TIKET ANNIVERSARY TOUR 30 YEARS OF DEWA 19 MULA DIJUAL HARI INI

TIKET ANNIVERSARY TOUR 30 YEARS OF DEWA 19 MULA DIJUAL HARI INI

Ruby
1
TIKET ANNIVERSARY TOUR 30 YEARS OF DEWA 19 MULA DIJUAL HARI INI | Assalammualaikum semua! Berita gembira buat peminat kumpulan Dewa 19 seperti Ruby! Yeahhh! Baladewa dan Baladewi hadir gais. Masyarakat zaman sekarang pasti tidak mengenali Dewa 19 seperti Ruby mengenali mereka. Namun, percayalah selepas anda membaca artikel ini. Anda akan ke Spotify dan mencari lagu-lagu Dewa 19! 

Lagu-lagu dari Dewa 19 bergenre Rock, cuma lirik dan vokalis mengetengahkan mesej-mesej kehidupan. Sayangi diri, bangkit, maju kehadapan, hargai pengalaman dan banyak lagi. Namun lagu paling melekat dalam memori Ruby adalah Laskar Cinta. Susunan muzik, lirik islamik dan iringan vokal best. 

TIKET ANNIVERSARY TOUR 30 YEARS OF DEWA 19 MULA DIJUAL HARI INI


Hai ini 18 Julai 2022, tiket Anniversary Tour 30 Years Of Dewa 19 mula dijual di ticket2u pada jam 11 Pagi ini! Ya jam 11 Pagi! Lokasi konsert bertempat di Axiata Arena, Kuala Lumpur dan akan berlangsung pada Sabtu, 10 September 2022! Sebelum ini pada Februari 2019 kumpulan ini telah mengadakan konsert Dewa 19 Feat Ari Lasso & Once Mekel bertempat di Stadium Shah Alam. Pastinya bersempena 30 tahun Dewa 19 bakal memberi kesinambungan persembahan yang lebih hebat dan padu!

Di antara lagu yang menjadi ikutan dan kegemaran Ruby adalah Kangen (1992), Aku Cinta Kau Dan Dia (2007), Roman Picisan, Laskar Pelangi, Risalah Hati, Dewi, Satu Sisi, Larut, Selimut Hati, Pupus, Arjuna, Pangeran Cinta, Hadapi Dengan Senyuman dan banyak lagi! 

Dewa 19, disebut dalam bahasa Indonesia sebagai Dewa Sembilan Belas ialah sebuah kumpulan rock Indonesia dari Surabaya, Jawa Timur. Dewa 19 digelar sebagai salah satu kumpulan rock terhebat dalam sejarah muzik popular Indonesia.

Dewa 19 ditubuhkan pada tahun 1986. Terdapat beberapa perubahan pada barisan ahli kumpulan dan akhirnya mereka dibubarkan pada tahun 2011. Barisan ahli terakhir mereka ialah: Ahmad Dhani (keyboard), Andra (gitar), Agung Yudha (dram), Yuke ( gitar bes), dan Once (vokal). Kumpulan ini kini dianggotai oleh Ahmad Dhani, Andra, Yuke & Agung.

Kumpulan ini telah mencapai kejayaan sepanjang 1990-an dengan vokal Ari Lasso dan 2000-an dengan vokal Once. Album yang mereka keluarkan hampir selalu mendapat sambutan yang baik di pasaran, malah album mereka yang dikeluarkan pada tahun 2000, Bintang Lima, adalah #9 senarai album terlaris Indonesia sepanjang masa dengan jualan hampir 2 juta salinan.


DALAM SEJARAH! ANNIVERSARY TOUR 30 YEARS OF DEWA 19 BAKAL MENGHIMPUNKAN 4 VOKALIS UTAMA DI ATAS SATU PENTAS

Ahmad Dhani bakal mengumpulkan 4 Vokalis Utama Dewa 19 beraksi di atas satu pentas yang sama! Dewa 19 kembali ke Malaysia bersama Ari Lasso, Once Mekel, Virzha dan Ello!! Untuk kali ini band tersohor Indonesia tersebut akan menebus rindu yang belum tuntas dan sekaligus menebus janji mereka apabila pengasasnya, Ahmad Dhani dipastikan hadir bersama.

Tandakan tarikh keramat ini dalam kalendar anda. 10 September 2022, Axiata Arena, Kuala Lumpur menanti Baladewa dan peminat untuk meraikan kehadiran kumpulam Dewa 19 yang kali ini hadir untuk menandakan satu lagi momen penting dan bersejarah.

Hadir dalam rangka Anniversary Tour, 30 Years of Dewa 19, kumpulan yang sudah memulakan tour mereka di beberapa kota di Indonesia ini turut menjadikan Malaysia sebagai negara yang ikut merayakan ulang tahun ke-30 penubuhan mereka.

30 TAHUN, 30 KOTA, 30 LAGU

‘30 Tahun, 30 Kota, 30 Lagu’ begitu slogan ringkas namun cukup padat yang disampaikan kepada para peminat untuk konsert julung kali ini.

Ahmad Dhani malah berjanji dalam 30 lagu tersebut, akan ada banyak rendisi yang tidak pernah serta jarang dipersembahkan dalam konsert mereka selama ini.

Jika kehadiran Ahmad Dhani yang menggerakkan Dewa 19  bersama 30 lagu belum cukup menyemarakkan sambutan 30 tahun band asal Surabaya ini, Anniversary Tour, 30 Years of Dewa 19. Mereka akan terus memberi bonus tambahan.

Kehadiran di Malaysia yang dibawakan oleh Icon Entertainment akan disertai beberapa mantan anggotanya termasuk pemain drum, Tyo Nugros. Dan yang dinantikan juga buat pertama kali, Dewa 19 menghimpunkan empat vokalis handalan mereka di atas satu pentas!

Bayangkan bagaimana Ari Lasso melantunkan tembang yang ikonik dengannya sebelum posisi vokalis itu diambil alih oleh Once Mekel dan perjuangan vokal magis kedua penyanyi ini disambung oleh Virzha serta yang terkini, Ello.

Jadi jangan lepaskan peluang untuk merayakan 30 tahun Dewa 19 dengan 30 lagu yang akan menenggelamkan anda dalam nostalgia silam pada tanggal 10 September 2022 ini.


Konsert yang ditunggu-tunggu ramai ini turut mendapat sokongan Hot FM dan Buletin FM selaku radio rasmi serta Astro Gempak selaku digital media rasmi. Kesion Malaysia dan EF Media juga turut memberi sokongan padu terhadap konsert ini selaku rakan media rasmi. 


TIKET ANNIVERSARY TOUR 30 YEARS OF DEWA 19

Pastikan temujanji anda bersama Anniversary Tour, 30 Years of Dewa 19 dengan pembelian tiket bermula jam 11 pagi, 19 Julai 2022 di laman tiket rasmi: 

https://www.ticket2u.com.my/dewa19

Hotline: 019-9919055 (whatsapp)


LASKAR CINTA (STANDING - BIRU)

EARLY BIRD: RM168

FULL PRICE: RM188

DEWI (LEVEL 4 - TURQUOISE) 

EARLY BIRD: RM148

FULL PRICE: RM168

KANGEN (LEVEL 3 - JINGGA) 

EARLY BIRD: RM268

FULL PRICE: RM288

ROMAN PICISAN (LEVEL 3 - HIJAU)

EARLY BIRD: RM368

FULL PRICE: RM388

ARJUNA (LEVEL 3 - FUCHSIA PINK) 

EARLY BIRD: RM468

FULL PRICE: RM488

Tags

إرسال تعليق

1تعليقات

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Bestnya kalau dapat pergi ni.. mulalah peminat Dewa menunggu untuk beli tiket ni haaaa..

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !