KOPI ALTERNATIF TANPA MENJEJASKAN NIKMAT RASA

KOPI ALTERNATIF TANPA MENJEJASKAN NIKMAT RASA

Ruby
0
Oleh Susan Bowerman, MS, RD, CSSD, CSOWM, FAND, Pengarah Kanan, Pendidikan dan Latihan Pemakanan Sedunia di Herbalife Nutrition. Kopi kini semakin popular di Asia Pasifik, termasuk di Malaysia, memandangkan ramai pengguna perlukan secawan kopi untuk memulakan hari mereka.

Walaupun kebanyakan kaki kopi menggemari kopi hitam seadanya, amalan minum kopi telah berubah selama ini. Trend terbaharu seperti kopi Dalgona menunjukkan bahawa para pengguna memang mahu mencuba minuman berasaskan kopi baharu, tetapi minuman berkafeina ini lazimnya mengandungi banyak gula, lemak dan kalori. 

KOPI ALTERNATIF TANPA MENJEJASKAN NIKMAT RASA

Sebagai contoh, kopi Dalgona biasa yang dibuat dengan dua sudu besar kopi segera, dua sudu besar gula putih dan secawan susu segar mengandungi sejumlah 374 kalori dan 9 gram lemak. Pilihan kopi yang penuh dengan kalori ini, apabila diambil dengan kerap untuk jangka masa yang panjang, boleh menyebabkan kenaikan berat badan yang tidak diingini.

Dengan pandemik global kini meningkatkan kesedaran kesihatan, pengguna kini mengutamakan kesihatan dan kesejahteraan am, dan telah menjadi lebih cerewet dalam soal makan dan minum. Hasilnya ialah permintaan bagi diet dan snek yang lebih sihat.

HIGH PROTEIN PREMIX COFFEE - ALTERNATIF BEBAS RASA BERSALAH


KOPI ALTERNATIF TANPA MENJEJASKAN NIKMAT RASA
Susan Bowerman, MS, RD, CSSD, CSOWM, FAND, Pengarah Kanan, Pendidikan dan Latihan Pemakanan Sedunia di Herbalife Nutrition

Terdapat alternatif yang rasanya lazat, boleh disediakan dengan pantas dan penuh dengan protein dan tenaga - High Protein Premix Coffee (HPPC) daripada Herbalife Nutrition. Satu hidangan kopi ini mengandungi 15 gram protein – kira-kira satu pertiga daripada pengambilan protein yang disyorkan bagi dewasa – tetapi dengan hanya 80 kalori. HPPC boleh diambil sebagai minuman lewat pagi atau petang yang sesuai untuk dinikmati tanpa merisaukan soal kalori, sambil memberikan tenaga sepanjang hari.


Berbanding dengan minuman kopi yang disediakan di kedai-kedai makan tempatan, yang biasanya mengandungi gula atau susu pekat, HPPC sememangnya pilihan lebih sihat.

KOPI ALTERNATIF TANPA MENJEJASKAN NIKMAT RASA

MENGENAI KOPI DAN PROTEIN


Kebanyakan pengguna minum kopi terutamanya kerana mereka sukakan rasa lazat atau memerlukan suntikan kafeina yang dibekalkan. Malah minum kopi juga boleh memberikan pelbagai manfaat kesihatan. Kajian menunjukkan bahawa pengambilan amalan minum kopi memberikan perlindungan saraf dan jantung menerusi 1,000 sebatian kimia yang terdapat dalam kopi.

Di samping itu, kopi dengan kandungan protein tinggi juga memberikan manfaat kesihatan tambahan. Sebagai salah satu blok binaan asas badan, protein membantu membina dan membaiki tisu badan, dan penting untuk tumbesaran dan perkembangan. Malah, protein membekalkan asid amino yang diperlukan bagi sintesis protein.

KOPI ALTERNATIF TANPA MENJEJASKAN NIKMAT RASAKOPI ALTERNATIF TANPA MENJEJASKAN NIKMAT RASA


Di Herbalife Nutrition, kami percaya bahawa pemakanan yang baik seharusnya mudah disediakan, senang didapati dan lazat; sebab itulah kami terus mempelopori inovasi dan membangunkan produk seperti HPPC, yang rasanya lazat seperti kopi yang dibeli di kedai, dengan protein tambahan tanpa kandungan kalori yang tinggi.
Tags

إرسال تعليق

0تعليقات

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

إرسال تعليق (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !