GUARDIAN GAYA SQUAD 5TH ANNIVERSARY

GUARDIAN GAYA SQUAD 5TH ANNIVERSARY

Ruby
9
GUARDIAN GAYA SQUAD 5TH ANNIVERSARY | Assalammualaikum semua! Tahun ini, 2022 merupakan ulang tahun ke 5 Guardian Gaya Squad melengkapi kehidupan Ruby. Ruby bersyukur menjadi di antara yang terawal menyokong inisiatif Guardian Gaya Squad. Jemputan demi jemputan tidak serik-serik Guardian jemput. 

Walaupun Ruby sibuk, mereka tetap menghantar jemputan incase Ruby berkelapangan untuk join sesi tersebut. Pasti ramai tertanya-tanya, apa itu Guardian Gaya Squad kan? Ia adalah inisiatif di antara Guardian, Jenama dan KOL (Media/Blogger/Influencers) ketika itu. Inisiatif ini bermula pada tahun 2018. Penyertaan setiap sesi dalam 5 hingga 10 orang begitu.

GUARDIAN GAYA SQUAD 5TH ANNIVERSARY



Inisiatif Guardian Gaya Squad adalah untuk produk-produk yang dijual di Guardian dikenali oleh pengguna melalui KOL yang hadir. Di dalam mengenali jenama dan produk, aktiviti-aktiviti kreatif turut diadakan. Pertandingan media sosial semasa acara dan sesi Q&A bersama jenama turut membantu Guardian Gaya Squad untuk berkongsi dengan pengikut masing-masing. Menarik bukan?  

Program ini melibatkan komuniti kecil Guardian Gaya Squad. Pemilihan KOL juga di ambil kira dari segi latar belakang penulisan dan penampilan agar bersesuaian dengan produk yang ingin diketengahkan. Jenama dari produk-produk yang terlibat adalah seperti produk penjagaan wajah, rambut, kosmetik, alat solek, mandian dan produk kesihatan yang bersesuaian dengan pelbagai peringkat usia.  

Susah untuk Ruby tolak semua pelawaan jemputan Guardian Gaya Squad. Ruby masih ingat kali pertama join, ketika itu Kak Bee dari Mae PR mewakili Guardian Malaysia akan menjemput Ruby. Jemputan Guardian Gaya Squad ini tidak sama dengan acara rasmi pelancaran produk atau kempen Guardian. Ia lebih kepada sesi personal dan diadakan di lokasi menarik seperti kafe instagrammable. Disamping mengadakan acara, Guardian juga menyokong perniagaan usahawan kecil. Lokasi pilihan mesti sesuai untuk OOTD. Sebab itu kalau ke acara Guardian Gaya Squad, Ruby akan pakai cantik-cantik!

Inisiatif ini menjadi lebih menarik apabila Guardian mengumpulkan semua KOL ke satu acara besar iaitu Guardian Malaysia Wellness Retreat. MasyaAllah ia adalah memori terindah. Program ini bukan untuk bersuka ria semata-mata, ia adalah inisiatif kesedaran mental dan membangkitkan keyakinan diri. Di antara perubahan dalam diri Ruby setelah menyertai program Guardian Gaya Squad - Guardian Malaysia Wellness Retreat adalah Ruby lebih berkeyakinan, lebih fokus dengan tujuan hidup, mengasingkan priority, menghargai diri dan paling penting adalah dapat mengenali kawan-kawan alam maya dengan lebih mesra walau hanya 3 hari 2 malam. Ia adalah kenangan terindah!

Sebenarnya Ruby telah bersama dengan Guardian sebagai media yang hadir ke majlis pengumuman promosi baru, pengenalan jenama baru dan majlis penganugerahan bertahun-tahun lama dahulu. 

Guardian Malaysia sangat aktif menganjur acara penganugerahan dan makan malam. Ia bagi meraikan jenama yang sukses jualannya di seluruh cawangan Guardian di Malaysia. Di antara anugerah yang pernah Ruby hadir adalab Guardian People's Choice Awards 2016, Guardian Most Voted Brands (MVB) Award 2018, Guardian Healthy Beauty Awards 2020 dan Ruby bakal hadir adalah Guardian Awards 2022. Hahahaha. Tiber kannn. Support!




Kadang-kadang rasa Guardian ni aneh, sebab dia banyak memberi. Tidak duduk diam. Ada je idea mereka nak buat. Nama anugerah pun tukar-tukar ikut peredaran masa dan kesesuaian. Rasa seronok pula nak berniaga di Guardian. Apabila produk laris, kita akan terima ganjaran iaitu anugerah pada akhir tahun. Semuanya adalah dari hasil jualan dan undian pengguna. Adil kan?

KENANGAN BERSAMA GUARDIAN GAYA SQUAD


Ruby ingat lagi semasa menerima jemputan kali pertama ke Guardian Gaya Squad iaitu pada Jun 2018. Ruby terkejut bilangan tetamu di dalam bilik sangat sedikit. Eh kenapa sikit sangat orang? Bukan ke ni event? Hahaha. Adui malu!! Dah la datang lambat sebab sesat. Sesat dalam Pusat Kreatif Kanak-Kanak Tunku Bainun, TTDI. 

Sesi ketika itu melibatkan beberapa jenama dan ada aktiviti wajib perlu dilaksanakan segera. Terpinga-pinga masa tu. Tapi, best tau. Jika terpilih dan mengikut kriteria, boleh menang hadiah. Kalau tak menang jangan bimbang. Waktu pulang mesti Guardian beri goodie bag SELAMBAK! Iye ini yang paling happy. Budaya ini sampai sekarang Guardian buat tau. 


Kebanyakan produk eksklusif dan mahal. Apabila dapat full size, Ruby sangat happy. Ruby boleh cuba. Apabila sesuai dengan diri kita. Confirm Ruby akan repeat beli di Guardian. Kita mesti menjadi pengguna yang bijak. Cuba dulu, baru tahu! Kikiki.

Jemputan yang pertama kali tidak akan habis di situ! Kahkahkah. Setiap sesi Guardian Gaya Squad ada Ruby abadikan di Instagram Story Highlights dan Instagram Post. Cari je #GuardianGayaSquad. Pasti jumpa. 

Sepanjang 5 tahun bersama Guardian Gaya Squad. Mereka tidak berhenti walau COVID-19 melanda negara. Dari acara fizikal, beralih ke acara secara dalam talian. Mereka siap pos lagi Beauty Box. Bukan sekotak, tetapi dua! Tambah lagi dengan bag oren mereka. MasyaAllah. Di saat kami kemurungan tidak boleh keluar rumah dan risau wabak COVID-19, happy pills kami sampai. It's Guardian time! 

BIRTHDAY GUARDIAN DAN RUBY PADA BULAN OKTOBER


Lima tahun ini, ia sangat mengembirakan. Korang bayangkan, dah tua begini, sambutan hari lahir memang jarang sangat diadakan. Ruby memang tak sambut birthday, yang tahu tarikh pun akan mesej dan mendoakan kesejahteraan Ruby. Alhamdulillah. Ruby faham semua kenalan pada usia begini sibuk dengan urusan peribadi. 

Ruby sentiasa ambil perkara dari sudut positif. Ruby gembirakan diri Ruby dengan menyertai acara yang dianjurkan oleh Guardian. Paling syok pada bulan Oktober adalah Guardian Birthday. Jualan murah, produk-produk best. Apa yang paling Ruby paling gembira bercampur hiba adalah Guardian anjur travel trip! MasyaAllah! 

Hasil dari sentiasa menyokong Guardian, mereka bawa Ruby ke Philea Resort & Spa pada tahun 2018 dan Avillion Port Dickson pada tahun 2019. Ia adalah di bawah program Guardian Malaysia Wellness Retreat! MasyaAllah. Seronok sangat!

Pada tahun 2020 dan 2021 kita semua melalui Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pandemik COVID-19. Maka, tiada Guardian Malaysia Wellness Retreat tetapi pembukaan semula Guardian Suria KLCC yang lebih cantik, luas dan wow! Dirasmikan pada Oktober 2020 dengan SOP ketat.

Guardian obses dengan Oktober? Ya betul! Bulan istimewa buat Guardian. Ulang tahun kelahiran mereka. Bulan ini sering ada diskaun mengikut angka ulang tahun. Pelanggan setia pasti sedia maklum dan akan menantikannya. 

Oktober 2021 tahap keinginan Guardian Gaya Squad untuk melancong kian membara. Guardian pos beauty drawer comel ini bersama dengan produk-produk dari seluruh dunia. Siap ada pelekat comel-comel. Hehehe.

2022 ULANG TAHUN KE 5 GUARDIAN GAYA SQUAD


Saat menerima jemputan ke ulang tahun ke 5, Ruby teruja dan dalam masa yang sama fikir nak plan macam-macam sebab anak sekolah pagi. Taknak menyusahkan suami, Ruby terus cakap dekat pasukan Guardian bahawa tidak boleh hadir. Alaaa sedihnyaaa.

Namun, hari demi hari bersilih ganti. Ruby dah tak senang hati. Adui tak boleh jadi ni. Kena pergi. Ibarat macam rugi tak hadir sebab Ruby sebahagian dari Guardian Gaya Squad. Bincang dengan suami apa perlu buat. Plan bagaimana semua. Alhamdulillah ada keputusan hebat. Terus Ruby maklum kembali kepada Guardian untuk hadir. Alhamdulillah ada kekosongan! Yahooo! Terima kasih Guardian!

Rindu bukan kepalang kepada Guardian Gaya Squad, ketika masuk ke Ampang Glasshouse warna oren berseri-seri. Ruby daftar masuk dan di beri riben warna gold dan kumpulan kedua. Kemudian bergambar. Lepas tu, naik ke tingkat 3 terus. Sedangkan opening speech di tingkat kedua. Kikiki. 

Sementara tunggu tetamu lain hadir, jalan-jalan dulu di sekitar tingkat 3 tu. Best vibes Ampang Glasshouss ni. Masuk pula dengan Guardian event. Lepas tu jumpa PR Guardian kesayangan Ruby ni. 

Puan Farahani adalah insan yang bertanggungjawab dalam setiap aktiviti Guardian Gaya Squad. Tahniah Farah, your baby dah berusia 5 tahun. Boleh masuk playschool dah. Hehehe. 

Kami rindu sangat Guardian Malaysia Wellness Retreat. Tak sangka Guardian buat ulang tahun ke 5 Guardian Gaya Squad dengan konsep sama seperti Ruby join retreat dulu. Sebanyak 11 jenama telah menyertai dan kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan. 

CHECK POINT PERTAMA: SWISSE, TOUJOURS ADVANCED & NATURE'S WAY 


CHECK POINT KEDUA: SUMMERIE DAN KUNDAL


CHECK POINT KETIGA: GUARDIAN ORAL CARE



CHECK POINT KEEMPAT: CHRISZEN DAN CANMAKE



CHECK POINT KELIMA: LAF, MOMOTANI MEISHOKU DAN KUNDAL



GOODIE BAG GUARDIAN

Guardian dengan goodie bag selambak sememangnya memberi kami para pengamal media senyum sampai ke telinga. Jika datang ke acara anjuran Guardian, kami memang akan sembang sesama rakan media, tak sabar nak tengok apa Guardian bagi. Bukannya apa, sebab rasa macam berbaloi-baloi walau ceruk mana acara diadakan, kami sanggup hadir tanpa berkira. 

Kemudian, seronoknya Guardian ni mereka tidak membezakan goodie bag. Jika anda tetamu yang hadir, sama ada media, blogger atau influencers. Kita semua tetap diberi goodie bag yang sama dan selambak! Di harap Guardian akan meneruskan dengan cara begini walau Guardian Gaya Squad di uruskan oleh pihak lain. 

Jangan main kan perasaan kami okay? Takmo Guardian menjadi seperti sesestengah jenama lain yang semakin kedekut memberi goodie bag kerana perlu menurunkan kos sebab perlu menampung marketing bersama influencers mahal-mahal dan duta. Ada juga acara-acara sekarang ni hanya dapat sekeping siaran media sahaja. Ahhh sedih! 

Lihatlah Goodie Bag kami terima sempena Guardian Gaya Squad 5th Anniversary. Hehehehe. Terima kasih Guardian!


GUARDIAN GAYA SQUAD 5TH ANNIVERSARY BEST PHOTO POSTING AWARD


Alhamdulillah, Ruby tidak sangka tentatif program berkenaan pemberian anugerah adalah untuk pencapaian sepanjang 5 tahun menyokong inisiatif Guardian Gaya Squad. Ruby datang ke acara tanpa fikir apa-apa dan tidak memuat naik apa-apa gambar dan video secara langsung. Betul-betul nak enjoy Ulang Tahun ke-5 Guardian Gaya Squad. 

Di saat pengacara majlis memanggil nama Ruby, TEKEDU! SPEECHLESS & MALU! Huwaaaaaaaaa sebak terus. Terima kasih Guardian sebab nampak usaha Ruby setiap kali muat naik posting di Instagram. Syukur Alhamdulillah. Secara tidak langsung memberi Ruby semangat untuk aktif berkongsi kandungan di media sosial. Huwaaaaa! Sebak gileerrr.



Semoga Inisiatif Guardian Gaya Squad berterusan sampai bila-bila. Agar ia menjadi program kesedaran sayangi diri, kesedaran mental dan sistem sokongan di antara kalangan media. Terima kasih Guardian Malaysia!

Tags

Catat Ulasan

9Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Meriah sungguh kan Guardian Gaya Squad anniversary celebration ni. Nell baru first time join event grand mcm ni dengan Guardian bah! Really teruja ye!

    BalasPadam
  2. wahhh tahniahhh... macam best plak event ni. ada rezeki teringin jugak nak join

    BalasPadam
  3. Happy birthday Guardian and happy birthday Ruby..
    Sis memang suka gak membeli di Guardian, banyak pilihan dan harga ada certain memang murah.. baru ni beli dapat bag guardian, comel..

    BalasPadam
  4. Wahh, lama dah Guardian Gaya Squad! Pernah join 2-3 kali lepas tu dah tak berkesempatan nak join. So far so good!

    BalasPadam
  5. good job Guardian, good job Ruby! I nak wish all of us more happiness and more event like this to come!

    BalasPadam
  6. Wah!! Meriah betul event anjuran Guardian ini rupanya.. banyak dapat goodies dan barangan dari Guardian.. Pengiktarafan dia memang letopss abiss!! Tahniah!!

    BalasPadam
  7. Hey! I had lots of fun at their anniversary celebration event too plus so many new products to try.

    BalasPadam
  8. Syabas, I really enjoyed your article.

    BalasPadam
  9. Meriahnya Guardian nie. Rawlins teringin gak nak join tapi masih tiada rezki. Next bawa Rawlins sekali boleh?

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !