KUGIRAN MASDO, KCLIQUE, NOH SALLEH, YONNYBOII, FLOOR 88 DAN ZYNAKAL BAKAL KASI PECAH HAVOC MIDNIGHT CONCERT

KUGIRAN MASDO, KCLIQUE, NOH SALLEH, YONNYBOII, FLOOR 88 DAN ZYNAKAL BAKAL KASI PECAH HAVOC MIDNIGHT CONCERT

Ruby
0
Rindu ke konsert selebriti tempatan? Berita gembira buat kalian yang merindui malam pesta muda mudi! Havoc Food Festival buat julung kali akan mengadakan Havoc Midnight Concert selama 2 malam berturut-turut. Selebriti yang bakal membuat persembahan juga telah bersedia untuk memberi sepenuh jiwa sepanjang malam. Jadi, jangan lepaskan peluang anda untuk dapatkan tiket konsert yang sedang panas dijual di laman web ticket2u.com.my.

Meriahnya pada tahun 2022 dengan pelbagai acara hiburan diadakan. Konsert bakal diadakan dengan meriah sekali dengan kehadiran selebriti dalam negara dan antarabangsa. Namun, gabungan selebriti yang akan membuat persembahan di Havoc Midnight Concert ini amat dinantikan! Mereka adalah Kugiran Masdo, KClique, Noh Salleh, Yonnyboii, Floor 88 dan Zynakal. Teruja? Mestilah!


KUGIRAN MASDO, KCLIQUE, NOH SALLEH, YONNYBOII, FLOOR 88 DAN ZYNAKAL BAKAL KASI PECAH HAVOC MIDNIGHT CONCERT


KUGIRAN MASDO, KCLIQUE, NOH SALLEH, YONNYBOII, FLOOR 88 DAN ZYNAKAL BAKAL KASI PECAH HAVOC MIDNIGHT CONCERT


Kugiran Masdo, KClique, Noh Salleh, Yonnyboii, Floor 88 & Zynakal Bakal ‘Kasi Pecah’ Havoc Midnight Concert! Ditaja oleh Pasta Panas, temui mereka 3 & 4 September ini. Target kehadiran tetamu ke konsert ini lebih kurang 3,000 sehari. Manakala jumlah lagu pada hari Sabtu dan Ahad adalah sekitar 40 lagu. 

Kugiran Masdo berbesar hati belanja sebanyak 10 lagu! Floor88 juga akan memberi yang terbaik dengan lagi-lagu hit mereka. Noh Salleh bakal menyanyikan 4 buah lagu. Yonniboii juga bakal menyanyikan 4 buah lagu. Pasti anda semua dapat meneka lagu-lagu hit sepanjang zaman mereka kan?


KUGIRAN MASDO, KCLIQUE, NOH SALLEH, YONNYBOII, FLOOR 88 DAN ZYNAKAL BAKAL KASI PECAH HAVOC MIDNIGHT CONCERT
Kugiran Masdo


Walaupun tahun ni mempunyai lambakam show dan konsert, namun sudah semestinya kami ingin memberi keistimewaan. Supaya kita semua enjoy. - Kugiran Masdo


KUGIRAN MASDO, KCLIQUE, NOH SALLEH, YONNYBOII, FLOOR 88 DAN ZYNAKAL BAKAL KASI PECAH HAVOC MIDNIGHT CONCERT
Floor 88


Selepas pandemik, selebriti tanah air kita kembali dengan lebih bertenaga dengan memberi kelainan dan pembaharuan agar kekal relevan dalam industri. -Eric Floor 88


KUGIRAN MASDO, KCLIQUE, NOH SALLEH, YONNYBOII, FLOOR 88 DAN ZYNAKAL BAKAL KASI PECAH HAVOC MIDNIGHT CONCERT
Yonnyboii


Tidak ada yang lebih havoc apabila beberapa kugiran dan band tempatan yang menjadi kegilaan ramai akan bersama dalam satu panggung. Apa lagi persembahan persembahan ‘gila’ mereka sudah lama tidak dilihat secara langsung kerana pandemik COVID 19 yang melanda dunia.

Kini seperti banyaknya pihak penganjur yang sudah berani menganjurkan semula beragam acara hiburan, salah sebuah ‘rumah’ yang menyediakan bukan sahaja bersifat pengurusan acara seperti festival makanan, automotif, fesyen dan kecantikan, tetapi juga ikut menyemarakkan dunia hiburan dengan persembahan dari para artis.

PERASMIAN HAVOC MIDNIGHT CONCERT

Dikenali sebagai Havoc Event & Management Sdn Bhd (HAVOC) atau lebih popular sebagai Havoc Food Festival, tahun ini mereka ingin meraikan masyarakat bersama acara hiburan yang pastinya ‘pecah’. Lihat barisan penghibur yang disediakan. Melalui program yang diberi nama Havoc Midnight Concert, acara seperti festival ini akan dilaksanakan di beberapa lokasi.

Istimewanya juga, untuk acara Havoc Festival yang sudah masuk kali ke-enam ini, Tuan Syed Yahya Syed Othman iaitu Pengarah Kanan Bahagia Perancangan Strategik Tourism Malaysia sudi hadir bagi melancarkan festival ini pada 18 Julai di Panggung Asia, Gombak.




3 DAN 4 SEPTEMBER 2022 DI DATARAN KARNIVAL SHAH ALAM


Lokasi pertama yang akan dihavockan oleh barisan pemuzik seperti Kugiran Masdo, Noh Salleh, Floor 88, Zynakal, Yonnyboi dan KClique adalah di Dataran Karnival Shah Alam, Selangor selama dua malam berturut turut iaitu 3 dan 4 September 2022 ini.

HARGA TIKET HAVOC MIDNIGHT CONCERT DATARAN KARNIVAL SHAH ALAM


Peminat boleh menyaksikan persembahan pemuzik idola mereka pada pukul 10 sehingga 12 malam dengan pilihan harga tiket bermula dari RM69 untuk Early Bird di Normal Zone, RM109 (Early bird) di Rock Zone, Combo Rock Zone RM199 dan Combo Normal Zone dengan harga RM120. Kesemua tiket boleh dibeli melalui www.ticket2u.com.




3 SEPTEMBER 2022 - KCLIQUE, YONNYBOII DAN ZYNAKAL


4 SEPTEMBER 2022 - KUGIRAN MASDO, FLOOR 88 DAN NOH SALLEH



PASTA PANAS SEBAGAI PENAJA UTAMA HAVOC MIDNIGHT CONCERT



4,5,6 NOVEMBER 2022 HAVOC MIDNIGHT CONCERT DI MITC MELAKA


Paling menarik, jika kalian bakal terlepas persembahan di Shah Alam pada 3 dan 4 September ini, Havoc Midnight Concert dengan barisan penghibur yang sama akan menemui anda di MITC Melaka pada 4,5 dan 6 November 2022 depan.

30 DAN 31 DISEMBER 2022 HAVOC MIDNIGHT CONCERT DI PADANG B PLAZA ANGSANA, JOHOR BAHRU


Selanjutnya, barisan pemuzik yang cukup berkaliber dan punya banyak peminat daripada pelbagai lapisan masyarakat ini akan menutup karnival Havoc di Johor Bahru.

Lebih mengujakan, Havoc Midnight Concert ini akan diadakan pada dua malam terakhir sebelum 2023 menyapa dunia iaitu 30 dan 31 Disember dan meraikan kedatangan tahun baharu pada 1 Januari 2023.

Havoc Midnight Concert di selatan negeri akan berlangsung di Padang B Plaza Angsana, Johor Bahru!


“Ini akan menjadi sebuah festival muzik yang tidak akan dilupakan bukan sahaja oleh peminat-peminat industri muzik tempatan. Bayangkan dari genre muzik Masdo sehingga hip hop dan rap mantap KClique sehingga dendangan legenda kita, Noh Hujan, semuanya akan anda perolehi pada satu malam. Jadi jangan sampai terlepas kerana ada tiga venue yang menanti anda untuk dihiburkan!,” ujar Firdaus Nadxaman selaku Ketua Pegawai Eksekutif Havoc Event & Management Sdn Bhd. 

Untuk itu diingatkan sekali lagi jangan terlupa untuk memilih sama ada hadir ke Shah Alam Selangor, MITC Melaka atau Padang B Plaza Angsana Johor Bahru! Dan ingat juga, kesemua tiket mengikut harga pilihan boleh dibeli melalui www.ticket2u.com.

HAVOC FOOD FESTIVAL 6.0


Umum sedia maklum bahawa konsert diadakan bersempena festival makanan terbesar di Malaysia sedang berlangsung. Makanan dan hiburan sangat sinonim dan tidak dapat dipisahkan. Betul kan? Selain mendapatkan hiburan, usah risau kerana di sini juga akan berlangsung festival makanan dan jualan lainnya yang telah menjadi trademark dan mendapat kerjasama dari Cuti Cuti Malaysia serta Tourism Malaysia sejak acara ini ditubuhkan pada tahun 2019. 



KRONOLOGI HAVOC FOOD FESTIVAL


Havoc Food Festival
1,2 & 3 November 2019 
Perkarangan Stadium Shah Alam, Selangor
11 Pagi - 12 Tengah Malam

Havoc Food Festival 2.0
6,7 & 8 March 2020
Perkarangan Stadium Darul Makmur, Pahang
11 Pagi - 12 Tengah Malam

Havoc Food Festival 3.0
25,26 & 27 September 2020
Parking W4 Stadium Shah Alam
11 Pagi - 12 Tengah Malam

Havoc Food Festival 4.0
25, 26 & 27 Februari 2021
Padang A, Plaza Angsana, Johor Bahru
11 Pagi - 12 Tengah Malam

Havoc Food Festival 5.0
24,25 & 26 Jun 2022
MRANTI Park, Bukit Jalil
11 Pagi - 12 Tengah Malam

Havoc Food Festival 6.0
2,3 & 4 September 2022
Dataran Karnival Stadium Shah Alam
11 Pagi - 12 Tengah Malam

Jom hadir ke Havoc Food Festival 6.0 di Dataran Karnival Stadium Shah Alam pada 2, 3 dan 4 September 2022 nanti. Pelbagai gastronomi menu istimewa tersedia seawal 11 pagi hingga 12 tengah malam. 10 malam sampai 12 tengah malam kita berhibur di Havoc Midnight Concert bersama barisan selebriti kegemaran nusantara iaitu Kugiran Masdo, KClique, Noh Salleh, Yonnyboii, Floor 88 & Zynakal. Jumpa anda di sana!

Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !