GALAU INDAH SELAMA 3 JAM DI KONSERT CAKRA KHAN A DECADE

GALAU INDAH SELAMA 3 JAM DI KONSERT CAKRA KHAN A DECADE | Assalammualaikum semua! Jumaat 20 Januari 2023 adalah hari yang dinantikan oleh peminat Cakra Khan. Konsert sulung berlangsung di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre. Lokasi yang dekat di hati kami. Lepas tu dalam dewan berprestij dan selesa. Al-maklumlah dah berusia 30-an ni tak larat nak berdiri tonton konsert.

Terima kasih penganjur! Tahniah Cakra Khan dan seluruh pasukan yang terlibat. Konsert Cakra Khan A Decade adalah konsert terbaik yang Ruby pernah hadir. Puas hati sangat. Malah stamina Cakra Khan menghiburkan penonton juga turut bertenaga. Ketawa Cakra Khan adalah trademark yang tiada galang hanti ye. Kami juga sama-sama ketawa macam Cakra Khan. 

Ternyata Cakra Khan juga seorang yang mudah terhibur dan suka menghiburkan orang di sekelilingnya. 

>> https://www.ruby.my/2022/11/konsert-sulung-cakra-khan-bersempena.html

GALAU INDAH SELAMA 3 JAM DI KONSERT CAKRA KHAN A DECADE 



Cakra Khan mula dikenali dengan lagu hits beliau iaitu Kekasih Bayangan pada sekitar tahub 2012. Ketika itu, suara serak basah seperti Cakra Khan amat sukar dimiliki oleh mana-mana selebriti. Malah, jika ada yang memiliki tone suara begini, pasti menyanyi lagu rock metal. Berbeza dengan Cakra Khan, beliau lebih kepada genre muzik Pop dan R&B. 

Bak kata Dato' Sri Hajah Siti Nurhaliza ketika di wawancara di stesen televisyen Indonesia bahawa keunikan suara Cakra Khan seperti air masak yang sedang menggelegak. Lain dari yang lain. 


Adakah sakit memiliki suara begitu? Cakra Khan juga memaklumkan bahawa ini adalah kurniaan Allah s.wt. Ia bukan penyakit atau perlu sebarang perubatan. Jadi, Cakra Khan akan menjaga sebaiknya anugerah suara ini dengan menghasilkan lagi karya muzik.

3 jam Cakra Khan menyanyi, menghiburkan, menjawab soalan penonton, bercerita tentang kisahnya. Suara beliau kekal begitu. Memang a night to remember. Kami pulang dengan seyuman. Hehehe. 

LEBIH 20 LAGU 


Sepanjang 3 jam, sebanyak lebih 20 lagu telah dinyanyikan oleh Cakra Khan. Manakala penampilan Khai Bahar dan Aina Abdul adalah nyanyian diet bersama Cakra Khan. Sememangnya malam yang indah buat kami semua yang menonton. Selain lagu hit, Cakra Khan juga menyanyikan lagu-lagu penyanyi lain yang digemari oleh beliau sebagai tanda penghargaan dan sokongan. 

1. Adalah Aku
2. Setelah Kau Tiada
3. Salah Tapi Baik
4. Cintamu Bukan Untukku
5. Kepada Hati
6. Mencari Cinta Sejati
7. Kekasih Bayangan
8. Harus Terpisah
9. Opera Tuhan
10. Terlanjur Cinta (Cakra Khan feat Hael Husaini)
11. Luluh (Khai Bahar)
12. Seluruh Cinta (Cakra Khan feat Dato' Seri Siti Nurhaliza)
13. Semalam (Aina Abdul)
14. Terus Hidup (Aina Abdul)
15. Hal Hebat (Ade Govinda feat Ernie Zakri)
16. Tanpa Batas Waktu (Ade Govinda)
17. Ayah (Rinto Harahap)
18. Hanya Memuji (Shanty)
19. I Will Survive (Gloria Gaynor)
20. Jealous (Labrinth)
21. Bukan Cinta Biasa (Dato' Seri Siti Nurhaliza)
22. Terlalu Cinta (Rossa)
23. Kamelia (Sweet Charity)

KASIH IBU MEMBAWA KE SYURGA, KASIH AYAH  SEPANJANG MASA


Konsert sulung ini pastinya memberi anjakan paradigma kepada Cakra Khan sekeluarga. Selama 10 tahun melalui pengalaman sebagai selebriti dan penyanyi rakaman. Pelbagai cabaran telah dilalui.

Hakikat kejayaan sebuah perjalanan dunia seni adalah restu keluarga. Bagi Cakra Khan, keluarga adalah yang utama. Ayah beliau sentiasa memberi semangat untuk Cakra Khan terus memberi yang terbaik kepada semua. 

Permulaan minat dalam bidang nyanyian adalah bakat nyanyian dalam lagu dangdut pada usia kecil. Kemudian Cakra Band ditubuhkan untuk memenuhi undangan nyanyian di majlis-majlis. 

Setelah bakatnya dikenali oleh penggiat industri seni muzik. Bermulakah pelbagai naskah lagu-lagu galau nan indah yang sering kita dengarkan. Lagu-lagu Cakra Khan yang puitis dan sering beri pendengar bersemangat untuk move on untuk meneruskan kehidupan. Hidup ini indah, walaupun ada sisi ujian yang perit. 


Cakra Khan turut membawa ibunda tercinta di Konsert Cakra Khan A Decade. Saat melihat wajah ibunda iaitu Puan Entik Trisuyatmi, bukan Cakra Khan sahaja berair mata. Kami pun berair mata.

Tatkala Cakra Khan nampak Ibunda berair mata terus ayat...

Jangan Menangis...
Jangan Menangis...
Jangan Menangis...

Cakra Khan sedaya upaya tidak memandang ibunda semasa sepanjang konsert. Namun, hati seorang anak yang mana boleh mengelak dari tidak mengenali susuk tubuh seorang ibu yang sedang menonton konsert gilang-gemilang anaknya.

Jika dulu, ibu menonton persembahan Cakra Khan bersama arwah ayah. Sekarang, bersendirian di sana. Cakra Khan juga mengalir air mata. Penonton juga turut mengalirkan air mata kerana rata-rata ramai mengikuti perjalanan seni insan bernama Cakra Khan. Pencapaian mengadakan konsert Cakra Khan A Decade adalah impian besar anak seni. Konsert ini berjaya dan sukses!

PENYANYI JEMPUTAN KHAI BAHAR, AINA ABDUL DAN ADE GOVINDA


Sepanjang 3 jam ini, waktu kemunculan Khai Bahar, Aina Abdul dan Ade Govinda adalah waktu ramai bertenang dari berair mata sambil menanti Cakra Khan. 

Lagu-lagu duet secara langsung sangat gemersik dan menusuk jiwa. Terkesima mendengar bait-bait lirik, tambahan pula diiringi muzik Orkestra oleh Datuk Ramli MS. Meleleh air mata. Aiyaaa menangis je di Konsert Cakra Khan A Decade. Hahahaha. 

GALAU INDAH SELAMA 3 JAM DI KONSERT CAKRA KHAN A DECADE
Konsert Cakra Khan A Decade turut dihadiri oleh rakan selebriti popular seperti Dato' Sri Hajah Siti Nurhaliza, Datuk Seri Rossa, Nur Fazura, Fattah Amin, MK K-Clique, Puteri Sarah Liyana, Sherry Alhadad, Catriona Ross, Siti Saerah dah ramai lagi. 


Tahniah Cakra Khan, Kak Lin, Acha dan seluruh pasukan yang terlibat. 

5 Comments

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. mmg padu suara cakra khan. best sesiapa yg dapat menonton beliau menyanyi secara live

    ReplyDelete
  2. Wah bestnya dapat menonton konsert dari insan bersuara unik nie. Kalau Rawlins ada pun, mau join Ruby nanges hahaha

    ReplyDelete
  3. Wow memang gempak konsert dia! That day Isempat dengar lagu Cakra live during his pre launch kat KL.

    ReplyDelete
  4. Tahniah Cakra Khan buat konsert yang begitu terpesona. Walaupun takde rezeki pegi tapi tengok sharing dari kengkawan, terpesona dengan persembahannya.

    ReplyDelete
  5. Ohh wow....surely an unforgettable great time spent for all Cakra Khan fans at this amazing concert, wish to be there la. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete

Post a Comment

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Previous Post Next Post