MALAYSIA'S BIGGEST SPORTS CARNIVAL ANJURAN AL-IKHSAN MENAWARKAN 180,000 BARANGAN SUKAN DARI 15 JENAMA DENGAN DISKAUN SEHINGGA 80%

MALAYSIA'S BIGGEST SPORTS CARNIVAL ANJURAN AL-IKHSAN MENAWARKAN 180,000 BARANGAN SUKAN DARI 15 JENAMA DENGAN DISKAUN SEHINGGA 80%

Ruby
0
MALAYSIA'S BIGGEST SPORTS CARNIVAL ANJURAN AL-IKHSAN MENAWARKAN 180,000 BARANGAN SUKAN DARI 15 JENAMA DENGAN DISKAUN SEHINGGA 80% | Assalammualaikum semua! Hujung tahun ini jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan keperluan sukan anda di Malaysia's Biggest Sports Carnival yang dianjurkan oleh Al-Ikhsan Sports. Karnival yang berlangsung di Tun Razak Hall 3 & 4, WTC KL bermula hari ini 23 Disember 2022 sehingga 2 Januari 2023. 

180,000 barangan sukan dari 15 jenama iaitu Nike, Adidas, Puma, Asics, Umbro, Lotto, AL Sports, Skechers, Under Armour, Reebok, Brooks, Teva, LFC, New Balance dan Diadora tersedia dengan diskaun sehingga 80%! Rugi kalau tak datang sekarang! Sebab memang berbaloi-baloi. Dapatkan sehingga stok masih ada. Okay?

MALAYSIA'S BIGGEST SPORTS CARNIVAL ANJURAN AL-IKHSAN MENAWARKAN 180,000 BARANGAN SUKAN DARI 15 JENAMA DENGAN DISKAUN SEHINGGA 80%


Dari kiri, En Fauzy bin Abdul Wahab (Ketua Pegawai Operasi WTCKL), Dato' Sri Dr Irmohizam bin Ibrahim (Pengarah Urusan Kumpulan WTCKL), Mr Vach Pillutla (CEO Al-Ikhsan Sports), En Mohd Yusri bin Junos (CEO WTCKL) dan Mr Laurent Petit (Ketua Pegawai Pemasaran Al-Ikhsan Sports)

Malaysia's Biggest Sports Carnival 
Lokasi: Dewan Tun Razak 3 & 4, World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur 
Tarikh: 23 Dec 2022 - 2 January 2023
Masa: 10 AM - 10 PM

Malaysia's Biggest Sports Carnival anjuran Al-Ikhsan merupakan di antara acara tahunan yang dinantikan oleh rakyat Malaysia. Ia adalah Jualan Penghabisan Stok Akhir Tahun yang menampilkan barangan sukan dari kasut sukan, pakaian sukan dan bag sukan. 

15 jenama yang terlibat mempunyai barangan tersendiri yang meliputi saiz dari kanak-kanak sehingga dewasa. Kategori kasut sukan bukan sahaja kasut bola untuk kegunaan di atas padang sahaja. Malah, kasut futsal, kasut gym, kasut larian dan sandal turut dijual pada harga tidak masuk akal. Murah itu pasti! Hahaha.

Karnival sukan kali ini memberi peluang kepada semua pelanggan Al-Ikhsan Sports untuk menikmati diskaun sehingga 80% untuk lebih daripada 180,000 barangan sukan yang pastinya akan menggayakan sambutan tahun baru mereka dengan lebih ‘sporty’ dan selesa.

Dalam menjadikan sukan mampu milik untuk semua, Al-Ikhsan Sports mengadakan diskaun 'Beli 2, Diskaun 20%' atau 'Beli 3, Diskaun 30%' untuk pakaian, serta menawarkan 37,000 pasang kasut dengan harga bawah RM100 dan pilihan kasut yang bernilai RM3.8 juta untuk semua sepanjang sebelas hari karnival sukan ini berlangsung. 

Selain itu, 50 orang terawal yang hadir pada hari pelancaran berpeluang menerima baucer tunai RM50 daripada Al-Ikhsan Sports.


"Kami sentiasa memastikan pelanggan kami mendapatkan promosi dan tawaran yang terbaik ketika membeli-belah dengan Al-Ikhsan Sports. Karnival Sukan Terbesar Malaysia oleh Al-Ikhsan Sports ini adalah karnival sukan terbesar yang pernah diadakan oleh mana-mana peruncit sukan lain di Malaysia. 

Inilah masanya untuk mencuci mata dengan pilihan barangan sukan daripada lima belas jenama di bawah satu bumbung di karnival sukan ini. Peluang sebegini hanya boleh didapati di Al-Ikhsan Sports dengan tawaran lebih daripada 180,000 barangan sukan dengan diskaun sehingga 80%.” kata Encik Vach Piluttla, Ketua Pegawai Eksekutif Al-Ikhsan Sports.

SERTAI AKTIVITI DI MALAYSIA'S BIGGEST SPORTS CARNIVAL


Kelainan jualan akhir tahun Malaysia's Biggest Sports Carnival kali ni adalah ruang aktiviti bersama jenama sukan terkenal seperti Adidas dan Puma.


WANGIAN SUGARBOMB UNTUK ANDA YANG AKTIF


Jika bersukan, ia bukanlah penghalang untuk anda menjaga bau badan. Ada orang berpeluh dan masih kekal segar wangi kerana memakai wangian yang bersesuaian. Jadi dapatkan wangian Sugarbomb untuk anda kekal berbau segar walau berpeluh teruk. Hehe.

JOM SHOPPING! 


Al-Ikhsan Sports menjadikan sukan mampu milik dan kini mempunyai 175 cawangan di seluruh Semenanjung Malaysia. Apabila anda ke Malaysia's Biggest Sports Carnival pastikan anda tahu saiz anda dan terus melihat poster berkenaan saiz. Mudah kan?

Staff Al-Ikhsan Sports sedia membantu anda. Jangan malu segan bertanya. Okay? 

PARKING WTCKL FLAT RATE RM 5


Malaysia's Biggest Sports Carnival di WTCKL sangat selesa dengan kadar parking flat rate RM 5. Jom datang seisi keluarga. 

APA YANG KAMI BELI?


Dari 11 AM Ruby membelek semua barang jualan. Semua koleksi kasut dari pelbagai jenama sangat menarik. Tapi fikir banyak pakaian sukan dah sendat. Hahaha. Ruby beli seluar sukan dan tshirt polo dari AL Sports. Lepas tu beli Mini Ball sempena FIFA World Cup Qatar 2022. Hanya RM 5 sahaja. Tapi perlu bahagia dua pembayaran, sebab nak beli mini ball perlu pembelian dalam "single receipt". Ruby tambah beli lagi 2 pakaian. Dah le dapat lagi diskaun 20%, dapat beli bola pada harga RM 5. Berbaloi!


Selamat membeli belah!

Tags

إرسال تعليق

0تعليقات

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

إرسال تعليق (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !