IPC TRÄFFAS WORK PODS CO-WORKING SPACES DI JEJANTAS BERKONSEP SCANDINAVIA

IPC TRÄFFAS WORK PODS CO-WORKING SPACES DI JEJANTAS BERKONSEP SCANDINAVIA

Ruby
10
IPC TRÄFFAS WORK PODS CO-WORKING SPACES DI JEJANTAS BERKONSEP SCANDINAVIA | Assalammualaikum semua! Kehidupan hari ini lebih banyak on-the-go dan tidak membazir masa. Ruby juga bergerak ke sana ke sini mengikut jadual yang telah Ruby susun agar hari-hari Ruby berjalan lancar dan sentiasa bersedia jika ada sebarang kecemasan. 

Kerjaya Ruby tidak seperti mereka yang mempunyai rutin harian ke pejabat dan pulang pada jam 5 petang. Ada kalanya kerja tidak menentu. Namun, lebih fleksible walaupun mempunyai jadual yang padat. Bagaimana tu? Perancangan sangat penting dalam hal hebat sebegini. 

Kerja Ruby sentiasa memerlukan internet dan tahap fokus yang serba luar biasa. Tapi, bersyarat.. Ruby perlu duduk dan tenang. Kemudian tarik nafas panjang. Bismillahirahmanirahim. Jom kita mulakan. 

IPC TRÄFFAS WORK PODS CO-WORKING SPACES MALAYSIA


Gaya hidup hari ini serba serbi pantas dan kita secara automatik sudah boleh menyesuaikan diri sejak pandemik COVID-19. Kita sudah boleh melaksanakan tugas walau di mana-mana kita berada. 

Pada 12 Oktober 2022 Ruby berkesempatan ke IPC Träffas Work Pods yang tersedia di Level 1, Link Bridge. Ia adalah jejantas yang menyambungkan di antara IPC Shopping Centre dan The Curve. IPC ingin memanfaatkan ruang yang ada agar ia membantu komuniti setempat.

Träffas Work Pods merupakan ruang kerja peribadi yang seumpamanya di Malaysia, dilengkapi perabot untuk disewa mengikut jam atau hari. 

Sesuai dengan namanya ‘Träffas’ yang bermaksud tempat pertemuan atau tempat berkumpul dalam bahasa Sweden, pusat beli-belah kejiranan itu memperkenalkan lima pod ruang kerja bersama yang serba selesa bagi mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai Tempat Pertemuan yang memberikan pengalaman seperti berada di rumah sendiri atau “Home Away from Home” dan ruang untuk komuniti membina hubungan baharu.

IPC Träffas Work Pods bertujuan untuk menarik minat golongan profesional, usahawan, freelancer, startup, pemilik bisnes, blogger, vlogger, pengamal media, pelajar, mahasiswa dan ibu bapa untuk memanfaatkan masa anda dengan mempunyai zon sendiri pada waktu yang diperlukan. 


IPC Träffas Work Pods mempunyai 5 pods berlainan tema yang selesa, bersih dan estetik. Setiap pods diberi nama Sweden yang unik dan warna berlainan bersesuaian dengan konsep Scandinavia. Ia dinamakan dengan nama-nama yang berbeza dalam bahasa Sweden sebagai penghormatan kepada asal usul Scandinavia. Kesemua perabot yang digunakan oleh IPC Träffas Work Pods adalah dari IKEA.  Dilengkapi dengan meja, kerusi, lampu, suiz, interkom dan Wi-Fi untuk pengalaman kerja yang lebih lancar. 

Träffas Work Pods mencerminkan kesederhanaan dengan sedikit sentuhan alam semula jadi. Pod tersebut turut dilengkapi dengan perabot IKEA mengikut kod warna tertentu bagi memberikan persekitaran kerja yang ceria bertenaga, dan 

Ianya juga sesuai dengan gaya kerja bandar masa kini di mana setiap individu itu mahukan sesuatu yang lebih fleksibel dan praktikal, termasuk alternatif kepada ruang pejabat yang disusun secara tradisional dan meja yang dikhususkan secara tetap.  

Memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk menyediakan co-working spaces. Tempahan, pembayaran dan akses ke pod adalah secara digital sepenuhnya. 

TEMPAH IPC TRÄFFAS WORK PODS MELALUI APLIKASI IPC


Tempahan IPC Träffas Work Pods sangat mudah melalui aplikasi IPC atau laman web soulmates.my. Kadar harga juga lebih berpatutan berbanding dengan co-working places yang lain. Untuk ruang kerja sementara dan fokus selama satu hingga dua jam sudah memadai untuk hasil kerja berkualiti. Betul tak?

IPC Träffas Work Pods beroperasi dari 10.00 pagi – 9.00 malam setiap hari. Langkah-langkah menempah IPC Träffas Work Pods adalah seperti berikut:

1. Buka aplikasi IPC di telefon pintar anda. Muat turun aplikasi, daftar akaun. Kemudian klik bahagian Facilities.


2. Pilih Träffas Work Pods di bahagian bawah sekali.


3. Pilih Malls >> IPC
Pilih Business >> Träffas Work Pods
4. Pilih pod Träffas Work Pods yang anda ingin. Anda boleh pilih dari 5 pods. Lihat gambar di bawah. 

IPC TRÄFFAS WORK PODS CO-WORKING SPACES DI JEJANTAS BERKONSEP SCANDINAVIA

Ruby memilih IPC Solig Pod sebab Ruby selalu datang seorang dan akan jadi berdua. Sebab client datang untuk discuss something. Buat kerja dan mesyuarat sekejap. Produktif setiap hari. Sebab itu Ruby sangat tegas bab pengurusan masa. Barulah semua berjalan lancar.


Butiran pembayaran dan fasiliti turut dipaparkan untuk rujukan anda. 


Träffas Work Pods beroperasi seawal 10 pagi hingga 9 malam. Cuma untuk tempahan, anda wajib ikut kekosongan pada masa-masa tertentu. Ruby suka waktu pagi di IPC, pencahayaan di dalam dan luar Pod sangat tenang. Tambahan kalau hari bekerja, jalan agak lengang di bawah jejantas. Tenang. 


Pembayaran untuk tempahan Träffas Work Pods juga sangat mudah dan ringkas. Anda boleh membayar menggunakan beberapa pilihan gerbang pembayaran seperti Visa, MasterCard, UnionPay, Touch 'n Go, GrabPay, Boost dan FPX Online Banking.


Semua informasi tempahan anda akan masuk ke e-mail. Melalui e-mail, anda akan dapat butiran tempahan dan kod akses pod. 

PROMOSI PENGENALAN TRÄFFAS WORK PODS


Berita baik buat anda yang ingin mencuba Träffas Work Pods. Sepanjang bulan Oktober 2022, diskaun sebanyak RM 10 akan diberikan kepada anda.

 • Pod A (Blomma) dan Pod B (Vind): RM30 sejam (Promo pelancaran: RM20 sejam untuk keseluruhan bulan Oktober)

 • Pod C (Lov), D (Solig), E (Vatten): RM20 sejam (Promo pelancaran: RM10 sejam untuk keseluruhan bulan Oktober)

 • Bayaran pembersihan tambahan RM10 untuk semua tempahan.

Selain daripada bayaran tempahan mengikut jam, caj pembersihan RM10 turut dikenakan sekali sahaja bagi memastikan kebersihan dan pod di sanitasi untuk penggunaan seterusnya. 

Syarat penggunaan minimum Träffas Work Pods adalah selama satu jam untuk semua tempahan dan tempahan boleh dibuat dalam masa 24 jam sebelum penggunaan. Jika ingin tukar masa, anda boleh tukar bergantung kepada kekosongan pods. Semua proses itu boleh dilakukan dengan menggunakan aplikasi IPC atau soulmates.my. Mudah kan?

JENIS-JENIS POD DI IPC TRÄFFAS WORK PODS


Dengan peralihan kepada model kerja hibrid semakin diterima pakai, Träffas Work Pods menawarkan alternatif untuk anda membahagikan masa di antara rumah dan pejabat. 

BLOMMA (BUNGA) POD A: 6 ORANG



VIND (ANGIN) POD B: 6 ORANG


LOV (DAUN) POD C: 4 ORANG

SOLIG (SUNNY) POD D: 2 ORANG



VATTEN (AIR) POD E: 2 ORANG

 


Pengurus Besar IPC Shopping Centre, Karyn Lim berkata, “Di IPC, misi jenama kami ialah untuk menjadi lebih daripada hanya sebuah pusat beli belah. Kami mahu membina sebuah tempat pertemuan yang dapat memupuk hubungan antara pengunjung kami yang mempunyai personaliti berbeza, dan Träffas Work Pods adalah sebahagian daripada keseluruhan pelan ini. 

Dengan pengenalan Träffas Work Pods, pengunjung kini boleh memilih untuk 'bekerja’ di pusat beli-belah kami dan kami akan terus menawarkan pelbagai jenis penawaran untuk memenuhi keperluan gaya hidup para pembeli-belah kami.”

“Konsep Träffas Work Pods IPC turut menjadi pelengkap kepada gaya kerja dan gaya hidup bandar masa kini yang serba dinamik dan juga menuntut kemudahan dan kecekapan lebih tinggi. 

Tidak kira sama ada anda seorang usahawan muda, pelajar atau seorang ibu yang melakukan tugasan harian bersama-sama anaknya selepas waktu sekolah, ruang kerja atau pod ini menjadi suatu tempat yang memenuhi matlamat kami untuk terus menyediakan penawaran yang berinspirasi, menyenangkan dan prihatin kepada komuniti.”

Selaras dengan komitmen pusat beli belah ini dalam mengurangkan impak alam sekitar, pod ruang kerja bersama baharu ini telah dibina secara lestari dengan menggunakan kertas karton telur kitar semula bagi membantu menjadikannya kalis bunyi dan disaluti dengan lapisan cat rendah Sebatian Organik Meruap (VOC) yang bukan sahaja mengurangkan pencemaran utara tetapi turut mengurangkan toksin punca alahan. 

Pengarah Pusat Beli-belah & Kegunaan Bercampur Ikano Centres, Adrian Mirea menambah, “Sebagai salah satu daripada hanya beberapa pusat beli-belah di Malaysia yang mempromosikan kelestarian secara aktif, Träffas Work Pods menjadi salah satu contoh terbaik bagaimana Kumpulan IPC menerapkan dan melaksanakan amalan kelestarian sambil aktif membina ruang-ruang yang memenuhi keperluan komuniti kami. 

Soulmates adalah hasil cetusan idea Ikano Centre dan ia merupakan sebuah platform digital yang bertindak sebagai pemboleh upaya dalam usaha memupuk usahawan muda, menyokong syarikat baharu dan komuniti dengan memanfaatkan inisiatif Tempat Pertemuan Kumpulan IPC. Kami bercadang untuk mengembangkan penawaran ini ke pusat beli-belah yang lain dalam tempoh terdekat.”  

TRÄFFAS WORK PODS DOUBLE ENTRANCE


Untuk ke Träffas Work Pods, anda boleh melalui jejantas Link 1 dari IPC atau The Curve. 

Bagi menyemarakkan lagi hubungan di kalangan komuniti, IPC Shopping Centre juga akan melancarkan Funland dan Playland, iaitu sebuah tempat hiburan di mana keluarga boleh menyewa ruang tersebut untuk mengadakan majlis sambutan hari lahir anak-anak mereka atau menjalankan aktiviti lain di masa depan.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut atau membuat tempahan, sila kunjungi https://www.soulmates.my

MENGENAI IPC


IPC Shopping Centre dibuka pada Disember 2003 dan memerima kunjungan purata 15 juta pelanggan setahun. Ia adalah pusat beli-belah pertama di Malaysia dibawah pengurusan IKEA, dan yang pertama dalam portfolio IKEA Asia Tenggara. IPC terletak strategik di tengah-tengah pembangunan bercampur pejabat, hotel, pusat komersial & kediaman.

Ia berfungsi sebagai destinasi membeli-belah kejiranan untuk komuniti, melengkapkan hab membeli-belah di daerah yang dikenali sebagai Pusat Komersial Mutiara Damansara. 

#IPCShoppingCentre #TraffasWorkPods
 
Tags

Catat Ulasan

10Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Ooo inilah tenpat yang anak Sis pergi haritu, dia ada masuk dalam IGs dia, membaca tapi privacy, menariknya .. nak share kat anak Sis pasal post ni sebab dia pergi haritu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohhh anak sis ada di Mutiara Damansara eh. Bleh la cuba pods ni. Sekarang bulan Oktober ada promosi pengenalan. Hehehe.

      Padam
  2. bestnya tempat ni, sangat cozy and privacy, nak booking pun mudah je. jadikan tempat ootd pun best ni hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Ruby buat vlog pun nanti kat sini je. Harap mereka buka juga di IKEA Cheras / MyTown. Dekat skit ngan rumah. Hehehe.

      Padam
  3. Bagusnya ada ruangan sebegini. Buat yang baru nak melangkah dan start-up company, ruangan sebegini membantu untuk mesyuarat bersama klien tanpa perlu membayar bulanan kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Bayar ikut keperluan bila ada meeting baru booking. Mudah je pakai soulmates.my tu.

      Padam
  4. Wah!! Boleh ada work station sendiri.. Dekorasi tempat pun sangat menarik.. Write up blog kat lokasi seperti ini memang layannn abis!! sesekali boleh ajak member wat keje bersama2 di sini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju! Tenang sangat kat sini. Kemas dan bersih baru ada mood menulis blog kan. Hehe

      Padam
  5. Such a brilliant idea siapa yang create this workstation mcm ni kan! Lebih convenient utk buat meeting ngan clients kat sini kan.. good option ni!

    BalasPadam
  6. Bagus juga concept ni, in between events or meeting boleh lah buat kerja kat situ or have discussion

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !