FABULOUS FRIDAY PRESENTS TULUS | Assalammualaikum semua! Apa khabar? Tulus akan hadir ke Malaysia pada Januari 2023! Kalian yang hadir pada Konsert Tulus Live at Istana Budaya dan seterusnya Konsert Sewindu Tour Kuala Lumpur di Dewan Plenari pasti tidak sabar untuk hadir pada Januari 2023 kan?
Dalam menantikan konsert yang bakal berlangsung, signifikasi kehadiran Tulus tidak lengkap jika tiada jenama kecantikan kegemaran Ruby iaitu Wardah Beauty. Pasti meriah pada malam konsert dengan hijabista cantik-cantik. Tidak ketinggalan fesyen pakaian ke konsert yang modest islamik. Hanya di konsert Tulus kita dapat melihat kehadiran tetamu bergaya. 
FABULOUS FRIDAY PRESENTS TULUS
“FABULOUS FRIDAY PRESENTS TULUS” 
Tarikh : 5 & 6 Januari 2023 
Venue : Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur 
Laman Web : www.shirazprojects.com
TULUS…. ‘MANUSIA’ YANG DINANTI DI KUALA LUMPUR. BENAR!
Kembali bertemu peminat dengan suara menenangkan jiwanya. Seperti 1000 tahun lamanya tidak bertemu mata dan mendengar  suara pemenang anugerah AMI Awards 2022 ini. Terakhir Tulus memberi persembahan yang cukup  bertenaga dan meninggalkan kesan di hati peminat di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala  Lumpur.  
Sudah tentu kemenangan Tulus di AMI Awards 2022 menambahkan lagi debaran dan perasaan  peminat tegarnya untuk mendengar lagu-lagu album Manusia dibawakan secara langsung di Kuala  Lumpur. Tak dilupakan lagu-lagu nostalgia pada album-album sebelumnya. 
Penyanyi yang membawa pulang piala Album Pop Terbaik, Artis Solo Pria Pop Terbaik, Album Terbaik  Terbaik ini juga membawa pulang anugerah Karya Produksi Terbaik Terbaik untuk lagu Hati-hati Di  Jalan. Lagu yang menjadi tema para peminat dalam bermacam situasi.  
Shiraz Projects yang sebelum ini membawakan Tulus secara perdana di Kuala Lumpur melalui Konsert  Tulus Live at Istana Budaya dan seterusnya Konsert Sewindu Tour Kuala Lumpur di Dewan Plenari  merasa terpanggil dan bertanggungjawab melunaskan kerinduan dan kehendak peminat menonton  Tulus mendendangkan lagu-lagu lama dengan dibaluti dengan karya-karya barunya. 
Bertempat di Dewan Plenari Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, ambience kali ini bakal mengamit lagi  memori dan momen peminat bersama Tulus dalam persembahan yang dinamakan “Fabulous Friday  presents Tulus”.
Bakal diadakan pada 6 Januari 2023, pukul 8.30 malam, tiket-tiket boleh didapati di  www.myticket.asia.  
“Adalah menjadi tanggungjawab kami membawakan semula Tulus ke Kuala Lumpur. Kita sedia  maklum bahawa Tulus akan muncul dengan lagu-lagu berkualitinya yang akan dibawakan bersama  bandnya yang cukup kompak. Kehadiran Tulus,saya percaya bukan sahaja akan melunaskan kerinduan  para peminat tegarnya tetapi juga kita dapat belajar tentang produksi dan karya yang baik dari rakan  seni seberang. 
Saya percaya bahawa hal-hal seperti ini wajar kita kongsi dan bawakan untuk  dipersembahkan bukan sahaja sebagai hiburan tetapi pengalaman,” ujar Shiraz yang merupakan  Pengarah Urusan Shiraz Projects.  
Tulus juga sudah tidak sabar untuk bertemu para peminat dengan mempersembahkan lagu-lagu dari  album Manusia buat kali pertama. 
“Lama betul tidak bertemu dengan para peminat di Kuala Lumpur.  Semoga rindu ini menghilang ketika kita bertemu di Dewan Plenari kelak. Kita bakal menyanyi  bersama-sama,” ujar Tulus yang turut tidak sabar bertemu para peminatnya.  
KENANGAN 2018! JOM TEMUI TULUS PADA 2023!
Masa sangat cepat berlalu. Pandemil COVID-19 benar-benar mengajar erti kesabaran dan redha. Pertama kali hadir konsert Tulus di Istana Budaya sudah cukup mengembirakan. Persembahan Tulus, Vokal Tulus dan semuanya indah. Menusuk jiwa. Secara automatik tahu lirik dan menyanyi bersama! Jom kita ulangi lagi detik indah itu pada Januari 2023. InsyaAllah!
HARGA TIKET FABULOUS FRIDAY PRESENTS TULUS
“FABULOUS FRIDAY PRESENTS TULUS” yang merupakan persembahan satu malam sahaja ini  dianjurkan oleh Shiraz Projects Sdn Bhd.  
Harga tiket : RM950 (VIP) 
RM550 (Diamond) 
RM450 (Platinum) 
RM350 (Gold) 
RM250 (Silver) 
Tiket : www.myticket.asia 
Tiket-tiket dengan harga RM950 (VIP), RM550 (Diamond), RM450 (Platinum), RM350 (Gold) dan  RM250 (Silver) mula dijual pada 10 November 2022, Khamis pada pukul 2 petang. Namun ia sudah SOLD OUT! 
Buat kalian yang sudah berjaya mendapatkan tiket FABULOUS FRIDAY PRESENTS TULUS. Jumpa anda di KLCC nanti!
  
  
  
  
  
  
  
Rasa nampak macam ianya sesuatu yang tulus. sejuk
ردحذفlagu die memang bagus..sedap demgar
ردحذفإرسال تعليق
PERHATIAN: Semua komen yang ditinggalkan adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen pembaca. Komen yang melanggar undang-undang adalah tertakluk di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998, yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun, atau kedua-duanya.