PENYEDIAAN SURAU DI DALAM BUTIK SITI KHADIJAH IOI CITY MALL PUTRAJAYA MENDAPAT MAKLUM BALAS POSITIF
"Saya tak sangka Siti Khadijah akan menyediakan surau kepada pelanggan. Semua orang Islam boleh menggunakan surau ini setiap kali masuk waktu azan Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak""Saya terfikir bagaimana ingin solat dengan cermin besar butik jelas nampak seseorang sedang solat. Rupa-rupanya ada pintu yang boleh di seret untuk menutup pandangan pengunjung pusat membeli belah dari ternampak aurat kami""Menemani isteri membeli-belah kadang-kadang ambil masa terlalu lama di Siti Khadijah, selalu saya bagi hint waktu solat kepada isteri agar kami boleh ke surau pusat membeli-belah. Sekarang, saya boleh menunggu dengan lebih tenang sebab ada surau di dalam butik Siti Khadijah""Surau di dalam butik Siti Khadijah dan ruang untuk anak-anak menunggu siap ada sudut bacaan memang sangat menarik. Harap Siti Khadijah di IOI City Mall ini ada program bacaan kisah-kisah Nabi atau program bersempema Maulidur Rasul yang bakal tiba bersama anak-anak".
MEMUPUK GAYA HIDUP BERMANFAAT
Terus mengukuhkan empayar perniagaan berkonsepkan gaya hidup Islam, Siti Khadijah telah melancarkan konsep baru dengan konsep ‘Memupuk Gaya Hidup Bermanfaat’.
“Siti Khadijah bukan saja menawarkan produk yang selesa digunakan tetapi kami juga mahu memberi maafaat kepada pengguna dan seterusnya memupuk sifat sama kepada orang lain supaya bersama-sama mendapat kebaikan di dunia dan akhirat.
“Kami juga mahu mengangkat martabat, nilai, dan kesucian agama Islam melalui setiap produk yang dikeluarkan. Butik ini juga lebih besar kerana Siti Khadijah mahu menempatkan lebih banyak produk dan sasaran kami bukan hanya telekung tetapi kepada ibadah khusus dengan menyediakan surau yang boleh digunakan pelanggan untuk menunaikan solat.
“Inilah kelebihan dan keistimewaan butik di IOI City Mall dengan pembinaan surau di dalamnya yang terletak di depan, bukan di belakang butik. Surau ini juga sebagai model tempat ibadah yang perlu ada di setiap kediaman keluarga Islam,” katanya.
Mohammad Munzir menjelaskan, setiap produk yang dipamerkan di surau itu adalah untuk dijual dan orang ramai boleh mendapatkannya di butik Siti Khadijah.
“Kami mahu menjual konsep surau ini supaya di setiap kediaman orang Islam ada ruang solat untuk keluarga dan tetamu. Barangkali, Siti Khadijah adalah perintis pertama yang menyediakan surau di dalam butik.
“Sebaik saja selesai pembelian, pelanggan boleh terus mencuba telekung dan sejadah baru di surau. Siti Khadijah juga mahu membawa pengalaman yang menakjubkan kepada pelanggan apabila menyediakan perkhidmatan tukang jahit untuk tempahan, bungkusan hadiah, menjual beg telekung, sejadah, tudung (jenama Hegira), kasut dan pakaian muslimah,” katanya.
Siti Khadijah sehingga kini telah memiliki 44 cawangan butik si seluruh negara termasuk di pusat beli-belah IOI City Mall dan bercadang untuk memiliki sehingga 53 cawangan pada tahun ini, sebelum menambah 10 lagi butik baharu pada tahun 2023. Acara pelancaran dan pembukaan berlangsung pada Sabtu, pada jam 11 pagi di IOI City Mall Fasa 2.
Bagusnya inisiatif SK gini - memudahkan pembeli untuk sentiasa solat kan. Teringat Kris Dayanti dulu pun ada ruangan solat di rumah beliau - sama cam Ruby kan. Hehe
ردحذفThat's really brilliant to have the surau facility installed , absolutely convenient for Muslims prayers while doing shopping there. Good one. Cheers Siennylovesdrawing
ردحذفWow this is a good idea and added to their facilities or services for their customer
ردحذف