KONSERT EXISTS REUNION TOUR SINGAPORE

KONSERT EXISTS REUNION TOUR SINGAPORE

Ruby
1
KONSERT EXISTS REUNION TOUR SINGAPORE | EXISTS merupakan sebuah kumpulan Pop rock terkenal Malaysia yang juga popular di Brunei, Singapura dan Indonesia. Penubuhan kumpulan ini bermula di Johor Bahru pada tahun 1991, anggota pertama adalah Along @ G-nola @ Azhrul Nasir iaitu pemain gitar kumpulan tersebut. 

Dalam kumpulan EXISTS ni, Ruby suka semua ahli mereka sebab sangat suka low profile. Cuma dalam kumpulan EXISTS ni ada seorang ahli yang Ruby suka iaitu Along sebab masa dia goreng gitar elektrik tu syok dengar dan kalau ada persembahan pentas, stail dia dengan rambut kerintingnya tu depan kipas terbang-terbang. Memang rockstar sejati. Hahaha. Sekarang kalau nak dengar Along goreng, boleh buka Spotify Along Exists. 

EXISTS mula mencipta nama pada usia remaja belasan tahun sekitar akhir 1991 menerusi album sulung mereka yang diberi Nama 'EXIST', lagu seperti Untukmu Ibu, Rahsia Pepohon Cemara, Langkah Seiringan, Janji Bidadari, Kerana Cinta, Sebelum Terlewat, Kuman HIV & Hidupan Fantasi. 

Kumpulan EXISTS telah menerima pelbagai anugerah sepanjang berkarya. Walau melalui zaman jatuh bangun, EXISTS kekal di hati para peminatnya. Suara vokalis Mamat, Ezad dan tenaga para pemain muzik kumpulan ini sering mendapat respon positif kerana masih sama seperti zaman 90-an. 

Malah lagu-lagu menggamit nostalgia dari EXISTS sering menjadi pilihan ketika karaoke. Jom kita sing-along ramai-ramai di Konsert Exists Reunion Tour Singapore. Lokasi pertama jelajah EXISTS REUNION di sana akan berlangsung pada 14 Januari 2023. 

KONSERT EXISTS REUNION TOUR SINGAPORE


KONSERT EXISTS REUNION TOUR SINGAPORE
Tarikh: 14 Januari 2023
Hari: Sabtu
Lokasi : The Theatre at Mediacorp, Singapura
 #KonsertJelajahExistsReunion

Jadi lokasi petama untuk siri konsert jelajah Exists Reunion. Terakhir Exists Reunion meninggalkan kesan yang bukan sedikit buat para peminat di Singapura adalah pada 5 Oktober 2019. Berawal dari tiket konsert yang terjual habis dalam masa dua hari, sambutan hangat ini dapat dirasakan ketika konsert tersebut berlangsung di The Theatre at Mediacorp.

Kemunculan Mamat, Ezad, Ajai, Along, Musa, Shah dan Ujang memberikan kenangan yang bukan sedikit buat para peminat tegar Exists Reunion. Menyanyi bersama-sama pada setiap lagu membuatkan lokasi konsert menjadi tempat karaoke berskala besar antara Exists Reunion dan para peminat mereka.

Tahun hadapan, momen dan keindahan itu akan dibawakan lagi oleh Shiraz Projects. Di tempat yang sama, mereka bakal menggandakan lagi memori indah tersebut pada 14 Januari 2023.

Menurut Shirazdeen Karim selaku Pengarah Urusan Shiraz Projects, “Menyaksikan para penonton menyanyi bersama-sama di Konsert Exists Reunion di Singapura adalah antara kenangan terindah kami, sama seperti di Stadium Malawati sebelumnya. Kami bawakan konsert ini kembali kerana mengerti dengan kerinduan peminat yang sudah menunggu kehadiran Exists Reunion usai pandemik melanda dunia.”

Tambahannya lagi, pihak Shiraz Projects sering mendapat pertanyaan bilakah lagi Exists Reunion akan kembali lagi ke Kota Singa dan menyemai momen indah bersama peminat dengan lagu-lagu malar segar mereka. 

“Memahami kerinduan yang mereka rasakan, kami bawakan Exists Reunion ke The Theatre at Mediacorp, Singapura sebagai lokasi pertama dalam rangkaian siri jelajah Exists Reunion pada tahun 2023. Lokasi yang seterusnya akan diumumkan kelak. Buat masa sekarang kami ingin memberikan berita baik ini kepada peminat di Singapura dahulu,” tambah Shiraz yang juga teruja dengan sambutan terdahulu yang diberikan oleh peminat Exists Reunion di Singapura.

Untuk kumpulan yang ditubuhkan di Johor Bahru pada tahun 1991, mereka juga sangat teruja untuk bertemu mata dan berkongsi tenaga menyanyi bersama-sama peminat di Singapura pada tahun hadapan.

“Kami sentiasa teruja dan menghargai sokongan yang diberikan oleh para peminat di Singapura. Ketika kali pertama kami muncul di Singapura atas nama Konsert Exists Reunion, sambutan yang diberikan sangat membuatkan kami terharu. Oleh itu, kami ingin kembali lagi untuk sama-sama membina momen-momen indah bersama para peminat yang tidak putus-putus menyokong perjalanan karier. Jadi jangan lupa dapatkan tiket segera,” ujar Ajai mewakili kumpulan Exists Reunion.

Konsert Exists Reunion buat pertama kalinya dalam sejarah menggabungkan semua formasi asal Exists iaitu Musa (bass), Along (gitar), Ajai (keyboard), Shah (gitar), Ujang (dram) dan dua vokalis mereka Mamat dan Ezad pada tahun 2019 di Stadium Malawati, Shah Alam dan The Theatre at Mediacorp.

Dijadualkan berlangsung di The Theatre at Mediacorp pada 14 Januari 2023, Konsert Reunion Exists menjanjikan sebuah nostalgia buat peminat kerana ini merupakan lokasi pertama mereka dalam rangkaian jelajah yang akan berlangsung pada tahun 2023.

Pastinya, untaian hit dari Langkah Seiringan, Rahsia Pohon Cemara atau Untukmu Ibu yang memperkenalkan Exists dengan Mamat pada waktu itu masih berusia 13 tahun dan vokal 'belum pecahnya' akan disampaikan pula kali ini dalam persembahan Mamat di usianya 30 tahun.

Dan Ezad yang menyertai Exists menggantikan Mamat di tahun 1996 menyambung legasi sukses Exists dengan album Diammu Gunung Berapi yang mengandungi banyak hit serta lagu lagu di album keempat (Jangan Gentar) dan seleksi di album Ada sehingga Paragon akan membuat penonton tidak senang duduk sepanjang konsert yang bakal berlangsung kelak.

HARGA TIKET KONSERT EXISTS REUNION TOUR SINGAPORE


Konsert Exists Reunion menawarkan tiket berharga SGD245 (Meet & Greet), SGD155 (Diamond), SGD135 (Platinum), SGD95 (Gold), SGD75 (Silver) untuk peminat melakar sejarah bersama mereka.


Untuk sebarang keterangan lanjut, sila layari www.myticket.asia untuk tempahan tiket. Bagi informasi atau update terkini, layari laman sosial Exists dan Shiraz Projects. Sekali lagi, jangan lepaskan momen ini dan nantikan infomasi seterusnya tentang jelajah Konsert Exists Reunion yang akan berlangsung tahun hadapan.

Konsert Exists Reunion Tour Singapore merupakan konsert satu malam sahaja dianjurkan oleh Shiraz Projects Sdn Bhd.
Tags

Catat Ulasan

1Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. wahh..bestnya...memang lagu lagu exist ni halwa telinga zaman student dulu

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !