FABULOUS FRIDAY PRESENTS RUTH SAHANAYA

FABULOUS FRIDAY PRESENTS RUTH SAHANAYA

Ruby
0
FABULOUS FRIDAY PRESENTS RUTH SAHANAYA | Fabulous Friday November membawakan Ruth Sahanaya! Buat yang mengenali diri penyanyi kecil molek yang disapa Uthe ini, pasti sentiasa terbayangkan persembahan bertenaga dan vokalnya yang cukup menawan dan menghiburkan. 

Sudah lama betul tidak mendengarkan rangkaian lagu-lagu Uthe dibawakan secara live di mana-mana pentas besar di Kuala Lumpur. Atas dasar kerinduan itu, Shiraz Projects membawakan penyanyi yang cukup terkenal dengan lagu Kaulah Segalanya, lagu yang sudah berusia 30 ini di pentas berprestij Dewan Filharmonik Petronas.

FABULOUS FRIDAY PRESENTS RUTH SAHANAYA


Fabulous Friday: Ruth Sahanaya
Tarikh: 11 November 2022
Hari: Jumaat
Masa: 8:30 malam
Lokasi: Dewan Filharmonik Petronas.

Penyanyi genit ini bakal muncul dalam rangakaian Fabulous Friday pada tarikh 11 November 2022 pada pukul 8.30 malam. Bakal membawakan lagu lagunya yang cukup ikonik dan terpahat lama di hati dan perasaan khalayak, penyanyi kelahiran Bandung ini pastinya ditunggu-tunggu.

Buat Shirazdeen Karim, Ketua Pegawai Eskekutif Shiraz Projects., “Kami sudah membawakan beberapa kumpulan dalam rangkaian Fabulous Friday yang terdahulu dan sambutan yang diberikan sangat mengalakkan. Sudah tiba masanya kami membawakan seorang penyanyi legenda dari seberang untuk khalayak di Kuala Lumpur dan kami sangat berbesar hati mempersembahkan Ruth Sahanaya buat peminat di Malaysia.” 

Dalam rangkaian Fabulous Friday terdahulu, beberapa kumpulan telah muncul di Dewan Filharmonik Petronas dan sambutan yang diberikan kepada mereka sangat menggalakkan dan di luar jangkaan. Antaranya ialah Wings, Kunto Aji, Akasha dan Maliq & D’Essentials. Ruth pasti tampil bergaya dalam busana yang sentiasa mempesonakan dan akan menambahkan lagi keserian Dewan Filharmonik Petronas.

Penyanyi yang pernah memenangi anugerah The Best Selling Album di Anugerah Industri Musik Indonesia dan The Best Selling Indonesian Album di Anugerah Industri Muzik Malaysia 1999 ini sudah 35 tahun berada dalam industri muzik dan sudah semestinya kita sama-sama meraikan kemeriahan dan kemantapan Ruth Sahanaya pastinya di Fabulous Friday: Ruth Sahanaya, November ini!

TIKET FABULOUS FRIDAY PRESENTS RUTH SAHANAYA



Tiket-tiket berharga RM700 (Meet and Greet), RM400 (Diamond) dan RM300 (Platinum) boleh diperolehi mulai 13 Oktober 2022 di www.dfp.com.my
Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !