WARDAH COLORFIT PERFECT GLOW CUSHION

WARDAH COLORFIT PERFECT GLOW CUSHION | Assalammualaikum semua! Musim hujung tahun dan awal tahun adalah waktu sesuai untuk kita ambil peluang menambah stok mekap dari jenama Wardah Beauty Cosmetics. Lihat sahaja tawaran istimewa dari Guardian Malaysia, Ruby pun tidak terkecuali menambah produk-produk Wardah. 

Wardah adalah jenama produk kecantikan Halal, bebas kekejaman, hanya mengandungi bahan-bahan terbaik natural dan produk kosmetik semulajadi ini berasal dari Indonesia. Kini, rangkaian Wardah Colorfit mula memasuki pasaran Malaysia dan viral. Viral dari segi kualiti keberkesanannya dan harga yang sangat berbaloi-baloi. 

Terima kasih Wardah kerana sentiasa beri diskaun dan menghasilkan produk bersesuaian dengan cuaca masyarakat Asia khususnya di Malaysia. 

WARDAH COLORFIT PERFECT GLOW CUSHION



Inilah masa untuk kita bersinar, Wardah Beauty memperkenalkan produk terbaru kepada rangkaian terlaris Colorfit. Koleksi yang menakjubkan iaitu kusyen asas, Wardah Colorfit Perfect Glow Cushion. Terkenal kerana menjadi satu-satunya kusyen Halal dengan pemakaian selama 12 jam dengan hasil yang mengagumkan.

Sempurna meresap ke dalam kulit tanpa berminyak dan tidak membuatkan kulit berminyak apabila pakai lama. Inovasi ini juga meletakkan keselesaan adalah keutamaan Wardah. Hanya dengan beberapa kali sapuan ringan Wardah Colorfit Perfect Glow Cushion, produk terus sekata di atas kulit. Hasilnya sempurna tanpa usaha. Mudah menggunakannya!


SPF 33 PA+++ MELINDUNGI DARI SELARAN MATAHARI


Dengan SPF 33 PA++, kusyen ini memberi perlindungan tinggi terhadap sinaran UV yang berbahaya. Ia mampu menutupi noda hitam dan bekas jerawat pada wajah anda. Untuk Ruby yang memiliki kulit yang kombinasi dan sering terdedah sinar UVA dan UVB, Wardah Colorfit Perfect Glow Cushion memberi perlindungan maksimum tatkala sibuk dengan urusan harian. 


Menguruskan anak-anak dan kerjaya memerlukan Ruby tampil cantik bersedia. Ini kerana setiap hari adalah hari baru dan kita tidak pasti dengan siapa akan bertemu. Siapa kata setiap hari adalah sama? Cuba pakai Wardah Colorfit Perfect Glow Cushion, anda pasti surprise dengan perjalanan hari anda yang penuh keajaiban. 

Sentiasa menjaga penampilan, agar anda berasa bersedia menempuhi hari yang sememangnya penuh dengan cabaran. Cabaran emosi manusia terutamanya. Namun, pastikan emosi anda sentiasa positif. Okay? Hehehe. 

TEKNOLOGI SKINMATCH WARDAH


Teknologi SkinMatch Wardah membolehkan penyesuaian nada yang paling tepat dan sesuai dengan tona kulit semulajadi tanpa anda kelihatan pucat dan kelabu. Formulasi ditambah dengan pigmen penyempurna cahaya yang melembapkan kulit tanpa menimbulkan rasa tidak selesa atau berminyak.

SkinMatch Technology, pigmen yang direka khusus untuk menyempurnakan tona kusyen dengan warna natural kulitmu. Dirumus untuk bertahan sepanjang hari tanpa menjejaskan dan memberi kemasan yang sihat. 


GLOW PERFECTING PIGMENT BERTAHAN SELAMA 12 JAM


Glow Perfecting Pigment, memberikan efek glow tahan lama hingga 12 jam tanpa kesan berminyak dan anda akan berasa kulit wajah lembab dan berseri.


8 TONA MENGIKUT WARNA KULIT ANDA


Semasa di acara ini, Ruby berkesempatan mencuba tona warna semua kod. Pada mulanya Ruby fikir yang Ruby adalah pemilik tona 23W Warm Ivory. Namun sangkaan ku meleset setelah mencuba kesemua warna. 

Ternyata Ruby adalah pemilik tona 11C Pink Fair. Kulit wajah selepas PKP Pandemik COVID-19 menjadi lebih cerah apabila duduk diam di rumah. Hehehe. 

Tahukah kalian, Ruby juga suka melakukan aktiviti lasak dan mengembara? Baru-baru ini kulit Ruby menjadi kemerahan dan berbelang di antara hijab dan wajah. Seronok main water rafting, sekali sun burned. Sebab agak lama juga terdedah dengan cahaya matahari. Hahaha.

Jadi, pilihan untuk cantik adalah mencari tona yang lebih neutral sementara kulit kembali pulih kepada tona warna asal. Jangan bimbang, kita memiliki tona semulajadi. Tidak selamanya akan gelap. 

Wardah Colorfit Perfect Glow Cushion terdiri dari 8 tona :

-11C Pink Fair
-22N Light Ivory
-23W Warm Ivory
-33W Olive Beige
-32N Neutral Beige
-42N Neutral Sand
-43W Golden Sand
-52N Almond


Jadi, yang mana satu lebih tepat dengan tona kulit anda?

MAKSUD C, N DAN W 


Wardah Colorfit Perfect Glow Cushion terdiri dari 8 tona. Nama tona terdiri dari 2 angka dan 1 huruf. Huruf pada nama tona melambangkan undertone, iaitu W untuk Warm, N untuk Neutral, dan C untuk Cool.

Cara paling mudah menentukan undertone kulit kita adalah dengan melihat pembuluh darah atau urat nadi di pergelangan tangan. Tentukan tona yang tepat mengikut undertones kulit.

Kalau huruf melambangkan undertone, 2 angka di depannya melambangkan tona kulit. Semakin kecil angkanya, maka tona akan semakin cerah. Pilih tona yang paling dekat dengan kulit anda! 

REKA BENTUK WARDAH COLORFIT PERFECT GLOW CUSHION 


Sebagai pengguna Wardah, pastinya setiap keluaran produk dapat diketahui melalui warna bungkusannya. Dengan cara ini, kita akan tahu produk-produk Wardah dari rangkaian Colorfit, Exclusive, Lightening, Acnederm, Crystallure, Renew, Everyday, Hydra Rose, C-Defense, Instaperfect, EyeXpert atau lain-lain. 

Bekas Wardah Colorfit Perfect Glow Cushion mempunyai 2 lapisan. Bahagian di atas adalah untuk ruang simpanan span dan di bahagian bawah adalah ruang Wardah Colorfit Perfect Glow Cushion. Dilengkapkan dengan cermin untuk anda bersolek walau di mana sahaja.

MAKAN-MAKAN DI APOLLO DINING BANGSAR


Pelancaran Wardah Colorfit Perfect Glow Cushion berlangsung di Apollo Dining, Bangsar. Kami dihidangkan dengan makanan yang enak-enak. Terima kasih Wardah!


Pumpkin & Leek Soup
(fried shallots, truffle oil, cream)

American Scallop & Taro
(scallop, taro fritter, caviar, cherry tomato, radish, citric juniper hollandaisse)

WARDAH COLORFIT PERFECT GLOW CUSHION
Chicken Percik Roulade
(chicken chop, mince chicken krapow, kerabu risotto, percik sauce)

Cempedak Nian Gao Fritters
(coconut sorbet, gula melaka sauce)

SESI CURHAT WARDAH COLORFIT PERFECT GLOW CUSHION

Kelainan acara anjuran Wardah adalah me time kami. Saat ini kita seperti mengenali semua. Tidak kira siapa anda, apakah bidang anda, pelakon, selebriti, personaliti media sosial, wartawan, media dan blogger. Kami diraikan sama rata dan gembira saling menyokong di antara satu sama lain. 

Gembira dapat berjumpa teman-teman dari Wardah Indonesia dan Malaysia. Alhamdulillah untuk hubungan baik ini Ya Allah. Sayang mereka semua. 

Ruby bermula mengenali Wardah di Indonesia ketika acara 200 Tahun Penemuan Candi Borobudur di Kompleks Taman Wisata Candi Borobudur Magelang, Manohara Centre for Borobudur Study pada 15 November 2014. Wardah penyedia goodie bag pada ketika itu. Nampak goodie bag hijau Wardah yang Ruby pegang? Kenangan!


Ramai tanya produk kosmetik apa Ruby guna? Sudah semestinya Wardah. Hehehe. Wardah Colorfit Perfect Glow Cushion kini dijual di semua farmasi utama negara, di samping kedai-kedai rasmi Lazada dan Shopee pada harga MYR 39.90 setiap satu.

7 تعليقات

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. suka cushion ni.. ianya meliputi hampir keseluruhan muka. nampak kemas dan flawless

    ردحذف
  2. AM pun suka cushion seperti ini. AM dah tak perlu pakai foundation + bedak lagi bila guna Wardah Cushion ini.

    ردحذف
  3. Huda pun suka brand Wardah, suka pakai sebab memang serasi dengan kulit. Nanti nak beli colorfit perfect glow pula. best sebab siap ada SPF .

    ردحذف
  4. I like the smooth and lightweight texture, after apply the skin tone looks even and flawless

    ردحذف
  5. i love this product so much. it's so amazing to have a local brand as it understands the skin types and colours of Malaysians. i cannot wait to give this brand a try soon as it is so affordable too!

    ردحذف
  6. Ohh wowo....this wardah new cushion looks so good on skin, love a varieties of colours available so can choose the closer & natural look to own skin. Nice & gonna check out la. Cheers Siennylovesdrawing

    ردحذف
  7. nampak eksklusif, harga pun berpatutan, saya blh mntk wife saya cuba ni

    ردحذف
أحدث أقدم

نموذج الاتصال