AL-JAWAHER LANCAR LAGU BAHARU BRING ME CLOSE TO YOU, BAKAL TEMBUSI PASARAN ANTARABANGSA

AL-JAWAHER LANCAR LAGU BAHARU BRING ME CLOSE TO YOU, BAKAL TEMBUSI PASARAN ANTARABANGSA

Ruby
8
AL-JAWAHER LANCAR LAGU BAHARU BRING ME CLOSE TO YOU, BAKAL TEMBUSI PASARAN ANTARABANGSA | Assalammualaikum semua! Sangat lama kita tidak mendengar kemunculan kumpulan nasyid wanita tersohor Al-Jawaher. Ruby membesar dengan lagu-lagu ketuhanan Islamik melalui kumpulan nasyid ini. 

Lagu yang membuat Ruby kembali ke pangkal jalan di saat seronok zaman remaja. Walaupun Al-Jawaher ditubuhkan pada tahun 1979. Lagu-lagu mereka hidup sehingga ke hari ini. Kita akan terbuai dengan lirik dan vokal semua penyanyi. 

Lagu kegemaran Ruby adalah Tegakkanlah Sembahyang, Adam dan Hawa, Mohon Padanya Sujud Padanya dan Perjalanan. Keunikan kumpulan Nasyid Al-Jawaher juga dari alunan muzik yang moden. Intro setiap lagu mesti panjang dan ada lenggok. Tenang je bila dengar. Setuju?

AL-JAWAHER LANCAR LAGU BAHARU BRING ME CLOSE TO YOU, BAKAL TEMBUSI PASARAN ANTARABANGSA


Buat peminat nasyid, nama Al-Jawaher bukanlah suatu nama yang asing. Ditubuhkan pada tahun 1979, Al-Jawaher dikenali ramai dengan lagu-lagu malar segar seperti Ku Pohon Restu Ayah dan Bonda, Kembara Di Tanah Gersang, Selawat dan Salam, serta banyak lagi. Al-Jawaher dianggotai oleh Jumuyah, Siti Rusminah Jaafar, Siti Hajar Mohamad, Normala Mohamad, Habibah Othman, Norhaiyati Yusop dan Latifah.

Setelah 44 tahun berkecimpung dalam industri muzik, buat julung kalinya Al-Jawaher mempertaruhkan single terbaharu mereka dalam Bahasa Inggeris dan Arab, BRING ME CLOSE TO YOU. Pengambaran video muzik ini dilakukan di sekitar Melaka.

Ini adalah percubaan Al-Jawaher untuk meneroka dan menembusi pasaran muzik antarabangsa sekaligus diharapkan dapat mengubah persepsi masyarakat antarabangsa tentang Islam. 


Untuk itu, single BRING ME CLOSE TO YOU juga akan dilancarkan sempena Israk Mikraj. BRING ME CLOSE TO YOU adalah hasil nukilan sepenuhnya oleh Yazri Malik, yang turut mengubah pelbagai lagu buat bakat-bakat baharu di Singapura.

Single terbaru Al-Jawaher ini merupakan initiatif secara tidak langsung dari Jamiyah Singapura bagi menyebarkan dakwah dan nasihat melalui seni muzik. Ini merupakan kerjasama bersama Impact Music & Entertainment untuk ke persada pasaran antarabangsa.


BRING ME CLOSE TO YOU boleh didengarkan di semua pelantar penstriman digital mulai 17 Februari jam 12 tengah malam manakala video muzik BRING ME CLOSE TO YOU boleh ditonton di saluran YouTube Impact Music pada hari yang sama.

Tags

إرسال تعليق

8تعليقات

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Saya sebenarnya macam pertama kali dengar kumpulan nasyid Al-Jawaher ni, tapi lagu tu macam familar.

    ردحذف
  2. wow group nasyid legend ni. moga sukses dengan lagu baru dan dapat tembusi pasaran antarabangsa

    ردحذف
  3. macam pernah dengar kumpulan nasyid ni, mak saya pernah cerita rasanya. tak sangka masih aktif sampai sekarang :)

    ردحذف
  4. Wah. Kumpulan legend nie. Now they are back with newer and fresher sound too! Welcome back!

    ردحذف
  5. Wowo....congrats on the launch of new music by kumpulan nasyid Al-Jawaher, sure gonna bring more listening & entertaining pleasure for their fans. Cheers Siennylovesdrawing

    ردحذف
  6. Congrats to the new launch of this song, may it brings inspiration to many listeners

    ردحذف
  7. this is such a beautiful group, preserving the beauty and grandeur of the Islam religion through songs. cant wait to see all the successes they are going to achieve

    ردحذف
  8. ni excited nak dengar.. suka dengar lagu genre mcm ni... rasa tenang jer

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !