THE OLIVE TREE MERAIKAN MUSIM PERCUTIAN DENGAN KOLEKSI BERINSPIRASIKAN TAMAN MISTERI SEABERRY FRANKINCENSE

THE OLIVE TREE MERAIKAN MUSIM PERCUTIAN DENGAN KOLEKSI BERINSPIRASIKAN TAMAN MISTERI SEABERRY FRANKINCENSE

Ruby
2
THE OLIVE TREE MERAIKAN MUSIM PERCUTIAN DENGAN KOLEKSI BERINSPIRASIKAN TAMAN MISTERI SEABERRY FRANKINCENSE | Assalammualaikum semua! Beberapa hari yang lepas Ruby telah ke pelancaran koleksi musim percutian The Olive Tree. Kebiasaannya jika anda mencari idea hadiah untuk musim perayaan, Ruby sangat rekemen anda mendapatkan produk natural dan organik. Ia sesuai untuk semua jenis kulit dan paling best ia sesuai untuk lelaki dan perempuan. 

Ruby mengenali The Olive Tree sejak awal penubuhannya di Malaysia dan cawangan 1 Utama adalah kegemaran Ruby sebab berada di New Wings dan berdekatan ONECARD Preferred Parking. Senang berjalan-jalan terus ke The Olive Tree Store, FK5, 1st Floor, New Wing One Utama Shopping Centre. 

THE OLIVE TREE MERAIKAN MUSIM PERCUTIAN DENGAN KOLEKSI BERINSPIRASIKAN TAMAN MISTERI SEABERRY FRANKINCENSE 



Sebuah ‘Taman Rahsia’ yang menyimpan pelbagai misteri pastinya mencetuskan rasa teruja dan membuatkan kita terpesona. Ia membawa kita kepada dunia yang penuh dengan kejutan tempat persembunyian yang menarik, tanah subur yang sesuai untuk rejuvenasi dan relaksasi, tempat perlindungan selamat yang memberikan tenaga kepada jiwa kita. 

Tempat yang memukau itu nyata mencetuskan inspirasi kepada The Olive Tree untuk menghasilkan Koleksi Percutian 2022 baharu ini. Dengan penggunaan bahan-bahan terbaik berakar umbi dari alam, The Olive Tree menjemput anda memperbetulkan semula serta memperbaiki diri dengan koleksi terbaharu yang dijana daripada eliksir yang ditemui di sebalik ‘Taman Rahsia’

EKSTRAK SEA BUCKTHORN


“Rangkaian pemulihan premium ini adalah formulasi vegan untuk mereka yang mengalami keadaan kulit serta rambut kering, mengelupas dan rengsa. Ia amat sesuai digunakan pada semua jenis kulit dan rambut. Sebagai alternatif semula jadi kepada retinol, tumbuhan ini kaya dengan vitamin A, B1, B2, B6, K, C dan E dan kebaikan daripada sumber bioaktif juga bahan mineral. 

Apabila digabungkan bersama Minyak Zaitun Premium Ultra Australia kami sebagai asas, campuran bahan-bahan mengagumkan ini akan saling berkerjasama dalam membantu mengubah tubuh, minda dan jiwa kita!” ujar Law Hong Mei, Pengasas The Olive Tree

Sungguhpun namanya begitu, sea buckthorn bukanlah berasal dari laut. Ia berkembang daripada pokok renek berbunga yang terdapat di kawasan pergunungan Asia dan Eropah. Lazimnya dikenali sebagai SEABERRY, buah beri yang kecil namun hebat ini padat dengan nutrien yang membantu menyembuhkan dari dalam. 

Ia mengandungi 10 kali lebih tinggi vitamin C daripada oren, pelbagai antioksidan pelindung, omega yang melembapkan dan bersifat antiradang. Untuk kulit, sea buckthorn bukan sahaja melembapkan sambil mengawal minyak, ia turut membaiki sel-sel kulit, memperbaiki tona kulit, mengurangkan garisan halus dan melawan radikal bebas untuk kulit yang lebih muda serta berseri. 

Ia pastinya impian yang menjadi kenyataan bagi mereka yang mengalami masalah jerawat kerana ia bukan sahaja dapat mengurangkan jerawat secara drastik, malah menyembuhkan cela tanpa mengeringkan kulit. Tumbuhan berkuasa ini mempunyai manfaat yang sama untuk rambut.

Ekstrak sea buckthorn boleh membantu menguatkan dan memperbaiki rambut yang rosak dan membersihkan kulit kepala dengan mengawal minyak berlebihan tanpa mengeringkan rambut.

Ia juga dapat membantu meningkatktan keanjalan rambut, menambah kilauan dan menggalakkan pertumbuhan yang sihat. Paling utama, ia sesuai digunakan untuk merawat sebarang masalah rambut, daripada kering dan keriting hinggalah ke kulit kepala berminyak, rambut gugur dan berbau!

KOLEKSI THE OLIVE TREE SEABERRY FRANKINCENSE 


1. MANDIAN BADAN SEABERRY FRANKINCENSE


Diperkaya dengan ekstrak sea buckthorn, mandian badan ini meningkatkan daya pelindung pada kulit, menghalang kehilangan lembapan, di samping mengekalkan penghidratan. 

Harumannya ringan dengan Bergamot segar dan Frankincense, resin beraroma yang mengandungi ciri-ciri antibakteria dan antiradang. Hadir dalam dua saiz iaitu 500ml pada harga RM94.90 dan 30ml pada harga RM29.90.

2. LOSEN BADAN SEABERRY FRANKINCENSE


Losen badan mewah namun ringan yang menyerap pada kulit secara serta-merta lalu melembutkan dan mengembalikan keanjalan kulit. Diperkaya dengan ekstrak sea buckthorn dan 5 campuran minyak pati botani, produk ini membantu memastikan halangan lipid kulit diperkuatkan untuk pertahanan penuh, di samping menentang radikal bebas untuk hasil penampilan kulit yang lebih muda. Dipasarkan pada harga RM84.90 untuk sebotol berisian 250ml.

3. KRIM TANGAN NATURAL REPAIR


Krim tangan yang ringan dan sangat lembap, hasil daripada campuran ekstrak sea buckthorn yang berkhasiat serta sesuai untuk dibawa kemana-mana. Krim ini menjana penghasilan kolagen menerusi ekstrak lemon dan melindungi pertahanan lipid, sekali gus membuatkan tangan lebih halus dan lembut. 

Haruman sitrus dan flora daripada campuran botani pastinya meningkatkan semangat anda dan menggalakkan relaksasi. Dapatkannya pada harga RM29.90 untuk tab kandungan 30ml.


4. SYAMPU NATURAL REPAIR


Syampu seimbang yang membaiki secara mendalam serta menghalang kehilangan lembapan. Dengan ekstrak sea buckthorn sebagai bahan utama, syampu ini digabungkan dengan bahan-bahan lain seperti Bergamot untuk merangsang pembaharuan sel, Frankincense untuk merawat rambut gugur, Lemon untuk membersihkan kulit kepala, Geranium untuk menggalakkan pertumbuhan rambut dan Lada Hitam untuk aroma bertenaga dengan sedikit cetusan hangat rempah. Dapatkannya pada harga RM99.90 sebotol berisian 500ml dan RM29.90 untuk 30ml.

5. PERAPI NATURAL REPAIR


Perapi rambut tanpa silikon yang meresap jauh ke dalam helaian rambut ini membantu mengembalikan seri serta melindungi rambut anda daripada pencemaran, bahan kimia dan kerosakan UV. 

Sebagai tambahan, produk ini membantu melembutkan, meleraikan dan mengurangkan masalah rambut kusut. Diformulasikan dengan ekstrak sea buckthorn, rambut anda pasti tampil lebih sihat dan bersinar. Boleh didapati pada harga RM99.90 untuk botol kandungan 500ml.

6. KIT SABUN TRIO GARDENER’S DREAMS


Selain daripada rangkaian yang diperkayakan dengan ekstrak sea buckthor, kami menggalakkan anda untuk mencuba kiub sabun mini kami yang hadir dalam tambahan enam haruman semula jadi. Semua kiub sabun mini ini dihasilkan daripada Minyak Zaitun Premium Ultra Australia dengan warna semulajadi dan minyak pati. 

Dirumus khas untuk musim percutian ini, rangkaian ini dipasarkan di bawah Kit Sabun Trio The Gardener’s Dreams yang setiap satu kit menampilkan 3 haruman segar. Yang pertama menyerlahkan Lavender Clarity, Pink Frankincense dan Minty Candy manakala yang kedua menonjolkan Matcha Chamomile, Golden Caedarwood dan Blossom Ylang. Setiap satu kit sabun trio ini berharga RM49.90 dengan setiap berat kiub beranggaran 40g. 

KOLABRASI ISTIMEWA THE OLIVE TREE & BUNGADANBINTANG


Musim perayaan ini juga menyaksikan kolaborasi menarik antara The Olive Tree dan ilustrator tempatan, Nur Syakirin binti Saharom (yang menggunakan nama samaran @BungaDanBintang), untuk menghasilkan pembungkusan eksklusif bagi Koleksi Percutian 2022.


Berdasarkan cintanya pada alam semula jadi dan tumbuh-tumbuhan, Nur Syakirin mencipta grafik abstrak dalam dua variasi, untuk menggambarkan taman yang meriah dipenuhi dengan bunga-bunga mekar dan pokok zaitun yang subur.

“Di sinilah kebahagiaan berkembang mekar di taman. Saya ingin memberi penghormatan kepada The Olive Tree namun dalam masa sama saya berusaha mengekalkan gaya tersendiri yang berasaskan bentuk-bentuk organik.

Saya sentiasa impikan bekerjasama menghasilkan koleksi utama dengan jenama terkemuka yang benar benar menyukai kerja saya. Saya amat gembira melihat reka bentuk saya muncul pada produk yang dapat dilihat, disentuh dan digunakan oleh semua orang setiap hari. Dari satu segi, anda boleh katakan bahawa taman ini mewakili perasaan yang saya alami ketika ini,” jelas Nur Syakirin sambil tersenyum kala menjelaskan inspirasi di sebalik ilustrasi itu. Promosi Percutian The Olive Tree


WONDERBREW x THE OLIVE TREE 


Wonderbrew akan mencipta perasa Kombucha eksklusif sebagai salah satu usaha promosi bersilang sepanjang November hingga Disember 2022. 


The Olive Tree turut menghadiahkan 1 x Set Kembara My Secret Garden Wanderlust (terdiri daripada 2 x botol Wonderbrew Kumbucha dan set kembara 3 dalam 1 The Olive Tree 2022) untuk setiap pembelian melebihi RM350. 

Sementara itu, Wonderbrew akan memberikan set kembara 3 dalam 1 The Olive Tree 2022 secara percuma untuk setiap set pembelian 10 x botol Wonderbrew Kombucha. Tersedia sehingga stok masih ada. 

UNIQLO x THE OLIVE TREE


Mulai 1- 31 Disember 2022. Uniqlo akan memberi set kembara 3 dalam 1 The Olive Tree secara percuma untuk setiap pembelian dalam talian melebihi RM250 menerusi butik dalam talian Uniqlo Malaysia. Tersedia sehingga stok masih ada. 

KENALI LAW HONG MEI PENGASAS THE OLIVE TREE


Law Hong Mei, 48, ialah usahawan dan ibu kepada dua, yang mencipta jenama penjagaan kulit The Olive Tree. Semuanya bermula apabila anak-anaknya mengalami ekzema. 


Selepas menemui puncanya, Hong Mei belajar tanpa jemu dan mencari bahan penjagaan kulit terbaik untuk merawat mereka. Sebagai ibu, dia menemui peningkatan keberkesanan kepada anak-anak dan mereka beransur-ansur pulih selepas menggunakan bar sabun yang dihasilkan. Ramai kenalan bertanya dam menyuarakan pendapat susah untuk dapat produk berasaskan buah zaitun pada harga berpatutan. Maka, terhasil produk penjagaan kulit semulajadi di pasaran.

Peristiwa ini memberi inspirasi kepadanya untuk membangun produk kualiti tinggi, jenama penjagaan kulit semulajadi mampu milik sebagai alternatif kepada produk komersial yang adalah kaya dengan bahan kimia berbahaya dan bahan tambahan yang tidak diperlukan.

Justeru, The Olive Tree dilahirkan pada tahun 2015. Sebelum ini beliau bekerja dalam bidang pakaian dalam hinggalah kepada potongan denim yang setiap fesyen editor suka.

Pengalaman bekerja dengan syarikat multinasional besar telah membantu mengembangkan perniagaannya dalam pembangunan produk dan mengenali tingkah laku pengguna.

Malah semasa pandemik, Hong Mei dan pasukannya bekerja keras untuk mengekalkan perniagaan dan memastikan semua berjalan lancar.

“Nilai teras kami sentiasa bermula dengan permintaan pelanggan. Oleh itu, kami akan suai padan kan produk, pengalaman menjual dan penyelesaian. Pembuatan sabun telah menjadi perniagaan yang dicintai sehingga hari ini, ” Hong Mei.


KENALI KIRIN SHAROM PEMILIK BUNGADANBINTANG


@BUNGADANBINTANG Nur Syakirin binti Saharom, 31 atau lebih dikenali sebagai Kirin Sharom merupakan seorang artis atau ilustrator dengan nama samaran @BungaDanBintang. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains dari Universiti Malaya dan Sarjana Seni Bina dari Institut Teknologi Bandung, Indonesia. Kirin menyemarakkan minatnya terhadap ilustrasi digital selepas dia menyertai bengkel semasa pengajiannya.


“Saya sentiasa suka melukis sejak kecil tetapi ilustrasi digital bermula selepas saya menyertai bengkel yang dianjurkan oleh ilustrator kegemaran saya di Bandung, Indonesia. Saya tidak boleh berhenti melukis sejak dari itu. Membuat ilustrasi membuatkan saya berasa begitu bebas dan gembira!”

Sumber inspirasi utama Kirin berasal dari cintanya terhadap alam semula jadi. Sangat menyukai flora dan fauna, di antara aktiviti yang sering dilakukan adalah pengembaraan luar seperti mendaki, meredah hutan dan snorkeling

Kebanyakan karya seninya adalah berdasarkan dari pengalaman peribadi dengan alam semula jadi, sering digabungkan dengan banyak tumbuhan yang dia suka.
 
Sentiasa terbuka untuk meneroka pelbagai karya seni, Kirin juga suka mengahsilkan karya seni di atas kanvas pelbagai medium. Buat masa ini Kirin sedang bereksperimen dengan seni tufting.

Memetik dari itu, dia mahu @BungaDanBintang melangkah menjadi jenama antarabangsa, Kirin ingin melihat dirinya mempunyai kedai fizikal pada masa hadapan, dan menghasilkan barisan fesyen di mana dia boleh bereksperimen dengan seni yang boleh pakai.

Dia bercita-cita untuk menjadi seseorang yang boleh memberi inspirasi kepada generasi muda untuk membina kerjaya dalam seni sementara mendidik rakyat Malaysia tentang kepentingan seni dan artis untuk ekonomi dan pertumbuhan kepada masyarakat kita.

SESI BENGKEL BERSAMA THE OLIVE TREE & BUNGADANBINTANG


Semasa menghadiri sesi pelancaran koleksi terkini musim percutian dari The Olive Tree, Ruby berkesempatan belajar tentang penghasilan mandian berasaskan minyak pati dan sabun dari serbuk kopi. Ia adalah pengalaman yang amat bermakna dan Ruby enjoy sangat buat dua-dua produk ini. 


Kemudian gambar Ruby dihiasi lukisan pastel dari Kirin Sharom. Comel sangat! 

PROMOSI PEMBELIAN AWAL SECRET GARDEN HOLIDAY COLLECTION 2022


Bagi anda peminat dan pengguna produk natural dan organik dari The Olive Tree, anda boleh dapatkan produk terkini musim percutian mereka bermula 25 Oktober hingga 31 Oktober 2022 pada harga istimewa. Jom!


MENGENAI THE OLIVE TREE 


The Olive Tree diasaskan pada 2015 bagi menyediakan produk semula jadi yang dihasilkan penuh teliti, yang memanfaatkan kebaikan alam semulanjadi. Segalanya bermula apabila anak kepada pengasas nya mengalami ekzema. 

Walaupun berusaha untuk memastikan persekitaran mereka bersih dan bebas hama, masalah itu berterusan. Apabila kakaknya, yang menetap di Melbourne, menghadiahkannya sabun berasaskan tumbuhan untuk dicuba, dia melihat peningkatan yang besar terhadap keadaan kulit si anak malah kepada diri sendiri. 

Menyedari sukarnya memperoleh produk terbaik yang diperbuat daripada bahan semula jadi, ditambah dengan permintaan yang semakin meningkat, pengasas The Olive Tree ini mendapat inspirasi untuk merumus lalu mencipta produknya sendiri menggunakan bahan berasaskan tumbuhan berkualiti tinggi, di samping mengambil kepakaran dari Australia. 

Produk unggul The Olive Tree ini sememangnya alternatif terbaik kepada produk yang dihasilkan secara komersial yang sarat dengan bahan kimia berpotensi berbahaya.

Semua produk The Olive Tree boleh didapati menerusi pembelian dalam talian di www.theolivetree-organic.com. Penghantaran percuma disediakan untuk semua pembelian sekitar Malaysia dan Singapura buat masa ini.

Tags

إرسال تعليق

2تعليقات

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Christmas is coming and thanks to your article, I now know where go gift shopping for my family and friends. loving the packagin and all the vibrant colours!

    ردحذف
  2. akk selalu nampak brand ni.. tapi lps bc apa yg ruby tulis.... terus terminat hehehe... bagus la produk ni dia guna banyak unsur botani which is good for our skin.. esp remedy

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !