALAM: GARIS MASA RAIHAN
TETAMU: Raihan, Habib Ali Zainal Abidin, Habib Jamal Bin Toha Ba’agil, Sidi Abu Anas Abu Jaish & Amy Search
DURASI: 8 malam - 11.30 malam


Konsert yang bakal memecahkan persepsi stereotaip terhadap Raihan. Sabtu ini merupakan sejarah penting bagi Raihan dan para peminat mereka. Selepas 22 tahun keberadaan dalam industri seni tanah air, kumpulan bertaraf antrabangsa dan dilabelkan legenda ini bakal menggegarkan Stadium Malawati, Shah Alam menerusi konsert berskala besar, Garis Masa Raihan.

Raihan dan seluruh warga produksi konsert berkenaan pada saat ini sibuk dengan persiapan akhir menjelang malam bersejarah yang dijangka bermula sekitar pukul 9 malam itu.

“Konsert Garis Masa Raihan akan menjadi momen penting kerana buat pertama kalinya, peminat Raihan melihat persembahan kami yang seperti ini. Diharapkan konsert ini dapat mengubat rindu mereka kepada Raihan,” ujar Che Bakar.

Lebih penting lagi, konsert ini akan memberikan kelainan bukan sahaja dari segi persepsi tetapi juga pandangan khalayak selama ini terhadap kumpulan yang ditubuhkan pada tahun 1996 ini. 

Ia dianggap sebuah momen penting kerana buat pertama kalinya, peminat Raihan melihat persembahan mereka yang berlainan. Mereka juga mengharapkan konsert Garis Masa Raihan akan dapat mengubat rindu mereka kepada Raihan.

Konsert Garis Masa Raihan bakal menjadi pentas eksperimentasi lagu-lagu malar segar mereka yang akan dipersembahkan dalam rangkaian genre berlainan.

Menurut Che Amran atau mesra di sapa Che Am, persembahan di konsert itu kelak nanti diyakini akan memecahkan persepsi stereotaip yang sering dikaitkan dengan kumpulan tersebut.

“Kami mahu kikis stereotaip dan kebiasaan dengan menyuntik pelbagai elemen muzik, seperti Rock, Pop, acapella dan tradisional dalam lagu-lagu kami yang akan dipersembahkan nanti.

“Kami ingin raikan genre berlainan kerana tidak mahu Raihan terperangkap dalam persepsi yang sama,” ujarnya.

Berkongsi rasa teruja, anggota Raihan, Che Amran Idris, terus mengajak peminat beramai-ramai hadir malam esok bagi menyaksikan persembahan Raihan yang lebih segar, istimewa dan berbeza.

Menurutnya, Konsert Garis Masa Raihan bakal mengembalikan nostalgia buat penggemar kumpulan tersebut yang membesar dengan lagu-lagu mereka.

“Kami bersyukur dan terharu kerana selepas 22 tahun, kami berpeluang sekali lagi berkongsi ekspresi muzik dengan peminat menerusi sebuah konsert berskala besar.

“Insya-Allah, penonton akan menyaksikan bentuk persembahan sering kami bawakan di luar negara. Pentas, muzik, konsep, instrumen dan vokal yang akan ditonton malam esok lebih matang dan berlainan,” ujar Che Amran mewakili Raihan ketika ditemui sewaktu sesi latihan di Sungai Buloh. 

Durasi konsert ini akan berlangsung selama dua jam dengan pengisian sekitar 21 buah lagu. Beberapa buah lagu juga akan disampaikan secara medley untuk memenuhi permintaan peminat yang ingin lagu-lagu kegemaran mereka disampaikan.

Disoal tentang status penjualan tiket, jelas Che Am, proses tersebut berjalan lancar dan jumlah (jualan) tiket yang diraih cukup menggalakkan.

“Alhamdulillah, tiket sudah terjual lebih 90 peratus. Kepada yang berminat masih boleh membuat pembelian di www.ticket2u.com.my.

“Saya difahamkan peminat dari Singapura dan Indonesia juga akan hadir ke konsert ini nanti. Saya dan seluruh anggota Raihan tidak sabar bertemu mereka,” ujar Amran pula.

“Lebih istimewanya juga ia menjadi acara kemuncak dalam festival Cahaya Israk Mikraj yang dianjurkan bersempena memperingati perjalanan Rasulullah SAW ini ikut mempunyai segmen lainnya pada sebelah siang hari,” ujar Che Am dari Raihan.

Menjanjikan sebuah konsert yang akan terus menyuburkan rasa cinta dan kasih sayang terhadap Islam dan perjuangan Rasulullah SAW, Raihan akan mendendangkan hit mereka seperti Syukur, Iman Mutiara, Senyum dan Sesungguhnya yang cukup ikonik dengan kumpulan tersebut.

Konsert ini turut menjemput keberkatan dengan kehadiran tokoh Islam, Habib Ali Zainal Abidin dan Habib Jamal Bin Toha Ba’agil dan Sidi Abu Anas Abu Jaish menersui slot khas.

Konsert Garis Masa Raihan ini juga akan diisi dengan persembahan solo Amy Search.
Tags

إرسال تعليق

1تعليقات

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

إرسال تعليق

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !