RENDANG SENTIASA MENJADI PILIHAN MASAKAN IBU DI RUMAH

RENDANG SENTIASA MENJADI PILIHAN MASAKAN IBU DI RUMAH

Ruby
0


Rendang Sentiasa Menjadi Pilihan Masakan Ibu Di Rumah! Ye betul! Rendang ni boleh buat kita menangis di pagi raya. Rindu masakan ibu! Serius! Sebaknya boleh jadi air mata Syawal. Masa bujang dulu, Ibu Ruby masak lengkap pada pagi raya. Memang tak boleh bantu Ibu pun, sebab dia selesa memasak sorang-sorang. Sekarang, dah 8 tahun berkahwin. Baru faham kenapa amannya masak sorang-sorang tanpa gangguan. Ia adalah terapi. Hahaha. Dunia masakan seorang Ibu memang berbeza. Tenang je bila kita dapat take over dapur. Sedikit demi sedikit, Ruby belajar memasak. 

Telefon mak, macam mana nak masak rendang mak selalu masak tu???. Ada kalanya mak tengok facebook ruby dah masak rendang dari resipi online, dia merajuk. Tanpa kita sedar, dah resipi online tak jadi, kita call tanya camana nak ejas rendang. Sedih mak Ruby mass tu. Siap cakap "kenapa taknak belajar dengan mak?". Jadi, ia adalah satu pengajaran untuk Ruby. Apa-apa tanya mak je. Sebab masakan dia yang Ruby rindukan. Bukan chef atau resipi di luar sana. Huwaa! sedih betul waktu PKP ni belajar memasak.

Rendang Sentiasa Menjadi Pilihan Masakan Ibu Di Rumah!

Hari raya, hari istimewa atau bila-bila teringin. Rendang sudah pasti akan menjadi antara juadah utama di hari raya nanti. Dimakan bersama nasi, ketupat, lemang atau roti, rendang merupakan hidangan daging bersantan yang kaya dengan rempah ratus. Ia dimasak perlahan dan dihidang sama ada dengan kuah pekat atau boleh juga dikeringkan. Bagi ramai rakyat Malaysia, rendang sudah menjadi juadah istimewa setara dengan masakan ibu di rumah. 

Kepelbagaian Rasa & Tekstur Rendang 

Setiap negeri di Malaysia mempunyai versi rendangnya sendiri, umpamanya Perak dengan Rendang Tok, Kelantan dengan Kerutuk, Pahang dengan Opor dan Johor dengan Rendang Ayam Johor. Bukan itu sahaja, setiap keluarga juga mempunyai resipi istimewa masing-masing dalam membuat rendang. 


Rendang Bagi Yang Anda Baru Mencuba 

Bagi yang baru hendak mencuba memasak rendang, apakah kaedah yang boleh anda gunakan untuk menghasilkan rendang yang pasti digemari keluarga dan rakan taulan? 

Sebenarnya, apa yang membuatkan sesuatu rendang itu enak adalah empat komponen iaitu rempah ratus, pes, daging dan bahan asasnya iaitu santan kelapa berkrim. 

Bagi membantu menghasilkan juadah yang setara dengan masakan ibu dan mencipta tradisi rendang anda sendiri, Ayam Brand™ telah menghasilkan satu resipi rendang khas bagi yang baru ingin mencuba. Resipi ini boleh anda ubah sesuai dengan peningkatan skill anda membuat rendang. Jadikan resipi anda unik dengan mencuba gabungan rempah ratus, ramuan pes dan isi kegemaran (daging lembu, ayam, itik, kambing, kerang, pucuk ubi) yang berbeza. Juga jangan lupa menggunakan santan kelapa yang terbaik. 


Bagi Ruby, sudah pastilah kami sekeluarga menggunakan Santan Kelapa Ayam Brand. Ketulenan dan kualitinya yang kaya berkrim benar-benar membuatkan kerja kami menjadi mudah. Produk Ayam Brand ini dijual dalam tiga pilihan iaitu Coconut Milk, Coconut Milk Trim (45% kurang lemak) dan Coconut Milk Super Light (75% kurang lemak berbanding Ayam Brand Coconut Milk). Dapatkan lebih banyak lagi resipi Ramadan dan Hari Raya Ayam Brand™ di http://www.ayambrand.com.my/raya2020 . 

Resipi Rendang Daging

Tempoh memasak: 2 jam
Hidangan: 8

Bahan-Bahan Rempah

1) 3 bunga cengkih

2) 3 bunga lawang

3) 3 buah pelaga

4) 2 asam jawa

5) 5 daun limau purut dihiris halus

6) 8 sudu besar kerisik (kelapa goreng yang dikeringkan)

7) 1 batang kayu manis

8) 1 sudu besar gula melaka secukup rasa

9) Garam secukup rasa

Pes (Kisar Halus)  

1) 2.5cm lengkuas, dihiris

2) 3 batang serai, akar sahaja, dihiris

3)7 ulas bawang putih, dihiris

4) 6 bawang merah, dihiris

5) 2.5cm halia, dihiris

6) 12 cili kering, dibuang biji dan dihiris

Daging

1) 1kg daging lembu, dipotong kiub

Santan Kelapa

1) 1 liter Santan Kelapa Ayam Brand pilihan anda 

2) Minyak untuk menggoreng 

3) 1 cawan air 


  1. Kisar bahan pes menggunakan blender.

  2. Panaskan minyak dalam kuali atau periuk besar. Tumis pes rempah, kayu manis, cengkih, bunga lawang dan buah pelaga sehingga naik bau.

  3. Masukkan daging dan gaul rata dengan adunan pes dan rempah sehingga berwarna keperangan dan daging menyerap rasa pes dan rempah. 

  4. Tuang santan dan kacau dengan perlahan sehingga hampir mendidih.

  5. Kecilkan api sehingga sederhana. Masukkan air asam jawa dan air, dan teruskan mengacau supaya daging tidak melekat pada kuali.

  6. Apabila daging sudah separuh masak, masukkan daun limau purut dan gula melaka. 

  7. Tuang kerisik dan tambah garam secukup rasa. Kacau dengan sempurna sehingga daging bersalut sepenuhnya dan dilitupi kuah. 

  8. Kecilkan api dan tutup dengan penutup. Biarkan rendang mereneh selama lebih kurang sejam sehingga daging menjadi lembut atau kuah rendang kering. 

  9. Hidang serta-merta atau biarkan sejuk dahulu sebelum disimpan. 

Apakah Resipi Istimewa Rendang Anda

Hadiah-hadiah menarik menanti anda! Masak rendang menggunakan mana-mana produk Ayam Brand dan buat kiriman Instagram atau Facebook. Tag @ayambrandmy di Instagram atau @ayambrandmalaysia di Facebook dan gunakan hashtag #beRAYAmbrand dan biar semua tahu ‘Apa Rahsia Rendang Anda’. Peraduan ini bermula pada 5 April 2020 dan berakhir pada 14 Jun 2020 dengan 16 hadiah mingguan dan dua hadiah utama untuk dimenangi!

Mengenai Ayam Brand 

Ayam Brand, satu jenama isi rumah di Malaysia dan Asia selama 128 tahun memang terkenal dengan rangkaian luas makanan dalam tin yang sihat dan berkualiti, bebas bahan awet serta tidak mengandungi MSG tambahan. Produk Ayam Brand dikilangkan di kemudahan canggih yang mematuhi standard antarabangsa paling tinggi, persijilan (HACCP, ISO 9001) yang diiktiraf di seluruh dunia dan diakui halal. Selama empat tahun berturut-turut mulai 2013 hingga 2016, Ayam Brand dipilih sebagai Top 10 jenama FMCG pilihan di Malaysia, berdasarkan kepada Kaji Selidik Kesan Jenama oleh Kantar Worldpanel Brand Footprint Study.  

Laman Sesawang | Facebook | Instagram

Tags

إرسال تعليق

0تعليقات

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

إرسال تعليق (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !