JELAJAH AMAL SOLIDARITI UNTUK ISKANDAR SPRING

JELAJAH AMAL SOLIDARITI UNTUK ISKANDAR SPRING | Assalammualaikum semua! Persatuan Karyawan Malaysia telah menyahut idea busking para rakan selebriti untuk membantu menambah sumbangan buat pemain gitar dan ketua kumpulan Spring iaitu Encik Iskandar. Inisiatif ini adalah cara yang terbaik dalam membalas jasa sumbangan-sumbangan yang diberikan dengan mengadakan Live Busking. 

Lokasi pilihan pertama adalah di Jalan TAR, Kuala Lumpur yang sinonim dengan lokasi tumpuan pengunjung dan pelancong. Jom meriahkan lagi acara ini sambil mendengar muzik, menonton penyanyi kegemaran menyanyi lagu-lagu nostalgia dan di samping itu, kita menderma kepada insan yang memerlukan. RM 1 dari anda amat bermakna. Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada anda yang memberi sumbangan. Jumpa anda Ahad ini okay?

JELAJAH AMAL SOLIDARITI UNTUK ISKANDAR SPRING


Jelajah Amal Solidariti Untuk Iskandar Spring
Tarikh: 29 Januari 2023
Hari: Ahad
Masa: 2:30PM - 6:3PM
Lokasi: Santai Seni @ TAR, Jalan Tuanku Abdul Rahman (berhadapan Kamdar)


“Setelah memikirkan beberapa kaedah bagi membantu masalah yang dihadapi oleh saudara Iskandar, kami memutuskan untuk menganjurkan program jelajah ke seluruh Negara dan mengadakan persembahan dalam bentuk “busking bagi mengutipndana untuk membiayai derita yang ditanggung oleh saudara Iskandar yang sudah setahun terlantar” ujar Dato Freddie Fernandez, Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN) semasa sesi sidang media jelajah amal Solidariti Untuk Iskandar Spring.  

Iskandar atau nama sebenarnya Tengku Raden Iskandar Tengku Ismail yang merupakan pemain gitar adalah diantara pengasas dan juga ketua kumpulan Spring kini dalam keadaan lumpuh serta turut menderita pelbagai penyakit kronik seperti kencing manis, kesukaran bertutur dan menjalani dialisis akibat komplikasi buah pinggang.


Menyedari keadaan beliau yang kini hilang daya upaya kerja dan tiada sumber mata pencarian, dua sahabat baik beliau iaitu Ameng Spring dan Umarul Iklim telah mengusulkan masalah ini kepada Persatuan KARYAWAN Malaysia dan merangka jelajah amal ini ke seluruh Negara.

Memandangkan keperluan biaya beliau agak besar iaitu sekitar RM 40,000 bagi menampung kos perubatan dan perbelanjaan sepanjang tahun ( Purata kos bulanan ialah RM 3,000 ) kami mendapati modul persembahan ringkas ini adalah jalan paling ekonomi dari segi modal penganjurannya dan Insyaallah boleh mencapai matlamatnya. 

Kini kita telah menyusun 3 lokasi utama iaitu di lokasi Santai Seni@ TAR (Jalan Tunku Abdul Rahman Kuala Lumpur), Padang Kota, Pulau Pinang dan Terengganu Drawbridge, Kuala Terengganu serta bakal diteruskan dibeberapa lokasi lain seperti Ipoh, Kota Bharu dan lain-lain pada tarikh yang bakal ditentukan kelak.

Sebagai permulaan KARYAWAN dan Jabatan Kebudayaan, Kesenian Pelancongan dan Sukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah merangka sebaik mungkin siri pertama jelajah ini di lokasi Jalan Tunku Abdul Rahman bersempena dengan program mingguan Santai Seni@TAR (Berhadapan KAMDAR) pada tarikh 29 Januari 2023 (Ahad) bermula jam 2.30 sehingga 6.30 petang. 

Siri pertama ini turut menampilkan barisan penghibur terkenal dan berprestij iaitu Ameng Spring, Umarul Iklim, Syafiq Farhain, Alim Kris, Maman Teachers Pet, Bob Sentuhan, Mus Kemala, Belle Fattah, Iss Arffan, Black Maria, Islah & The People dan Radhi Khalid selaku pengacara. 


Mekanisme kutipan sumbangan ialah melalui jualan amal beberapa produk seni, CD agama, tabung potter , QR Code dan juga secara dalam talian dimana sepanjang persembahan ini diadakan ianya turut disiarkan secara live.

Sekarang, tabung Solidariti ini telah menerima sumbangan dari Qew Communications Sdn Bhd dan Meta Music Xtreme (Label Muzik Maman Teachers Pet) dan jumlah sebanyak RM 4,000. Turut hadir di majlis sidang media ini ialah beberapa rakan strategik yang merupakan penganjur dilokasi seterusnya iaitu:

Pulau Pinang

• Ybrs Mohd Faruk B. Abdul Rahman (Ahli Majlis Majlis Bandaraya Pulau Pinang)
• Tuan Isma Azad (Panca Abadi Automobil )
• Wakil Sis Lawa.Co Persatuan 
Sahabat Penghibur Jalanan Malaysia 

Terengganu 

Encik Aizad Azman Pengerusi Persatuan Sahabat penghibur jalanan Malaysia 

Encik Mohd Fazli A. Rahman Setiausaha Agung Terengganu Buskers Associations

Wakil dari MAP Music, Green Dome, Meta Music Xtreme, Mummylova.

Dengan demikian, kami mengajak khalayak ramai untuk turut menjayakan setiap persembahan yang akan diadakan oleh barisan artis dan pemuzik berprestij tanahair dengan menyumbang seikhlas hati sebagai solidariti membantu saudara Iskandar.


Anda juga boleh menyumbang terus ke tabung melalui butiran berikut:

Nombor Akaun : 3108024130
Nama Bank: Public Bank
Nama Akaun: Persatuan Karyawan Malaysia 

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

أحدث أقدم

نموذج الاتصال