MAIZURAH HAMZAH DUTA EVENCHISE EBOOK STORE

MAIZURAH HAMZAH DUTA EVENCHISE EBOOK STORE

Ruby
1
MAIZURAH HAMZAH DUTA EVENCHISE EBOOK STORE | Assalammualaikum semua! Pada 28 Mei 2022 yang lalu telah berlangsung majlis perlantikan Duta Evenchise Ebook Store dan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri oleh MSGA Sdn Bhd bertempat di Sudirman Lounge, Koptown EDC Hotel Kuala Lumpur. 

Sepanjang majlis ini Ruby teruja dengan usaha dan perkongsian cerita bagaimana tercetus minat mereka untuk meneruskan perkongsian sebagai penulis e-book. Malah, mereka juga menjemput Ruby juga menjadi menulis dan menyiarkan di portal Evenchise Ebook Store. MaysaAllah rasa terinspirasi sangat. Sebab Ruby memang teringin nak terbit buku. Tapi, kesibukan rutin harian seringkali membuatkan impian ini tergendala. 


MAIZURAH HAMZAH DUTA EVENCHISE EBOOK STORE


Maizurah Hamzah merupakan nama yang tidak asing lagi dalam industri hiburan tanahair pada era 90an. Anak kelahiran Singapura ini telah dilantik secara rasmi sebagai Duta Evenchise Ebook Store oleh syarikat MSGA. Majlis perlantikan ini disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MSGA Sdn. Bhd. Mejar Hasrul Taufek Roslan TUDM (Bersara) atau lebih dikenali sebagi Master Shiro di dalam satu majlis gilang-gemilang. 

Evenchise Ebook Store merupakan sebuah platform jualan buku elektronik yang dibangunkan hasil Kerjasama dan kepakaran daripada syarikat MSGA Sdn Bhd dan Global Surf Sdn Bhd. Platform ini telah berada dipasaran sejak tahun 2017 dan telah membantu lebih 5000 orang daripada pelbagai golongan untuk memulakan perniagaan ebook pada kos mampu milik. 


Maizurah Hamzah pula dipilih sebagai duta bagi platform ini atas kapasiti seorang figura dan selebriti yang juga merupakan seorang penulis. Program penulisan dan keusahawanan ebook store ini telah membuktikan potensinya sebagai alternatif kepada penulis buku fizikal untuk beralih kepada penerbitan buku elektronik yang kini menjadi trend terutama semenjak pademik COVID-19. 


Maizurah Hamzah juga turut bersama menghidupkan budaya menulis didalam MSGA. Beliau sudah pasti mampu menarik minat masyarakat untuk menjalinkan penulisan ebook sebagai gaya hidup sihat.

Platform ini boleh dilayari di seluruh dunia dengan capaian internet manakala MSGA sendiri mempunyai wakil merentas 18 buah negara. Menerusi kedai ebook ini, para usahawan dan penulis mampu menjana pendapatan lumayan dengan menjual ebook sendiri ataupun ebook penulis lain. 


Menurut Maizurah, "bagi memahami bidang keusahawanan ini, kursus dan latihan diberikan kepada semua peserta termasuk penggunaan sistem teknikal, penjenamaan, pelan pemasaran dan aplikasi telegram.

Walau apa jua status kita, jangan berhenti berjuang. Sebagai ibu, kesibukan aktiviti dan rutin harian tidak pernah mematahkan semangat saya untuk menghasilkan naskah buku. Rancang jadual dan teruskan menulis apabila ada masa lapang dalam satu hari. Surirumah juga boleh jana pendapatan dengan menulis. Kita lebih banyak cerita yang boleh dikongsikan. Setiap perkongsian pasti memberi impak kepada mereka yang membacanya.

Sambil menulis, kita boleh berkongsi cerita dan memberi inspirasi kepada ummah. Bagaimana ingin bermula? Jom sertai Evenchise. Di sini ada sesi pembelajaran bagaimana ingin menghasilkan e-book. Kita buat sampai jadi!"

Di antara karya penulisan dari Maizurah Hamzah adalah:

1. Super Zickr. Lady Hero (Princess Zickr)
2. Super Zickr Series. Putting On New Shoes
3. Kompilasi Buku Cerita Pilihan 1
4. Kompilasi Buku Cerita Pilihan 2
5. Kompilasi Buku Cerita Pilihan 3
6. Super Pandemic Mommy
7. Diary of a Pop Princess 1


Didalam majlis yang sama juga turut diadakan pelancaran ebook karya terbaru beliau berjudul Diari Si Puteri Pop 1 - Suatu Permulaan dan upacara menandatangani Jalinan Persefahaman Hasrat diantara CEO MSGA Sdn Bhd dengan CEO Mindtalks Sdn Bhd


Turut hadir pada majlis ini adalah para Certified Advisor Ebook MSGA Sdn Bhd, penulis, editor dan, tetamu jemputan. Majlis berkonsepkan sambutan hari raya aidilfitri juga diserikan dengan persembahan daripada Touching Busker, gimik pelancaran oleh kumpulan kebudayaan dan nyanyian khas daripada Maizurah Hamzah sendiri selaku Duta Evenchise Ebook Store. 


Sebarang maklumat lanjut berkenaan program keusahawanan ebook ini boleh hubungi 011-2561 8098. 

MENGENAI EVENCHISE EBOOK STORE


Evenchise ebook store adalah sebuah platform jualan ebook yang di bangunkan oleh MSGA SDN BHD bersama kepakaran IT daripada Global Surf Sdn Bhd sejak 2017. Platform ini telah membantu lebih 5000 penulis ebook baharu di Malaysia dan 17 buah negara hingga ke benua eropah.

Kerjasama MSGA juga meliputi majoriti IPTA dan IPTS seluruh negara dalam membantu transformasi buku fizikal kepada buku elektronik.

Platform Evenchise ini juga telah membantu ramai masyarakat yg terkesan dgn ekonomi semenjak PKP dengan membuka peluang mereka menjadi usahawan ebook dalam talian terutama surirumah.

Tags

إرسال تعليق

1تعليقات

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

إرسال تعليق

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !