KONSERT NE-YO LIVE IN MALAYSIA 2023 MENGGAMIT NOSTALGIA

KONSERT NE-YO LIVE IN MALAYSIA 2023 MENGGAMIT NOSTALGIA

Ruby
0
KONSERT NE-YO LIVE IN MALAYSIA 2023 MENGGAMIT NOSTALGIA | Assalammualaikum semua. Ne-Yo Live in Malaysia sangat best yaaaa! Pada mulanya Ruby fikir konsert dalam Plenary Hall, KLCC yang ada kerusi takkan havoc macam di stadium. Tapi, luar biasa ya! Kami tahun 2000 R&B fans hadir! Umur dah 30-an dan 40-an dah kami semua. Bayangkanlah lagu-lagu hit zaman persekolahan Ruby dinyanyikan secara langsung. Suara dan persembahan Ne-Yo memang best!

Shaffer Chimere Smith atau lebih dikenali sebagai Ne-Yo dilahirkan pada 18 Oktober 1979 sama tarikh lahir dengan Ruby. Cuma usia berbeza. Done claimed! Hahaha. Ne-Yo merupakan penyanyi, penulis lagu, pelakon, penari, dan penerbit rekod syarikat rakaman Amerika. Dia mendapat kemasyhuran kerana kebolehannya menulis lagu apabila dia menulis hit Mario 2004 "Let Me Love You". Namun, Ruby mengenali Ne-Yo dengan lagu So Sick dan Sexy Love di MTV. 

Sepanjang karier beliau, pelbagai anugerah telah dinobatkan dan dimenangi. Diantaranya adalah Best Male R&B Artist 2007 & 2009 di BET Awards, Best Contemporary R&B Album di Grammy Awards 2008, Best Male R&B Vocal Performance dan Best R&B Song di Grammy Awards 2009, Best Songs dan Best R&B di MOBO Awards 2007 dan banyak lagi!

KONSERT NE-YO LIVE IN MALAYSIA 2023 MENGGAMIT NOSTALGIA



Bertenaga, menghiburkan dan menggamit nostalgia, begitulah gambaran konsert ‘Ne-Yo Live In Malaysia’ yang baharu sahaja melabuhkan tirainya dengan disaksikan oleh 2,900 peminat yang hadir memenuhi dewan Plenary Hall KLCC. 

Bermula tepat jam 8:30 malam kami dapat melihat sendiri aksi lincah bertenaga dan istimewa bintang terkemuka dari Amerika Syarikat, Ne-Yo yang dibawakan khas oleh penganjur acara Hitman Solutions dan Happymoon.

“Luar biasa! Ne-Yo menjangkaui semua ekspektasi dengan memberikan persembahan yang penuh energetik dan mengimbau nostalgia peminat muzik R&B di awal tahun 2000 yang turut menyanyikan bersama lagu-lagu kegemaran mereka ketika zaman muda-muda dahulu.

“Walaupun dewan konsert menyediakan tempat duduk, ini bukanlah penghalang bagi penonton untuk turut berdiri dan bergembira sepanjang berlangsungnya persembahan,” kata Encik Rohit Rampal, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas Hitman Solutions.

Malam konsert dimulai oleh Ne-Yo dengan persembahan bertenaga menyanyikan lagu paling hit ‘Miss Independent’ dan disusuli dengan ‘She Knows’, ‘Because of You’, ‘One In A Million’ dan lain-lain, kemudian beliau mempamerkan vokalnya yang mengasyikan melalui segmen akustik mendendangkan lagu ‘Do You’, ‘Mad’ dan ‘You Should Let Me Love You’, diikuti dengan beberapa segmen lain memberi kepelbagaian mood persembahan ketika konsert.

Penonton di dalam dewan terpaku selama kira-kira 80 minit sepanjang berlangsungnya persembahan kerana tiada momen ‘idle’ dari Ne-Yo yang membawakan bukan sahaja lagu-lagu ciptaannya sendiri bahkan hasil ciptaan untuk artis-artis terkemuka yang lain mempamerkan sisi berbeza dirinya sebagai penulis lagu dan juga komposer berbakat.

Menurut Encik Kesavan Purusotman yang mesra dengan nama KC, Pengasas Happymoon, “Kami memilih Ne-Yo kerana terdapat ‘fanbase’ yang besar di Malaysia, ramai yang merindui lagu-lagu R&B nyanyian beliau dengan elemen hip-hop yang masih segar diingatan.

“Kebolehan Ne-Yo berinteraksi dengan penonton juga amat menakjubkan kerana berjaya mengajak kesemua yang hadir untuk turut serta bernyanyi selain membawa kembali kenangan manis sewaktu di alam remaja. 

Akhiri Encik Rohit: “Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutamanya Happymoon kerana menjadikan kolaborasi ini sesuatu yang diluar jangkaan dan semoga perhubungan ini berterusan dengan pelbagai lagi persembahan menarik dan istimewa, tidak lupa juga kepada rakan penaja kami Mola Chill Club (Rakan Digital), Shangri La (Rakan Hotel) dan Radio Rasmi – Sinar FM, Mix FM, Lite FM dan Melody FM.

Terima kasih penganjur kerana membawakan Ne-Yo ke Malaysia. Kebanyakan lagu Ne-Yo kami semua boleh sing-a-long. Ternyata sangat nostalgia apabila mendengar lagu-lagu hits ni secara langsung. Sweet memory zaman remaja kembali bertaut yang memberitahu kehidupan kita baik-baik dan kita semua survive dari perlbagai cabaran kehidupan. Alhamdulillah untuk hari ini.
Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !