BAKE WITH YEN SUPERSTORE SYURGA BUAT PEMBUAT ROTI DAN PASTRI

BAKE WITH YEN SUPERSTORE SYURGA BUAT PEMBUAT ROTI DAN PASTRI

Ruby
2

BAKE WITH YEN SUPERSTORE SYURGA BUAT PEMBUAT ROTI DAN PASTRI | Assalammualaikum semua! Ramadan tiba! Ramadan tiba! Ramadan tiba! Marhaban Ya Ramadan! MasyaAllah hari ini kita menunaikan ibadah puasa. Semoga kita terus istiqomah untuk mengumpul sebanyak mungkin amal ibadah. 

Ruby gembira sangat ingin berkongsi tentang kenangan pada bulan Ramadan ni. Ia berkaitan juga dengan Bake With Yen (BWY). Pada bulan Ramadan, ibu Ruby akan berniaga kuih raya. Automatik oven di dapur ON! Hahaha. 

Ibu Ruby sentiasa membuka tempahan menjual kuih raya tradisi setiap tahun. Tetapi hanya untuk bulan Ramadan. Sebab ibu Ruby ada kerja tetap yang lain. Jadi, bulan Ramadan ada masa untuk membuat kuih raya. Bak kata orang "cari duit raya". Rezeki Allah maha s.w.t luas. 


Jadi, beberapa bulan sebelum Ramadan dah kumpul order dan seminggu sebelum Ramadan kami membeli bahan-bahan membuat kuih. Sudah semestinya kami ke Bake With Yen. Cawangan kegemaran mak mesti di Chow Kit. Selesai beli barang, selama 25 hari Ramadan kami menyediakan semua pesanan. Menyusun bahan ikut jenis kuih, membersihkan balang, menampal pelekat jenama, mula menguli bahan-bahan, membakat kuih dan menyusun ke dalam balang. Hari ke-25 Ramadan kami akan mula membuat penghantaran kepada semua pelanggan. 

Begitulah rutin kami sekeluarga. Ibu Ruby adalah ibu tunggal. Apa sahaja cara dia akan berusaha untuk mencari rezeki lebih. Selesai hantar semua kuih raya. Duit itu digunakan untuk pembelian bahan-bahan juadah pada Aidilfitri nanti. Pada kebiasaannya harga barang mentah melonjak naik harga. Alhamdulillah di BWY kami sekeluarga mampu menjana pendapatan. 

KEMPEN RAYA PENUH-PENUH BERSAMA BWY

Selepas melalui pelbagai kawalan dan sekatan pergerakan selama dua tahun, rakyat Malaysia kini boleh meraikan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri dengan lebih meriah, seperti tahun-tahun sebelum ini kita boleh berbuka puasa bersama seisi keluarga, kembara merentasi sempadan untuk pulang ke kampung halaman dan paling utama dapat memasak dan menyediakan pelbagai juadah serta kuih-muih untuk keluarga dan rakan-rakan tersayang. 


Memahami kepentingan ini, Rangkaian Pembekal Bahan Bakeri No. 1 di Malaysia, Bake With Yen (BWY) telah memperkenalkan satu inisiatif bagi membantu rakyat Malaysia, khasnya baker atau individu yang membuat kek dan kuih untuk menikmati musim perayaan ini sepenuhnya dengan Kempen “Raya Penuh-Penuh” bersama Bake With Yen.

Inisiatif yang diadakan termasuk program “Jimat Penuh-Penuh” yang menawarkan barangan asas dan keperluan baking pada harga terendah di pasaran. Mengumumkan inisiatif Raya Penuh-Penuh di Superstore baharu BWY di Taman Tun Dr Ismail, Encik Alexandre Rosso yang bakal menjadi Ketua Pegawai Eksekutif syarikat BWY.

Beliau, berkata, “Gabungan pandemik yang melanda dan impaknya terhadap rantaian bekalan global, kekurangan barang mentah dan tenaga kerja telah membawa kepada peningkatan harga barangan. Prihatin bahawa cabaran-cabaran ini memberi kesan terhadap perbelanjaan rakyat, BWY memanfaatkan skala besar yang ada padanya, serta hubungan baik yang terjalin dengan para vendor dan pengilang untuk memastikan harga barangan kekal pada harga mampu milik demi kepentingan pelanggan. 

“Dengan 90 cawangan kedai di seluruh negara yang menyediakan khidmat kepada segenap kumpulan baker, kami menggunakan skala ekonomi yang ada, serta kemudahan pengeluaran dan pembungkusan sendiri untuk memastikan harga barang kekal berpatutan. Ini merupakan cara kami untuk memberikan jaminan kepada bakers di seluruh Malaysia untuk terus menyediakan sajian kuih-muih terbaik kepada pelanggan, keluarga dan rakan-rakan tanpa berkompromi terhadap kualiti. Seterusnya memastikan musim membuat kuih tanpa gelisah kepada semua sepanjang Ramadan ini serta sambutan Hari Raya kelak,” ujar Rosso. 


PROMOSI AUSICOWS BUTTER (UNSALTED / SALTED)

Jenama yang mengambil bahagian dalam inisiatif BWY ini termasuk bahan buatan kesukaan ramai, antaranya Lurpak, Anchor, Oreo dan Nutella. Inisiatif harga ini juga melibatkan pengekalan harga 100 barangan asas dari produk keluaran jenama BWY sendiri serta mentega BWY yang terkenal, 1 blok Ausicows Butter, ditawarkan pada harga RM7.90 bagi 250g dan merupakan harga yang paling rendah di pasaran. Ausicows Butter turut dijual untuk 40 blok pada harga RM 315 sahaja. Berbaloi-baloi!

TEPUNG ADUNAN SEGERA BWY NASI LEMAK CRUNCHY COOKIE

Pada acara berkenaan, Rosso dan pasukan chef BWY telah memperkenalkan beberapa produk khas yang dikeluarkan dari rangkaian pembekal bahan bakeri, dengan tepung adunan segera unik iaitu “Nasi Lemak Crunchy Cookie''. 

Pra-campuran atau tepung adunan segera atau Premix ini sangat mudah disediakan. Nasi Lemak Crunchy Cookie merupakan produk ke-52 dalam pilihan pra-campuran kek dan biskut popular BWY dan diperkenalkan di pasaran bertepatan dengan musim Hari Raya ini. 

“Rakyat Malaysia amat menggemari nasi lemak, malah mereka boleh menikmatinya sepanjang hari! Chef-chef kami telah mendapat ilham daripada tabiat ini dan menjalani kajian untuk menerapkan keenakan rasa hidangan ini dalam bentuk biskut. Ramai ingin menikmati biskut ini lagi setelah merasainya,” kata Rosso. 


TUKAR JIMAT X INNOFOOD

Sebagai tambahan pada promosi harga “Jimat Penuh-Penuh” dan pra-campuran Nasi Lemak Crunchy Cookie, inisiatif “Raya Penuh Penuh” BWY juga melibatkan “Tukar & Jimat”, satu kerjasama unik dengan penyedian kelengkapan dapur Innofood. Para baker yang ingin menaik taraf mesin pengadun mereka boleh mendapatkan mesin baharu pada harga diskaun dan potongan harga melalui pertukaran dengan mesin lama. 

Rosso berkata, kajian BWY mendapati kebanyakan pengusaha kek dan roti cuba untuk mendapatkan perkakasan yang lebih baik sebelum musim sibuk mereka. 

“Kami ingin membantu bakers dalam persekitaran semasa dan membolehkan mereka mendapatkan yang terbaik pada musim ini tanpa perlu risau akan kerosakan pada alatan yang digunakan atau perlu membuat kerja secara manual. Usaha sama dengan Innofood adalah satu lagi cara BWY mengambil berat terhadap keperluan pelanggan kami,” tambahnya. 

Elemen-elemen lain dalam inisiatif “Raya Penuh-Penuh” termasuk pemberian kurma dan sampul duit Raya secara percuma serta demonstrasi membuat kuih di cawangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan program ‘Raya Penuh-Penuh’, promosi semasa Bake With Yen dan pelbagai resipi mudah, kunjungi mana-mana daripada 90 cawangan BWY di seluruh negara. 

BAKE WITH YEN SUPERSTORE PERTAMA

Pertama kali memasuki cawangan pertama Bake With Yen Superstore, Ruby teruja dengan keluasan kedai, barang-barang yang banyak stok dan penjarakan di antara rak memudahkan wanita comel ini mengambil masa untuk membaca isi kandungan dan harga. Kadang kala Ruby ambil masa dengan mengira kos menggunakan kalkulator. Hahaha. Ruby dah plan, cawangan kegemaran yang Ruby akan kunjungi selalu adalah di sini. Yahoo!


MENGENAI BAKE WITH YEN

Bake With Yen atau lebih dikenali sebagai BWY adalah rangkaian  pembekal barangan kek dan roti terkemuka dengan 90 cawangan kedai di seluruh negara. BWY merupakan usahawan dan jenama asli Malaysia. Kedai pertamanya dibuka pada tahun 1987 dan telah berkembang pesat sehingga kini.

Harapan BWY adalah untuk menyediakan pengalaman menyediakan roti dan kek yang mudah, menyeronokkan dan pada harga berpatutan kepada semua pelanggan. Jenama ini menyediakan keperluan lengkap kepada pelanggan, sama ada mereka pembuat roti dan kek profesional yang mencari ramuan-ramuan terbaik dari seluruh dunia atau mereka yang bekerja secara sambilan yang menginginkan bekalan barangan pada harga berpatutan atau juga individu yang gemar menyediakan juadah enak untuk keluarga dan rakan-rakan.

BWY menawarkan pilihan meluas melalui ramuan membuat kek dan roti, daripada produk-produk sejuk seperti mentega, susu dan keju, barangan keperluan seperti tepung, coklat, kekacang dan buah-buahan kering sehingga ke peralatan kelengkapan dan pembungkusan. 

BWY menyedari bahawa keupayaan untuk membuat kek dan roti adalah satu kemahiran kehidupan yang amat bernilai dan ia berharap untuk mendidik, membimbing dan menginspirasi generasi pembuat kek dan roti masa depan menerusi pelbagai inisiatif dan aktiviti yang dijalankan bersama chef-chef BWY. 

Bake With Yen Superstore

No.50-G (GF), 52-G (GF), 52-A (1ST FLOOR) & 54-G (GF), Lorong Rahim Kajai 14, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi: 9 Pagi - 8 Malam

BAKE WITH YEN | FACEBOOKINSTAGRAM


Tags

إرسال تعليق

2تعليقات

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Wowww dah ada superstore ke.. bestnyaaa kalau dekat.. memang berejam lerr duduk dalam kedainya kalau besar gini...

    ردحذف
    الردود
    1. Akak, sama la kita. Lama dalam BWY ni. Selesa sangat. Hahaha. Selalu ke BWY ada list beli barang kan kak. Ni saya datang dan belek-belek produk. Seronok.

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !