ASHRAF MUSLIM SEBAGAI USTAZ DI DALAM FILEM GENRE SERAM MUSYRIK API NERAKA MENANTIMU

ASHRAF MUSLIM SEBAGAI USTAZ DI DALAM FILEM GENRE SERAM MUSYRIK API NERAKA MENANTIMU

Ruby
1

ASHRAF MUSLIM SEBAGAI USTAZ DI DALAM FILEM GENRE SERAM MUSYRIK API NERAKA MENANTIMU | Assalammualaikum semua! Siapa peminat film genre seram Islamik? Angkat tangan! Kita geng lah suka menonton film genre seram, tetapi pendekatan penyelesaian situasi melalui surah ayat-ayat suci Al-Quran. Bertepatan dengan kehidupan sebagai umat Islam, melalui filem sebegini kita tahu bahawa banyak situasi berlaku dalam kehidupan seharian manusia. 


Penampilan Ashraf Muslim sebagai ustaz di dalam filem seram buat julung kalinya, amat dinantikan. Latar belakang beliau pernah menjadi Pengamal Perubatan Islam suatu ketika dahulu dan juga lakonan yang bersahaja natural tenang juga memberi impak untuk beliau mara ke lakonan film seram Musyrik. Pasti ramai teruja kan? Ruby pun! 

ASHRAF MUSLIM SEBAGAI USTAZ DI DALAM FILEM GENRE SERAM

Pelakon berpengalaman, Ashraf Muslim, 41, tidak kisah digelar hero tua, apatah lagi, masih menjadi pilihan penerbit dan pengarah selepas hampir dua dekad bergelar anak seni.

Bagi Ashraf, apa yang lebih penting, lakonannya memberi impak dan meninggalkan kesan mendalam pada penonton.

“Usia hanyalah sekadar angka. Apa yang lebih penting, semakin tua jadi makin matang dalam bidang lakonan.

“Saya menjadikan hero tua seperti Datuk Rahim Razali dan Sidi Oraza sebagai inspirasi untuk menjadi pelakon berkaliber dalam industri seni tanah air,” katanya.

Mengimbas latar belakangnya, Ashraf berkata, dia mula berlakon pada 2005 dan kini sudah 17 tahun berkecimpung dalam bidang lakonan.

“Saya tidak melihat menjadi pilihan pengarah bagi watak hero hanya bersandarkan pada wajah awet muda.

“Sebaliknya, saya sentiasa menjaga ‘attitude’, hormat pada orang dan menjaga kualiti dalam lakonan,” katanya.

Mengenai gandingan pelakon baharu, Ashraf yang pernah bergandingan dengan Sharifah Rose menerusi drama 3 Nota Cinta berkata, dia tidak pernah ada masalah berlakon dengan bintang baharu.

“Saya bermula dari pelakon ‘kayu’ sebelum berada pada tahap sekarang.

“Sebab itu, saya tidak kisah berlakon dengan pelakon baharu yang dianggap ‘kayu’, asalkan mahu belajar ilmu lakonan,” katanya yang akan muncul dengan filem baharu, Musyrik - Api Neraka Menantimu!

FILEM MUSYRIK “API NERAKA MENANTIMU”

Mengulas mengenai filem genre seram itu, Ashraf berkata, dia menerima tawaran berlakon dalam filem arahan Arjin Uppal itu kerana mahukan kelainan.

Menerusi filem terbitan White Merpati Entertainment Sdn Bhd itu, Ashraf bergandingan dengan Aeril Zafrel dan Ruhainies selaku teraju utama.

“Saya sudah lama tidak berlakon cerita bergenre seram. Apa yang lebih mencabar apabila banyak babak penggambaran dilakukan pada waktu malam.

“Saya tertarik dengan watak ustaz diberikan. Jalan cerita filem ini juga memaparkan realiti dalam situasi hari ini,” katanya.

Selain Ashraf, Aeril dan Ruhainies, filem Musyrik - Api Neraka Menantimu! turut menampilkan barisan pelakon seperti Aishah Ilias, Qaseh Shuhada, Arwan Umar dan Neera Azizi.

Filem Musyrik - Api Neraka Menantimu! mula menjengah pawagam seluruh Malaysia pada 7 Julai depan. Trailer rasmi filem disiarkan jam 6 petang pada 15 Jun lalu menerusi saluran YouTube/WhiteMerpatiMovies.

Tags

إرسال تعليق

1تعليقات

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

إرسال تعليق

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !