KONSERT SULUNG CAKRA KHAN BERSEMPENA SATU DEKAD SEBAGAI INSAN SENI

KONSERT SULUNG CAKRA KHAN BERSEMPENA SATU DEKAD SEBAGAI INSAN SENI

Ruby
7
KONSERT SULUNG CAKRA KHAN BERSEMPENA SATU DEKAD SEBAGAI INSAN SENI | Assalammualaikum semua! Penyanyi kegemaran ramai iaitu Cakra Khan bakal mengadakan konsert sulungnya dan yang paling istimewa adalah lokasi di Kuala Lumpur Malaysia dipilih sebagai pemula. Tahniah diucapkan kepada Cakra Khan dan buat penaja. Ia pasti menjadi Unforgetable Night. 

Cakra Konta Paryaman atau lebih dikenali sebagai nama pentas Cakra Khan dilahirkan pada 27 Februari 1992 di Pangandaran, Jawa Barat, Indonesia. Merupakan penyanyi lelaki yang memiliki vokal unik. Penampilan Cakra Khan di mana-mana konsert selebriti tanah air sering dinantikan. Di Malaysia, Cakra Khan telah menghasilkan 2 lagu. Satu bersama Dato' Sri Hajah Siti Nurhaliza dalam naskah Seluruh Cinta. Lagi satu bersama Hael Husaini dalam lagu Terlanjur Cinta.

KONSERT SULUNG CAKRA KHAN BERSEMPENA SATU DEKAD SEBAGAI INSAN SENI 


Cakra Khan A Decade Live in Kuala Lumpur
20 Januari 2024
Plenary Hall, KLCC
8:30PM

Tiada mana-mana penyanyi lelaki memiliki vokal suara seperti Cakra Khan. Menceburi bidang nyanyian pada awal usia 20 tahun. Cakra Khan juga berbakat dalam penulisan lagu. Dari hasil lagu dan lirik yang puitis, kemunculan lagu baharu Cakra Khan sentiasa dinantikan. Untuk meraikan satu dekad di dalam industri seni, dapatkan tiket Cakra Khan A Decade Live in Kuala Lumpur sekarang!

Cakra Khan mula menemui popularitinya menerusi single pertamanya bertajuk "Harus Terpisah" (2012). Beliau memulakan kerjayanya dalam arena muzik sejak tahun 2012. Berteraskan gaya muzik dan lirik yang mudah dan senang untuk dihafal, "Harus Terpisah" menjadi lagu yang sangat popular dikalangan penggemar muzik hits di Indonesia dan Malaysia. Popularitinya itu terserlah dengan sangat cepat.

MEMILIH MALAYSIA SEBAGAI PEMULA KONSERT SULUNG


Buat pengetahuan anda semua, sepanjang karier Cakra Khan di dalam bidang seni muzik. Beliau belum pernah mengadakan konsert yang menampilkan hanya karya seni beliau. Selama hari ini beliau menjadi tetamu undangan ke konsert sahaja. 


Signifikasi dari itu, Kuala Lumpur, Malaysia menjadi lokasi sulung konsert Cakra Khan A Decade Live in Kuala. Tahniah Cakra Khan! Mungkin ada lagu baru akan dipersembahkan? Surprise Surprise!! 

Konsert Pertama sangat besar bagi Cakra Khan. Prinsip beliau untuk menyanyikan sebanyak mungkin lagu sendiri. 

KOLABRASI CAKRA KHAN DAN DATO' RAMLEE M.S. DALAM SUSUNAN MUZIK KONSERT


Bertanya tentang susunan lagu, Cakra Khan memaklumkan bahawa Dato' Ramlee M.S. akan berkolabrasi dalam memberi sentuhan profesional dalam setiap muzik pada malam konsert. Sebanyak 20 hingga 22 lagu akan dipersembahkan. Medley, nyanyian lagu penuh, duet, lagu baru dan tribute untuk arwah bapa masih dalam perbincangan. Cakra Khan mahu konsert berjalan lancar dan sempurna sebaiknya. 

PEMINAT MENGHARAPKAN PERSEMBAHAN LAGU SELURUH CINTA BERSAMA DATO' SRI HAJAH SITI NURHALIZA


Ruby masih ingat lagi saat kemunculan Cakra Khan. Ia adalah melalui lagu Seluruh Cinta yang dinyanyikan bersama Dato' Sri Hajah Siti Nurhaliza dengan penuh bertenaga dan puitis. Sehinggakan memenangi anugerah berprestij di Anugerah Industri Muzik. Tahun 2014 adalah tahun yang sangat bermakna bagi insan bernama Cakra Khan.

Dato' Sri Hajah Siti Nurhaliza juga insan yang bersama-sama membuka peluang dan mengembangkan bakat Cakra Khan. Jadi, adalah saat terindah apabila kedua-dua penyanyi kesayangan ramai ini berkongsi pentas untuk mendendangkan secara langsung lagu Seluruh Cinta. Setuju?

Semoga doa ini dimakbulkan. 

PERSONALITI CAKRA KHAN BEBAS DAN BERSIH DARI GOSSIP DISENANGI SEMUA


Cakra Khan amat disenangi ramai kerana aura positif yang sering diterapkan dalam kehidupan beliau. Sepanjang bergelar selebriti dan penyanyi, tiada gossip liar mengaburi mata para peminat. Kisah-kisah tentang lagu baru untuk official sound track filem dan singles terbaru sahaja.

Seterusnya berita pemergian arwah bapa tersayang dan bagaimana beliau bangkit dengan menghargai ibunda tercinta. Walau sesibuk mana, pasti ada masa buat ibu. Cakra Khan ingin memanfaatkan setiap perjalan karier beliau dengan insan terayang. Ibu dan bapa adalah penyokong tegar sejak awal Cakra Khan mula memasuki industri muzik. Pengorbanan ibu bapa tiada galang gantinya dan ingin menghargai setiap saat bersama ibu. 

Sempat kami bertanya apa pendapat Cakra Khan tentang kemunculan penyanyi baru dan youtuber yang membuat cover lagu penyanyi asal. Cakra Khan berpendapat dia tidak terjejas dengan penampilan penyanyi baru yang viral. Lebih selesa meraikan kepelbagaian. Apa yang penting, fokus kepada peminat yang sedia ada. Merekalah sentiasa ada bersama sepanjang sedekad ini. Terima kasih.

TIPS PENJAGAAN SUARA CAKRA KHAN


Apabila ditanya tentang tips mengekalkan suara. Sambil ketawa dan mengatakan "Tiada tips! Ia adalah anugerah dari Allah s.w.t., Saya pun tiada pantang makanan atau minuman. Cuma perlu tahu tentang badan kita. Wajib rehat secukupnya dan latihan vokal yang konsisten. 
Saya suka makan masakan pedas tau.", seloroh beliau.

BAGAIMANA CAKRA KHAN MENJIWAI LAGU WALAU TIDAK PERNAH BERCINTA


Soalan demi soalan diajukan, begitulah sikap ingin tahu yang mendalam Ruby terhadap Cakra Khan. Sebab, lagu Cakra Kham menusuk jiwa. Menusuk kalbu. Bagaimana Cakra Khan menjiwai setiap lagu dan boleh dikatakan kesemua lagu yang disampaikan pasti hit. 

Pasti ada yang mendengar lagu-lagu Cakra Khan akan terbuai dengan kisah manis alam percintaan dan rumahtangga. Namun, ada juga yang mendengar lagu dan tanpa sedar mengalir air mata mengenang pengalaman lalu. Jadi, bagaimana Cakra Khan yang bujang trang tang tang boleh menjiwai lagu dan lirik?

Cakra Khan hanya menyanyikan lagu untuk teman-teman. Menjiwai lirik itu semasa masuk ke studio rakaman, seterusnya memahami cerita dalam lirik lagu. Mula menyanyi secara automatik akan menjiwai lagu. 

PENYANYI JEMPUTAN AINA ABDUL, ADE GOVINDA DAN KHAI BAHAR DI CAKRA KHAN A DECADE LIVE IN KUALA LUMPUR 2023


Gabungan penyanyi Indonesia dan Malaysia pastinya memberi kemanisan dalam persembahan konsert Cakra Khan. Aina Abdul, Ade Govinda dan Khai Bahar memiliki keunikan vokal masing-masing. Malah memiliki pengukit tegar. Nantikan kolabrasi unggul mereka semua di Cakra Khan A Decade Live in Kuala Lumpur.

SENARAI LAGU MENUSUK JIWA CAKRA KHAN


  • Kepada Hati (2022)
  • Salah Tapi Baik (2021)
  • Terlanjur Cinta feat. Hael Husaini (2020)
  • Jangan Mudah Putus Asa - OST Guru Ngaji (2018)
  • Kemenangan (2018)
  • Kekasih Bayangan / Beloved Shadow (2017)
  • Adalah Aku (2017)
  • Mencari Cinta Sejati - OST Rudy Habibie (2016)
  • Kau Memilih Dia (2015)
  • Mengingat Dia (2014)
  • Opera Tuhan (2014)
  • Seluruh Cinta feat. Dato' Sri Hajah Siti Nurhaliza (2014)
  • Setelah Kau Tiada (2013)
  • Album Cakra Khan (2013)
  • Mudah Jatuh Cinta
  • Mengingat Dia
  • Cintamu Tak Kembali
  • Di Mana Hatimu
  • Tak Bisa Lepas
  • Thanks To You
  • Cintamu Bukan Untukku
  • Siapa Yang Pantas
  • Harus Terpisah

HARGA TIKET CAKRA KHAN A DECADE LIVE IN KUALA LUMPUR 2023


Pastinya konsert yang selesa adalah di lokasi yang berprestij di Kuala Lumpur Convention Centre. Malam kita pasti indah dengan alunan muzik dan vokal mantap dari Cakra Khan. 

Kategori A dan Meet & Greet : RM 1288
Kategori B: RM 788
Kategori C: RM 688
Kategori D: RM 588
Kategori E: RM 258
Kategori F: RM 218

Dapatkan tiket anda sekarang di www.ticket2u.com.my
Tags

إرسال تعليق

7تعليقات

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. That day time event when he sang, his voice menang padu! cant wait for his concert

    ردحذف
  2. Best best lagu cakra khan . Okay tahun depan konsert boleh simpan duit lagi ni hehe

    ردحذف
  3. Best best lagu cakra khan . Okay tahun depan konsert boleh simpan duit lagi ni hehe

    ردحذف
  4. suka dengan lagu2 cakra khan. byk yg baitnya puitis. Best ni kalau dapat join concert

    ردحذف
  5. Pergh! Bestnya ada konsert Cakra Khan ni... if ada kat KL sure Nell beli tiket terus bah... Banyak lagu favorite dalam list bah... sayangnya Chinese New Year is just 2 days from the concert... huhu...

    ردحذف
  6. Hebat! Sejak di Universiti hgga dah berkahwin Saya msh kekal ikuti lagu Cakra Khan! Saya beli 2CD tiap keluaran Chakra Khan iaitu satu untuk didengar masa memandu kereta dan satu lagi untuk dengar di pejabat ❤️ Great Chakra Khan! Moga konsert Chakra Khan ini sukses! From Kuala Lumpur Malaysia 🇲🇾

    ردحذف
  7. Alamak miss la pula tarikh tu haritu, husband memang suka dengan lagu-lagu Cakra Khan.

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !