ABSOLUT BAZAAR X FESTIVAL GAYA RAYA 2023 DI MITEC KEMBALI DENGAN LEBIH GEMPAK

ABSOLUT BAZAAR X FESTIVAL GAYA RAYA 2023 DI MITEC KEMBALI DENGAN LEBIH GEMPAK

Ruby
3
ABSOLUT BAZAAR X FESTIVAL GAYA RAYA 2023 DI MITEC KEMBALI DENGAN LEBIH GEMPAK | Assalammualaikum semua! Festival musim perayaan Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya telah membuka tirai dengan jualan gerai pameran sejak Disember 2022. Sambutan amat menggalakkan dengan penyertaaan vendor dari pelbagai jenama tempatan, selebriti dan usahawan kecil. 

Kejayaan Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 2022 telah memberi keyakinan kepada penganjur, penaja, usahawan dan pengunjung. Hari pertama sehingga ke hari terakhir dipenuhi dengan pengunjung. Ada yang suka membeli-belah dengan cara berbuka puasa di MITEC dan selepas itu terus beli barangan keperluan seisi keluarga. Ibu bapa warga emas, suami dan anak kecil di dalam stroller turut bersesak hadir. 

Penampilan selebriti di booth dan pentas utama juga meriah. Pelbagai sorotan program dan aktiviti berjalan selama 66 jam. Bayangkan betapa seronoknya di Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya. 


ABSOLUT BAZAAR X FESTIVAL GAYA RAYA 2023 DI MITEC KEMBALI DENGAN LEBIH GEMPAK


 
Acara: Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 2023
Tarikh: 14 - 17 April 2023
Hari: Jumaat, Sabtu, Ahad & Isnin
Masa: 12 Tengahari (Jumaat) - 5 Pagi (Isnin)
Lokasi: MITEC, Kuala Lumpur

My Events International dan Absolut Event & Management bakal menganjurkan ABSOLUT BAZAAR X FESTIVAL GAYA RAYA 2023 (ABXGR23) buat kali kedua dari 14 April hingga 17 April 2023. Dengan kerjasama Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) sebagai lokasi rasmi, festival jualan raya besar-besaran ini akan diadakan selama 66 jam tanpa henti sempena menyambut kedatangan bulan Syawal. 

Dari kiri, Puan Natalie Han, Frontline Brand Manager, Coca-Cola Far East Ltd.; Puan Thana, Group Senior Business Development Director, My Events International; Puan Hema Kandy, Chief Executive Officer, My Events International; Tan Sri Abdul Rahman Mamat, Chairman, Prisma Galeri Sdn Bhd; Encik Ben Ali, Pengarah, Absolut Event Management; Puan Nadiyah Shahab, Pengarah, Absolut Event Management ; Puan Winnee Lim, General Manager Business Development, Malaysia International Trade and Exhibition Centre dan Puan Rozita Che Wan, Usahawan & Selebriti Malaysia semasa sesi Sidang Media Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 2023 pada 17 Jan 2023.

Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 2023 merupakan festival yang amat dinantikan oleh semua pihak terutamanya para pempamer dan pengunjung. Seramai 1.2 juta pengunjung telah hadir memeriahkan festival ini pada tahun lepas. Tahun ini, seramai lebih 2 juta pengunjung bakal membanjiri ABXGR23 di MITEC. ABXGR23 bukan sahaja diadakan di indoor tetapi juga outdoor dengan Mini Absolut Food Festival yang menyediakan pelbagai makanan lazat untuk pembelian para pengunjung untuk hidangan berbuka puasa dan sahur. 

500 TAPAK GERAI AKAN BEROPERASI DAN 95% SUDAH DIMILIKI


Lebih daripada 500 booth akan menyertai dan menawarkan pelbagai promosi dan pilihan menarik bagi pembelian untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. ABKGR23 merupakan pusat sehenti di mana pelbagai interaksi pelanggan dan pempamer dapat dilaksanakan. Festival ini merupakan inisiatif dengan tujuan untuk memberi inspirasi dan sokongan untuk usahawan tempatan dan pemilik perniagaan kecil. 

500 booth ini terdiri penyertaan vendor dari pakaian, produk kecantikan, produk kosmetik, barangan perhiasan rumah, makanan tambahan kesihatan, jualan makanan, trak makanan dan macam-macam lagi. 

KELAINAN 66 JAM KALI INI - 3 DEWAN UTAMA MITEC DIBUKA 


Mengambil maklum tentang kekurangan acara pada tahun 2022. Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 2023 menjanjikan penambahbaikan dengan membuka 3 dewan utama. Jika dulu hanya 2 dewan sahaja. Kali ini penambahan 1 lagi dewan adalah khusus untuk ruang menjamu selera makanan yang dibeli di trak makanan di luar dan booth makanan di dalam. 


Ruang yang disediakan di MITEC akan lebih selesa, tiada lagi pengunjung bersila di ruang legar secara berkelompok. Nampak tidak manis sebuah lokasi pameran antarabangsa menjadi seperti itu. Keselesaan pengunjung adalah keutamaan kerana mereka akan berada di MITEC untuk Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 2023 dari waktu berbuka hingga bersahur. Selama 66 jam ini, pihak penganjur sedaya upaya memberikan yang terbaik. InsyaAllah. 

Pelbagai aktviti dan tarikan yang bakal diadakan bagi menarik perhatian pengunjung di antaranya adalah persembahan selebriti, penampilan selebriti dan influencers, cabutan bertuah, Happy Hour serta zon rehat keluarga dan kanak-kanak. 

SUBSIDI KEPADA USAHAWAN YANG MENYERTAI ABSOLUT BAZAAR X FESTIVAL GAYA RAYA 2023 


Pada tahun 2022, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Tan Sri Noh Omar telah melancarkan Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 2022 dan mengumumkan subsidi sebanyak 50% diberikan kepada usahawan yang membeli booth. Ia adalah bantuan dari kerajaan bagi membantu usahawan kembali bersemangat berniaga dan dalam masa yang sama meningkatkan ekonomi negara dengan menyokong pembelian jenama buatan Malaysia.

Pada tahun ini, dengan kepimpinan Yang Amat Berhormat (YAB) Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia. YB Datuk Ewon Benedick merupakan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP). Adakah bantuan seperti tahun lepas akan menjelma lagi? 


Menurut Ben Ali, Pegarah Absolut Event Management, beliau akan berusaha untuk mendapatkan bantuan sebegitu juga bagi membantu para usahawan yang menyertai Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 2023. InsyaAllah. 

MITEC MENAWARKAN LOKASI SELAMAT DAN SELESA


MITEC merupakan lokasi bertaraf antarabangsa yang mampu menjadi lokasi perniagaan kepada syarikat dan usahawan kecil melalu acara Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya. Sasaran 2 juta lebih pengunjung pada tahun ini dapat memberi peluang jenama-jenama ini dikenali dengan lebih dekat. Acara sebegini perlu diadakan walau berlainan sambutan perayaan.


Faedah peniaga menyertai Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya di MITEC adalah pembeli dapat membuat pilihan tepat dan membandingkan produk dan terus beli . Ji dibandingkan membeli di pusat membeli belah, harga mahal kerana kos sewaan bulanan dan bil utiliti.

Menggalakkan rakyat Malaysia membeli barangan tempatan dan menyahut seruan kerajaan iaitu Buy Malaysian Campaign. Ini adalah kempen untuk menggalakkan pembeli membeli produk-produk buatan Malaysia.

1,400 KEMUDAHAN LETAK KERETA DI MITEC


MITEC mempunyai ruang letak kereta yang cukup luas untuk 1,400 kenderaan, menawarkan pengunjung akses mudah dari pintu masuk Utara dan Selatan ke ruang letak kereta Basement 1 dan 1A yang dikawal keselamatan oleh pengendali parkir yang dilantik iaitu ParkRite.


Tahun lepas, kadar harga ruang letak kereta MITEC bernilai RM 5 untuk tiga jam pertama dan RM 10 flat rate dalam tempoh satu hari. Berbaloi kan? Barulah tenang nak membeli-belah. Kalau bimbang tentang kadar setiap jam dan parking kenderaan menyalahi undang-undang di tepi jalan. Tak best lah nanti kan. Kalau boleh, nak shopping sampai sahur. Hahaha.

Harap-harap kadar parking seperti tahun lalu dilaksanakan lagi. Terima kasih MITEC. Muahcikedddd.

PROGRAM KEAGAMAAN SEPANJANG 4 HARI SEMASA MENANTI WAKTU BERBUKA PUASA


Festival raya tahun ini akan lebih mendalami agama Islam dan menghormati Ramadhan dengan menjemput Ustaz-ustaz tersohor untuk menyampaikan khutbah yang bermakna sebelum berbuka puasa, menghiasi kawasan dewan dengan kata-kata Nabi, menikmati persembahan Nashid sebelum solat terawih Maghrib yang dipimpin oleh seorang Imam, serta bacaan Al-Quran oleh pelajar-pelajar tahfiz. 

PROGRAM CSR BUBUR LAMBUK


Festival ABXGR23 juga bakal menganjurkan memasak bubur lambuk beramai-ramai dan pengagihan sebagai inisiatif amal, menjadikan festival ini sebagai festival yang amat berharga untuk bulan Ramadhan. 

PENAJA RASMI YANG GEMPAK


Secara rasminya, Coca-Cola Far East Ltd. akan menyertai ABXGR23 sebagai Rakan Minuman Eksklusif — Blue Diamond So Chantique sebagai Rakan Emas, KKMY Group Sdn Bhd sebagai Rakan Gangsa dan disokong oleh Malaysia Furniture Council.


Penyertaan rakan kongsi ini akan membawa festival ini ke peringkat lebih tinggi dan diharapkan penyertaan ini membuahkan hasil bagi kedua-dua belah pihak. 

100 SELEBRITI, INFLUENCERS DAN TIKTOKERS TURUT HADIR


Penglibatan selebriti terkemuka Malaysia bakal hadir dan memeriahkan festival ini. Di antara selebriti yang bakal membuka gerai jualan dan beramah mesra bersama peminat di reruai mereka adalah Aedy Ashraf, Amelia Handerson, Diana Danielle, Rozita Che Wan, Nelydia & Uqasha Senrose, Mira Filzah, Scha Alyahya & Awal Ashaari, Hairul Azrin & Hanis Zalikha, Amyra Rosli, Meergeen, Anna Jobling, Fauziah Gous dan Shahz Jaszle dan serta ramai lagi. 

Pada tahun 2022, seramai 50 - 70 selebriti telah menyertai Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya. Pada tahun 2023 kali ini, seramai 100 selebriti akan hadir. Mereka adalah dikalangan selebriti terkenal masa kini, selebriti veteran, influencers dan tiktokers. Kepelbagaian ini pastinya menjemput para pengunjung untuk datang ke festival dan berpeluang bertemu mesra dengan selebriti kesayangan mereka. 

CHE TA MENEMPAH 4 BOOTH


Umum sedia mengetahui perniagaan Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta mendapat sambutan amat menggalakkan. Jualan inai dan gincu hitam menjadi viral. Produk wajib dimiliki sepanjang masa. 

Pada kebiasaannya pembeli membeli secara dalam talian di TikTok Shop sahaja kan? Kali ini, Che Ta ingin tampil memeriahkan Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 2023 dengan menempah 4 booth! Meriah kan meriah?

Setahu Ruby, Che Ta juga mempunyai perniagaan Rozita Che Wan Scarves. Pastinya lebih meriah gabungan byRCW dan rcwscarves. Boleh peminat dapatkan terus di MITEC nanti. 

Koleksi rcwscarves terdiri daripada Shawl Ruffle Letuppppp, Blooming Collection yang terdiri daripada Camellia, Aster, Zinnia  Bluebelle, Lobellia, Jasmine, Scilla, Lily, Dahlia, Gentiana dan Felicia. Manakala koleksi Florescence terdiri daripada Cempaka, Anggerik, Kemboja, Petunia, Tulip, Lavender, Melur, Melati dan Ros. 

byRCW pula terdiri daripada pelbagai produk dari penjagaan diri ke fesyen. Diantaranya adalab produk Pencuci Goyang Segar, beg tangan Selena, Clio, Gaia. Wangian Precious, losyen, inai, gincu dan aksesori mutiara. Haaaa banyak kan produk Che Ta? Memang sesuai buka 4 booth! All the best Che Ta!

MENGENAI MY EVENTS INTERNATIONAL


My Events International merupakan syarikat pengurusan acara yang menyediakan pelbagai cara penyelesaian dan pencipta kandungan global dengan pengalaman selama 16 tahun melayani pelanggan utama di Malaysia termasuk 10 buah negara lain di Arab Saudi, Filipina, Nigeria, Pakistan, China, United Kingdom, India, Rwanda dan United Arab Emirates. 

My Events International berdedikasi untuk menyediakan penyelesaian dan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan; berdiri teguh dengan tujuan untuk menyampaikan kecemerlangan, membina insan serta melangkaui batasan. 

MENGENAI ABSOLUT EVENT & MANAGEMENT


Absolut Event & Management merupakan jenama baru yang dicipta dengan pengluasan Absolut Chocolat. Absolut Chocolat telah menanam akarnya di tengah-tengah Lembah Klang dengan menempatkan produk mereka di lebih daripada 100 buah stesen minyak seperti Petronas, Shell dan Petron dalam usaha mendekati masyarakat. 

Absolut Event & Management sebelum ini menjadi tuan rumah pesta makanan terbesar iaitu Absolut Food Fest (Shah Alam). Walaupun ini kali kedua mereka sebagai penganjur, skala dan jumlah keluaran adalah satu kejayaan yang mutlak. 

PUSAT PAMERAN DAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA MALAYSIA (MITEC) 


Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) terletak di Metropolis KL, sebuah pembangunan bersepadu dalam daerah Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Kuala Lumpur.

Diposisikan sebagai pemangkin ekonomi dan Gerbang ke Asia Tenggara, MITEC ialah destinasi MICE (Mesyuarat, Insentif, Persidangan, dan Pameran) terbesar di rantau Asia Tenggara dan pusat perdagangan dan pameran terbesar di Malaysia. 

MITEC menawarkan lebih 52,000 meter persegi ruang pameran dan dewan pameran dengan kemungkinan yang tidak terhingga. Sebagai ruang pameran terkemuka di Malaysia, pusat itu menarik 100,000 pengunjung dan persidangan atau konvensyen antara 200 hingga 20,000 perwakilan. 

ABSOLUT BAZAAR : INSTAGRAM | FACEBOOK 
GAYA RAYA : INSTAGRAM | FACEBOOK

إرسال تعليق

3تعليقات

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Wah. Lokasi yang lebih besar dan lebih selesa. InsyaAllah ramai yang pengunjung tu kelak.

    ردحذف
  2. platform terbaik bagi mereka yang ingin menjana pendapatan pada bulan ramadhan.. pastinya lebih banyak pilihan dan ditawarkan pada harga berpatutan

    ردحذف
  3. wah buat dekat sini lagi! memang meriah lah nanti. tak sabar pulak nak sambut ramadhan & syawal :)

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !