GARNIER MALAYSIA MENDIDIK LEBIH 2,000 PELAJAR DI MALAYSIA MENERUSI INISIATIF ‘GREEN BEAUTY’

GARNIER MALAYSIA MENDIDIK LEBIH 2,000 PELAJAR DI MALAYSIA MENERUSI INISIATIF ‘GREEN BEAUTY’

Ruby
0

GARNIER MALAYSIA MENDIDIK LEBIH 2,000 PELAJAR DI MALAYSIA MENERUSI INISIATIF ‘GREEN BEAUTY’ | Garnier Malaysia hari ini mengumumkan penutupan program pendidikan sekolah anjurannya dengan kerjasama Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS). Program itu dilancarkan pada Jun 2022 dengan matlamat untuk memupuk generasi Wira Hijau menerusi ‘Program Jom Kurangkan Plastik Garnier’ yang diadakan di seluruh negara.

GARNIER MALAYSIA MENDIDIK LEBIH 2,000 PELAJAR DI MALAYSIA MENERUSI INISIATIF ‘GREEN BEAUTY’


GARNIER MALAYSIA MENDIDIK LEBIH 2,000 PELAJAR DI MALAYSIA MENERUSI INISIATIF ‘GREEN BEAUTY’

GARNIER MALAYSIA MENDIDIK LEBIH 2,000 PELAJAR DI MALAYSIA MENERUSI INISIATIF ‘GREEN BEAUTY’

GARNIER MALAYSIA MENDIDIK LEBIH 2,000 PELAJAR DI MALAYSIA MENERUSI INISIATIF ‘GREEN BEAUTY’

Program pendidikan sekolah seluruh negara itu menyaksikan sebanyak 600 sekolah dengan seramai 2,288 pelajar dan 782 guru mendapat manfaat daripada program berkenaan. Kesemua pelajar dan guru tersebut telah dididik mengenai kepentingan kitar semula, upcycling, dan cara-cara untuk menangani pencemaran plastik melalui bengkel maya. Para pelajar ini kemudiannya akan menguji ilmu pengetahuan mereka dan menganjurkan aktiviti kitar semula di sekolah masing-masing serta berjaya mengumpul 56,693kg plastik di sepanjang tempoh kempen berkenaan.

Ketua Garnier Malaysia, Chris Chan berkata, “Kami sememangnya sangat gembira dengan hasil daripada inisiatif Garnier Green Beauty, dan kami mengucapkan terima kasih kepada rakan kami yang berdedikasi, MNS kerana telah bekerja keras dan membantu kami merealisasikan matlamat untuk mendidik dan memupuk generasi Wira Hijau. Menerusi bengkel dan sukatan pelajaran yang direka bentuk secara khusus, para pelajar kini mendapat pendedahan dan sedar betapa mudahnya untuk mengamalkan 3R (reduce, reuse, recycle) dan semoga menerusi program ini, kami dapat menjadikan kitar semula lebih menyeronokkan. Kami sentiasa mengutamakan kelestarian dalam apa juga yang kami lakukan, dan Garnier berharap untuk mengubah masyarakat tempatan dan generasi muda kita melalui kuasa pendidikan.”

 

GARNIER MALAYSIA MENDIDIK LEBIH 2,000 PELAJAR DI MALAYSIA MENERUSI INISIATIF ‘GREEN BEAUTY’

GARNIER MALAYSIA MENDIDIK LEBIH 2,000 PELAJAR DI MALAYSIA MENERUSI INISIATIF ‘GREEN BEAUTY’

Green Beauty adalah inisiatif global Garnier yang melibatkan pendekatan menyeluruh ke arah kelestarian. Komitmen ini mempunyai sasaran besar iaitu untuk mengurangkan keseluruhan impak alam sekitar Garnier menjelang 2025. Matlamat kelestarian 2025 termasuklah memastikan tiada lagi produk dihasilkan dengan menggunakan plastik baharu, serta melakukan perubahan terhadap proses pembungkusan bagi memastikan semua bahan boleh diguna semula, dikitar semula atau boleh dikompos. 

Dengan mengambil langkah-langkah hijau pada setiap peringkat rantaian nilai jenama itu, Garnier komited ke arah memastikan 100% tapak industrinya menjadi neutral karbon menjelang 2025. Garnier turut menyasar untuk memperkasakan 1,000 komuniti melalui program Penyumberan Perpaduan (Solidarity Sourcing) mereka.

MENGENAI GARNIER

Garnier adalah jenama kecantikan global yang memenuhi permintaan pasaran kesihatan dan kecantikan sebagai pakar penjagaan rambut dan kulit. Sejak 1904, Garnier menawarkan produk kecantikan yang inovatif dan berkesan yang diinspirasikan dan diperkaya oleh alam semulajadi. Kini, Garnier memulakan langkah hijau ke arah Green Beauty (Kecantikan Hijau), yang merupakan inisiatif menyeluruh ke arah kelestarian.

GARNIER | FACEBOOK | INSTAGRAM

Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !