AL-IKHSAN SPORTS MENAWARKAN DISKAUN SEHINGGA 80% UNTUK LEBIH DARIPADA 10,000 KASUT DARI NEW BALANCE DAN ASICS

AL-IKHSAN SPORTS MENAWARKAN DISKAUN SEHINGGA 80% UNTUK LEBIH DARIPADA 10,000 KASUT DARI NEW BALANCE DAN ASICS

Ruby
8
AL-IKHSAN SPORTS MENAWARKAN DISKAUN SEHINGGA 80% UNTUK LEBIH DARIPADA 10,000 KASUT DARI NEW BALANCE DAN ASICS | Assalammualaikum semua! Acara yang dinantikan oleh semua pelanggan setia Al-Ikhsan Sports kini telah bermula! Jualan Harga Borong di The Paddock, Petaling Jaya bermula dari 12 Disember sehingga 18 Disember 2022. Isnin hingga Ahad minggu ini sahaja!

Al-Ikhsan Sports membawakan dua jenama kasut larian padu dari New Balance dan Asics eksklusif hanya di The Paddock, Petaling Jaya. Lebih daripada 10,000 produk tersedia dengan diskaun sehingga mencecah 80%. Setiap hari berlainan stok akan dikemaskini. Selagi stok masih ada anda boleh rebut peluang dapatkan kasut baru. Perlu diingatkan kuantiti terhad untuk setiap koleksi.

Lokasi di The Paddock, PJ sangat luas dan selesa. Parking pun banyak. Malah ada gerai makan dan minum. Jualan Harga Borong di tingkat atas, ruang medan selera di tingkat bawah. Tandas juga tersedia. Untuk pembayaran pembelian di Jualan Harga Borong juga tersedia dalam pembayaran tunai dan kad debit. Jangan lupa semak saiz kasut sebelum membayar. Sebab apabila sudah beli, tidak boleh tukar saiz atau refund. Selamat membeli-belah!

AL-IKHSAN SPORTS MENAWARKAN DISKAUN SEHINGGA 80% UNTUK LEBIH DARIPADA 10,000 KASUT DARI NEW BALANCE DAN ASICS



Lokasi : The Paddock, Petaling Jaya. https://g.co/kgs/EfqUT1
Tarikh : 12 Dec 2022 -18 Dec 2022
Masa : 11.00 pagi - 11.00 malam

Al-Ikhsan Sports mengadakan Jualan Harga Borong di The Paddock, Petaling Jaya bermula dari 12 Disember sehingga 18 Disember 2022 sempena menyambut kedatangan tahun baru 2023.

Selain daripada beberapa tawaran hebat yang sedia ada, 50 pencinta sukan terawal akan menerima baucer bernilai RM50 dari Al-Ikhsan Sports pada hari pelancaran jualan. Jualan Harga Borong pada tahun ini membawakan banyak pilihan kasut larian untuk pelanggan kami daripada dua jenama yang terkenal iaitu ASICS dan New Balance.

Dari kiri Encik Sam (Pengarah Operasi The Paddock), Encik Zechariah, Cik Adeline Tsen (Selebriti KOL), Encik Vach Pillutla (CEO Al-Ikhsan Sports), Tuan Haji Norazmi bin Ismail (Tuan Pengarah Operasi The Paddock), Encik Shanker (Timbalan Pengurus Besar Operasi Al-Ikhsan Sports), Encik Roy Azman (Selebriti KOL) dan Encik Fad Bocey (Selebriti KOL)



“Al-Ikhsan Sports mengalu-alukan pelanggan kami ke The Paddock untuk pengalaman membeli-belah yang menyeronokkan dengan diskaun sehingga 80% untuk lebih 10,000 barangan daripada dua jenama terkenal iaitu ASICS dan New Balance. Sebagai peruncit sukan nombor 1 di Malaysia, Al-Ikhsan Sports sentiasa memastikan pelanggan kami menikmati harga yang terbaik. 

Sebagai contoh, anda boleh mendapatkan kasut larian kegemaran anda dengan harga lebih dari RM700-800 di tempat lain tetapi di Al-Ikhsan Sports, anda boleh dapatkannya dengan harga kurang dari RM200! Inilah kelebihan yang kami tawarkan kepada setiap pencinta sukan di Malaysia sejak 30 tahun yang lalu.” kata Encik Vach Piluttla, Ketua Pegawai Eksekutif Al-Ikhsan Sports


 

HASIL MEMBELI-BELAH DI JUALAN HARGA BORONG


Ruby rambang mata nak pilih kasut sukan. Kasut sukan perlu ada beberapa pasang agar semua kasut kita tahan lama. Boleh pakai ikut mood. Hari ini warna striking. Esok warna hitam. Lusa warna lain pula. Beri keseronokan untuk bersukan. Demi kesihatan kita juga kan. 

Cuma, kali ini setelah belek-belek banyak kasut New Balance dan ASICS. Ruby beli kasut anak-anak je. Adam dan Alif happy sangat apabila dapat kasut ni. 

Cantikkan? RM 59 sahaja sepasang. Classic Red untuk Adam dan Sea Glass untuk Alif.

MENGENAI AL-IKHSAN SPORTS


Al-Ikhsan Sports bakal membuka lagi cawangan baru di beberapa lokasi terpilih untuk memberi kesenangan kepada semua dalam mendapatkan produk barangan sukan dengan lebih mudah. 

Al-Ikhsan Sports menjadikan sukan mampu milik dan kini mempunyai 170 cawangan di seluruh Semenanjung Malaysia. Barangan Al Ikhsan Sports juga boleh didapati melalui laman e-dagang rasmi di www.al-ikhsan.com. 

Ikuti Al-Ikhsan Sports di Facebook, Instagram, Twitter, TikTok dan LinkedIn untuk maklumat lanjut.
Tags

إرسال تعليق

8تعليقات

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. wahh banyak diskaun tu. berbaloi2 beli eh. sempat lagi ni. nak pi la nanti

    ردحذف
    الردود
    1. Sempat kak. Utk trip travel kita mesti ada new shoes. Hahaha.

      حذف
  2. Ohh my ...so so many shoes designs & most importantly with good 80% off, surely all sport enthusiasts not to miss this golden chance to grab a pair or more pairs. Cheers Siennylovesdrawing

    ردحذف
    الردود
    1. Sienny kena beli tau. Utk travel trips. Comfortable shoes wajiba ada yang baru. Hehehe.

      حذف
  3. Bestnya! Ni kedai favorite to visit bah! Boleh la pergi since ada discount up to 80% off ya! Good choice to shop now since CNY pun approaching kan

    ردحذف
    الردود
    1. Yaaa lai lai beli. Murah je. Masa Ruby cari saiz 41, banyak lagi stok kasut lelaki. Grab sepasang dua k.

      حذف
  4. Kasut ASICS nie best kalau untuk running and walking. Macam nak terjah je nie kelak, tambah koleksi

    ردحذف
    الردود
    1. Betul Rawlins. Kasut ASICS tu price drop melampau. Kena grab sepasang dua.

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !