GALAXY BUDS2 PRO GRAPHITE PADU DENGAN AUDIO HI-FI 24BIT

GALAXY BUDS2 PRO GRAPHITE PADU DENGAN AUDIO HI-FI 24BIT

Ruby
0

Assalammualaikum semua! Selepas menonton Galaxy Unpacked 2022. Ramai teruja ingin mengetahui tentang peranti-peranti baharu dari Samsung Galaxy. Kelainan yang ditampilkan oleh Samsung pada kali ini adalah peranti baharu iaitu Galaxy Z Fold4, Galaxy Z Flip4, Galaxy Watch 5 dan Galaxy Buds2 Pro. 

Sejak pengumuman wawasan Galaxy for the Planet di Unpacked pada Ogos 2021, Samsung telah berusaha dengan gigih untuk mencipta cara baharu untuk mengitar semula dan menggunakan semula sumber bahan buangan yang berbahaya, meminimumkan jejak alam sekitar dan memberi inspirasi kepada inovasi yang membantu memelihara planet ini. 

Kini, Samsung mengumumkan bahawa ia telah mencapai kemajuan ke arah mencapai matlamat kemampanan 2025 untuk MX(Mobile eXperience) Business. Inisiatif utama termasuk membangunkan dan menggabungkan bahan kitar semula ke dalam produk, mereka bentuk pembungkusan yang lebih mementingkan alam sekitar dan memberi kehidupan baharu kepada peranti Samsung Galaxy yang lebih lama untuk mengurangkan sisa elektronik.

Tahniah Samsung! Kerana memberi komitmen dan melaksanakan wawasan tersebut. Ruby sentiasa ikut rapat kemajuan program Galaxy for the Planet. Berasa bangga kerana secara tidak langsung menjadi kepada sebahagian daripada projek. Kita kan pengguna Samsung. Bangga! 

GALAXY BUDS2 PRO GRAPHITE PADU DENGAN AUDIO HI-FI 24BIT

Jom kita buka kotak peranti Galaxy Buds2 Pro dalam warna Graphite. Galaxy Buds2 Pro mempunyai 3 pilihan warna menarik iaitu Bora Purple, Graphite dan White. Kesemua Galaxy Buds2 Pro digilap dengan matte finishing sehingga ke bahagian dalam. Apabila anda pegang, ia akan berasa lembut pada kulit anda. Sleek!

Matte Finishing ini boleh dibandingkan dengan kesemua koleksi Galaxy Buds. Malah, Galaxy Buds2 Pro 15% dikecilkan agar kemas di telinga anda. Hanya 5.5 gram sahaja! Tahukah anda bahawa ketahanan bateri Galaxy Buds2 Pro sehingga 5 jam jika anda aktifkan Active Noice Cancelling (ANC). Jika tidak menggunakan fungsi ANC, ia boleh bertahan selama 18 jam. 

Perbandingan Galaxy Buds. Kiri Galaxy Buds Pro, kanan Galaxy Buds2 Pro.

Galaxy Buds2 dalam warna Lavender digunakan oleh suami semasa bekerja. 

Trend menggunakan Galaxy Buds sememangnya sangat mendapat maklumbalas memberangsangkan. Ia kecil dan mudah disimpan di dalam poket. Malah, kita tidak perlu stress dengan wayar earphone berbelit-belit. Jika dulu pakai jenis wayar sampai tidak boleh dengar apa persekitaran kita sedang berlaku. 

Jika di pejabat, anda boleh set kepada 2 bunyi. Active Noice Cancelling (ANC) atau Ambient Sound. Selain itu, anda boleh set kepada Voice Detect. Fungsi ini membolehkan anda sedar bahawa ada seseorang memanggil anda. 

Kita perlu terus mengikuti perkembangan teknologi agar ia dapat membantu manusia capai matlamat kehidupan dengan lebih fokus. Galaxy Buds adalah kejayaan teknologi yang sangat membantu masyarakat sejagat. 

BUKA KOTAK GALAXY BUDS2 PRO

Galaxy Buds2 Pro dijual pada harga RM 899. Di dalam kotak mengandungi

  1. Earbud (L/R)
  2. Charging Case
  3. Ear Tip (Saiz S/M/L)
  4. USB Cable
  5. Quick Start Guide
Samsung Galaxy Buds2 Pro mempunyai 3 saiz ear tip berbeza. Ini sangat penting bagi keselesaan anda. Melalui saiz ear tip ini, anda akan dapat menikmati muzik, panggilan telefon dan pengalaman bersama Galaxy Buds2 Pro dengan lebih jitu.

Ruby cuba semua ear tip dan mendapati ear tip saiz S sangat bertepatan dengan saiz lubang telinga Ruby. Ia sangat selesa dan padat apabila di pakai. Pakai semasa jogging? Pakai semasa mengemas rumah? Jiran sibuk drill renovate rumah? Sumbat je Galaxy Buds2 Pro. Hehehe. 

Gaya hidup Ruby ni jenis tidak suka sibuk hal orang. Ambivert memang begini. Seimbang ingin kedamaian dan ada kala gila-gila. Jadi, bila perlu fokus. Ruby pakai Galaxy Buds2 Pro. 

GALAXY BUDS2 PRO AUTO CONNECT KE TELEFON PINTAR SAMSUNG GALAXY ANDA


Anda boleh sync Galaxy Buds2 Pro dengan peranti telefon pintar Samsung Galaxy. Ia akan dikesan secara automatik tidak kisah anda menggunakan siri Galaxy A, Galaxy S atau Galaxy Z. 

Ruby buka Galaxy Buds2 Pro dan secara automatik Samsung Galaxy S22+ dan Galaxy Z Flip3 tersedia untuk menerima. Hanya pilih connect, anda boleh terus guna Buds2 Pro. 

Auto Switch on Samsung Galaxy Buds2 Pro secara bijak mengesan aktiviti mudah alih dan mengalihkan sambungannya ke telefon, tablet dan jam tangan Samsung Galaxy anda dengan lancar.


Beralih untuk menjawab telefon melalui Bluetooth, anda tidak perlu mengeluarkan telefon pintar untuk menjawab telefon. Panggilan masuk boleh dijawab hanya dengan mengetik Galaxy Buds2 Pro dua kali.

Galaxy Buds2 Pro menjadi peneman Ruby. Selesa di pakai walau berhijab. ANC dengan 3 mikrofon SNR tinggi menghilangkan lebih banyak bunyi luaran. Reka bentuk ergonomik untuk keselesaan. Audio 360 mengelilingi anda seperti anda berada di sana.


Padanan yang selesa, terima kasih kepada Galaxy Buds2 Pro yang direka bentuk secara ergonomik. Teknologi aliran angin yang dipertingkatkan membantu mengurangkan tekanan saluran telinga dan meminimumkan bunyi bising untuk keselesaan dan kejelasan.

BUNYI HI-FI 24BIT

Bunyi Hi-Fi 24bit untuk pengalaman mendengar yang berkualiti. Setiap nota berbunyi seperti LIVE kerana audio yang jelas bermula pada sumber peranti Samsung Galaxy kegemaran anda. Samsung Seamless Codec yang dikemas kini mengekod audio 24-bit penuh untuk menyahkod pada Galaxy Buds2 Pro, mengekalkan bunyi berkualiti tinggi 24-bit yang sama.

ACTIVE NOISE CANCELING (ANC)

Active Noice Cancelling (ANC) adalah lebih baik dari sebelumnya. Dengan 3 mikrofon SNR (Signal-to-Noise Ratio) yang tinggi, Galaxy Buds2 Pro menjejak dan menghilangkan lebih banyak bunyi luar, malah bunyi lembut seperti angin.


360 AUDIO

Dengan Audio Pintar 360, bunyi itu terasa lebih realistik. Audio 360 dengan Direct Multi-channel (5.1ch / 7.1ch / Dolby Atmos ®) dan penjejakan kepala yang dipertingkatkan menjadikan setiap pergerakan kekal segerak mencipta pengalaman yang mengasyikkan. 360 Audio malah boleh menentukan arah bunyi semasa anda menggerakkan kepala anda, memberikan anda pengalaman spatial.

JEJAK GALAXY BUDS2 PRO ANDA MENGGUNAKAN APLIKASI SMARTHINGS

Bimbang kehilangan Galaxy Buds2 Pro anda? jangan. Dengan SmartThings Find, anda boleh mengesan Galaxy Buds2 Pro. Galaxy Buds2 Pro mempunyai penggera bersepadu sedia untuk memberitahu telefon anda.


Amacam? Best tak? Kalau korang nak miliki Galaxy Buds2 Pro, dapatkan di kedai rasmi Samsung atau klik


إرسال تعليق

0تعليقات

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

إرسال تعليق (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !