THE 100 MOST INFLUENTIAL YOUNG ENTREPRENEURS 2022

THE 100 MOST INFLUENTIAL YOUNG ENTREPRENEURS 2022

Ruby
5

THE 100 MOST INFLUENTIAL YOUNG ENTREPRENEURS 2022 IKTIRAF 100 USAHAWAN BERPENGARUH | Assalammualaikum semua! Pada 21 Oktober 2022 yang lalu telah berlangsung The 100 Most Influential Young Entrepreneurs 2022 (100 MIYE) di Subang Skypark, Private Air Hanger. Tahniah Ruby ucapkan kepada semua penerima anugerah. Pastinya usaha dan kegigihan kalian berbaloi apabila memeroma penghargaan sebagai salah seorang 100 MIYE. 


Selepas dua tahun acara penganugerahan The 100 Most Influential Young Entrepreneurs (100MIYE) diadakan secara maya berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kini ia diadakan semula secara fizikal di Subang Skypark, Private Air Hanger.


THE 100 MOST INFLUENTIAL YOUNG ENTREPRENEURS 2022 IKTIRAF 100 USAHAWAN BERPENGARUH



100MIYE adalah majlis penganugerahan yang memberi pengiktirafan kepada 100 usahawan muda paling berpengaruh.


 

Pengerusi Penganjur 100MIYE, Datuk KK  Chua, berkata; “Majlis anugerah ini diadakan bertujuan untuk menonjolkan dan mengiktiraf usahawan muda yang terbaik, cemerlang, bersemangat dan inovatif dalam perniagaan yang mereka ceburi. 

“Untuk menjadi usahawan yang berjaya sehingga boleh diangkat sebagai ikon bukanlah mudah. Mereka pasti akan sentiasa berdepan dengan pelbagai cabaran baru dan persaingan. Hanya mereka yang mempunyai sikap yang betul, keazaman dan kesungguhan dalam perniagaan yang diusahakan akan beroleh kejayaan. 

“Usahawan perlu ada iltizam yang tinggi , bertanggungjawab dan memberikan komitmen dalam perniagaan masing-masing,” katanya.


 


Menurut Datuk KK Chua; “100MIYE adalah acara tahunan anjuran majalah Entrepreneur Insight dan ini adalah penganjuran kali ketujuh. Bagaimanapun jelas beliau, untuk tahun 2020 dan 2021, penganjuran 100MIYE dilakukan secara maya berikutan PKP. 

Ujar beliau lagi, 100MIYE bukan sekadar pemberian anugerah tetapi membina komuniti usahawan bagi berkongsi pandangan dan pendapat dalam bidang perniagaan. 

“Mengeratkan lagi komuniti rakan niaga ini, pemenang juga layak menyertai percutian tiga hari dua malam  (Private Business Networking Retreat for 3D2N) untuk membina rangkaian perniagaan, berkongsi maklumat dan seterusnya boleh membentuk kerjasama dalam perniagaan. 

“Matlamat utama 100MIYE adalah memberi pengiktirafan kepada usahawan yang betul-betul berjaya di samping memperkukuhkan dan  mengeratkan hubungan sesama usahawan,” katanya.

 


Terdahulu, anugerah ini pernah dimenangi penggiat seni dan selebriti terkenal tanah air antaranya, Datuk Dr Sheikh Muszaphar, Dato' Sri Hajah Siti Nurhaliza, Datuk Nicole David, Datuk Lee Chong Wei, Shila Amzah dan Fattah Amin. 

KRITERIA KELAYAKAN PENCALONAN 100MIYE 


  • Calon mestilah berusia 45 tahun dan ke bawah, terbuka kepada lelaki dan wanita.

  • Beliau mestilah berjawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) atau Pengarah Urusan.

  • Berada di dalam pengurusan syarikat  minimum dua tahun dan memiliki kepentingan kawalan majoriti syarikat.

  • Syarikat mestilah mengusahakan perniagaan  yang sah dan perolehan tahunan sebanyak RM3 juta dan ke atas.


DANA USAHAWAN MUDA


Dana ini adalah inisiatif kepada bakat muda dalam bidang perniagaan menerusi pembabitan ahli perniagaan terkemuka yang akan berkongsi pengalaman dan selaku pembimbing.  


KEISTIMEWAAN PENERIMA ANUGERAH


  • 100MIYE 2022 Digital Award Presentation

  • Award night at private jet hangar

  • 2 pages feature in best selling hardcover The MIYE award coffee table book

  • Receive the Prestigious Designer Trophy

  • Receive the Certificate of Merit

  • Exclusive 100MIYE winner personal branding video

  • Announcement and feature on social media platforms

  • Exclusive Entrepreneurs Focus writeup on Entrepreneur Insight website

  • GDN/Google Adwords 2 weeks keyword search for winner’ name

  • Private  Business Networking Retreat for 3D2N

  • Business Networking Sessions

  • Jom Beli Live

  • Recognize as Green Malaysia approve business inclusive logo usage and certificate.


Entrepreneur Insight (EI). EI adalah majalah keusahawan terbitan Armani  Media Group Berhad. Majalah ini  bermotokan “Entrepreneurs Growing Entrepreneurs. 


ENTREPRENEURS INSIGHTS | FACEBOOK | INSTAGRAM

إرسال تعليق

5تعليقات

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Ok. Boleh la Rawlins cadangkan a few of my friends yang ada bisnes sendiriu untuk mohon sebagai galakan perniagaan diorang kan. TQ

    ردحذف
  2. Ohh wowo...this is a good event to recognised those deserved to be on the list young entrepreneurs. Absolutely inspiring to attend it for sure. Entrepreneurship is never easy & this initiative will encourage more to work smart to be in then. Cheers Siennylovesdrawing

    ردحذف
  3. Ohh, baru tahu ya, young pun consider bawah 45 tahun. Ada chance lagi ni kalau nak join in the future XD

    ردحذف
  4. such a beautiful initiative to recognise the effort and hardwork of successful entrepreneurs in the country. hopefully with the award, they can be motivated further to make more incredible things happen in malaysia!

    ردحذف
  5. Bagus lah ada peluang pada org bisnes utk join dan juga dapat pengiktirafan .

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !