PAMERAN TEAMLAB: RESONATING MICROCOSMS SEHINGGA 30 NOVEMBER 2022 DI LALAPORT BBCC

Assalammualaikum semua! Ruby ingin berkongsi tentang pameran seni luar biasa dari Jepun yang sedang hangat diperkatakan. Banyak akaun media sosial berkongsi tentang pameran teamLab ini dan mereka sangat teruja dengan tranformasi Resonating Microcosms yang berubah-ubah mengikut persekitaran. 

teamLab: Resonating Microcosms
4 Ogos 2022 – 30 November 2022
LaLaport BBCC Rooftop Garden (Aras 4)
Yuran: Percuma

PAMERAN TEAMLAB: RESONATING MICROCOSMS SEHINGGA 30 NOVEMBER 2022 DI LALAPORT BBCC

teamLab, yang telah mengadakan pelbagai pameran di serata dunia, memilih Mitsui Shopping Park LaLaport BUKIT BINTANG CITY CENTRE (“LaLaport BBCC”) iaitu pusat kemudahan komersil yang telah dibuka di Kuala Lumpur, Malaysia pada tahun Januari 2022 yang lalu. LaLaport BBCC akan mempamerkan hasil karya seni cahaya berjudul “teamLab: Resonating Microcosms” bermula 4 Ogos 2022 sehingga 30 November 2022. Pengunjung bakal teruja dengan bentuk transformasi seni ini dengan kehadiran orang ramai dalam persekitaran alam yang semula jadi. 

teamLab, Resonating Microcosms - Liquified Light Color, Sunrise and Sunset © teamLab

TEAMLAB: RESONATING MICROCOSMS

Liquified Light Color, Sunrise and Sunset Rooftop Garden, yang menampilkan ovoid yang tidak terkira bilangannya, merupakan sebuah ruang seni yang mengubah suai mengikut perubahan dalam persekitaran semula jadi dan kehadiran orang ramai.

Di bawah sinaran matahari, ovoid menggambarkan dunia sekeliling mereka. Apabila sinaran matahari terbenam, ovoid itu akan mula bersinar dengan sendirinya. Tatkala ovoid itu ditolak oleh seseorang, ditiup angin atau ditimpa hujan, ia bersinar dengan terang dan mengeluarkan nada bunyi apabila ia memantul semula. Ovoid di sekelilingnya juga saling memberikan tindak balas dengan mengeluarkan nada bunyi dan cahaya warna yang serupa.

Malah, pohon bergema di sekelilingnya juga akan memberikan tindak balas dan berubah secara berterusan. teamLab bereksperimentasi dengan konsep warna. Ovoid berkenaan boleh berubah kepada sejumlah 57 Warna Cerah Cecair ( Liquified Light Colors ) yang baru.

Ruang pameran tersebut berubah secara interaktif di bawah pengaruh angin, hujan serta tingkah laku manusia di ruangan itu, sekali gus menjadikan persekitaran dan orang ramai sebagai sebahagian daripada hasil kerja seni berkenaan.

TEAMLAB: RESONATING MICROCOSMS TREE

Pohon-pohon bersinar dengan terang. Cahaya daripada setiap pepohon berkelip dengan sendiri secara perlahan-lahan. Cahaya yang dihantar dari “Resonating Microcosms Liquified Light Color, Sunrise and Sunset ”menyebabkan cahaya pada pohon tersebut akan berubah warna dan nada khusus bergema mengikut warna. 

Cahaya pohon itu pula akan dihantar kepada pohon di sekelilingnya satu-persatu, selagi bunyi-bunyian ada secara berterusan. Apabila cahaya bergema dari pohon yang berada di kejauhan, ia menandakan kehadiran orang ramai. Barangkali seseorang itu akan lebih menyedari kehadiran orang lain di ruangan yang sama.

SUASANA PADA WAKTU SIANG

SUASANA PADA WAKTU MALAM

MENGENAI TEAMLAB

teamLab (ditubuhkan pada tahun 2001) merupakan kumpulan kolektif seni antarabangsa terdiri daripada kelompok pakar pelbagai seperti artis, pengaturcara, jurutera, juruanimasi CG, ahli matematik dan arkitek yang bekerjasama untuk mengemudi pertemuan seni, sains, teknologi dan alam semula jadi.

teamLab telah mengadakan pelbagai pameran di serata dunia, antaranya di New York, London, Paris, Singapura, Silicon Valley, Beijing dan Melbourne serta pameran kekal berskala besar di Shanghai, Macau, Tokyo dan Singapura. Sehingga kini, teamLab menerima kehadiran lebih daripada 28 juta pengunjung ke pameran seninya di seluruh dunia.

Muzium Borderles teamLab di Tokyo menyaksikan 2.3 juta pengunjung daripada lebih 160 negara dan wilayah dalam tempoh setahun sejak pembukaannya dan diiktiraf sebagai muzium kumpulan seni tunggal yang paling banyak dilawati di dunia.

Ia juga dinamakan sebagai salah sebuah Tempat Paling Hebat di Dunia pada 2019 oleh majalah Time

1 تعليقات

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

إرسال تعليق

أحدث أقدم