ALAMANDA PUTRAJAYA RAIKAN ANAK-ANAK YATIM RUMAH BAKTI AL-KAUNSAR

ALAMANDA PUTRAJAYA RAIKAN ANAK-ANAK YATIM RUMAH BAKTI AL-KAUNSAR

Ruby
0
ALAMANDA PUTRAJAYA RAIKAN ANAK ANAK YATIM RUMAH BAKTI AL-KAUSAR | Assalammualaikum semua! Aidilfitri bakal menjelma lagi beberapa hari. Tahun ini kita akan meraikannya dengan meriah sekali apabila 2 tahun tidak pulang ke kampung halaman. Walaupun kita sedang menyediakan persiapan, jangan kita lupa mereka yang memerlukan. Anak-anak yatim juga harus diberi peluang merasai nikmat persediaan Aidilfitri. Agar mereka tahu, bahawa masih ada yang sayang dan ingin mereka juga gembira pada hari lebaran nanti.

Ruby berkesempatan ke Alamanda Putrajaya dan menyaksikan betapa gembira mereka membeli-belah memilih pakaian raya. Dari pilihan corak dan saiz, mereka teruja dan senyuman terukir tiap kali sudah berjaya mendapat keperluan yang mereka inginkan. Tahniah Alamanda Putrajaya! Semoga usaha murni ini berterusan sampai bila-bila.

PERSIAPAN AIDILFITRI SEMUANYA TERSEDIA DI ALAMANDA PUTRAJAYA 




Untuk menyebarkan keceriaan Hari Raya, Pusat Beli Belah Alamanda menjemput beberapa anak yatim dan kanak-kanak kurang bernasib baik dari Rumah Bakti Al Kausar, Bangi untuk membeli-belah persiapan Hari Raya pada 21 April 2022 sebagai sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Kanak-kanak yang berusia antara 6 hingga 17 tahun itu tiba bersama Pengerusi Rumah Bakti Al-Kausar, Haji Razali Haji Basri serta Timbalan Pengerusi, Abu Bakar Abdul Rafar, disambut mesra Pengurus Besar Pusat Beli Belah Alamanda, Pang Sook Fong.


Pihak pengurusan Alamanda kemudiannya membawa kanak-kanak tersebut membeli-belah sepasang kasut raya dan sut baju raya. Mereka kemudiannya dibawa ke Centre Court di mana pusat beli-belah itu telah mencipta semula dekorasi kampung à la “Raya di Dusun Atuk” dan dihiburkan dengan persembahan Hari Raya Zapin. 

Majlis menjadi lebih bermakna apabila rakan niaga Alamanda turut menyumbangkan barangan Hari Raya kepada kanak-kanak itu. Selepas ucapan alu-aluannya, Pang ditemani oleh rakan niaga Alamanda seperti Gene Martino, Qutn Cotton dan Dunkin' Donuts di mana kanak-kanak tersebut diberikan duit raya dan sut baju raya daripada Gene Martino, sut baju raya daripada Qutn Cotton dan sekotak donat dari Dunkin' Donuts.


Semasa berbuka puasa, anak-anak yatim tersebut tidak dapat menahan kegembiraan serta kesyukuran kerana dibenarkan memilih apa sahaja yang mereka mahu dari menu di Secret Recipe.

Pengarah Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Andrew Brien berkata, “Sebagai satu satunya pusat membeli-belah di Putrajaya, kami menyedari keperluan untuk memainkan peranan penting dalam melibatkan diri dan menyokong masyarakat secara aktif, terutamanya kanak-kanak yang tidak bernasib baik. Walaupun beraya di samping rakan-rakan dan keluarga adalah penting, kita mesti sentiasa mengingati bahawa tidak ramai yang mempunyai keistimewaan ini. Sehubungan itu, kami berbesar hati untuk berkongsi kemeriahan Hari Raya bersama anak-anak Rumah Bakti Al-Kausar.”

Pengerusi Rumah Bakti Al-Kausar, Haji Razali Haji Basri berkata, “Sebagai penjaga kepada anak-anak, kami berterima kasih kepada Pusat Beli Belah Alamanda kerana telah memberikan kegembiraan kepada anak-anak ini dan memberi mereka peluang menyambut bulan Syawal dengan penuh kegembiraan. Layanan istimewa daripada pihak Alamanda ini begitu bermakna untuk kami terutama kepada kanak-kanak ini.”

Rumah Bakti Al-Kausar ialah rumah kebajikan yang diasaskan pada tahun 2011 yang menyediakan tempat perlindungan kepada kanak-kanak yang memerlukan terutamanya anak yatim. Rumah itu kini menempatkan 36 kanak kanak.

GANJARAN BERBELANJA DI ALAMANDA PUTRAJAYA DARI 8 APRIL HINGGA 2 MEI 2022



Berbelanja RM700 dan ke atas dalam maksimum 2 resit di mana-mana kedai khusus untuk menerima tong seramik dan satu set paket Alamanda Raya.


SERTAI CABUTAN BERTUAH


Belanja RM1,500 dan ke atas untuk berpeluang menerima hadiah tambahan antara:

✅️ RM40 Manhattan Fish Market 
✅️ Noor Arfa scarf
✅️ RM50 Alamanda Shopping baucar

MENGENAI PUSAT MEMBELI BELAH ALAMANDA


Alamanda Putrajaya dimiliki Putrajaya Holdings Sdn Bhd dan diuruskan oleh Suria KLCC Sdn. Bhd. dengan keluasan yang merangkumi kawasan membeli-belah sebanyak 653,235 kaki persegi. Bagi keselesaan kira-kira 12 juta orang yang datang untuk membeli-belah setiap tahun, pusat membeli-belah ini dilengkapi dengan dua bangunan tempat letak kereta yang terdiri daripada 3,000 tempat meletak kereta, kemudahan bagi golongan kurang upaya, dua bilik salinan bayi serta bilik sembahyang. Konsep di sebalik Alamanda adalah ‘syurga pengunjung membeli belah’, yang terletak di pusat Putrajaya.

Ruang tengah Alamanda dihiasi cahaya menawan yang mengindahkan lagi suasana pusat membeli-belah ini dan menarik baik pengunjung mahupun rakan niaga dan penyewa kedai, lebih-lebih lagi apabila pelbagai acara dijalankan setiap tahun.

Pusat membeli-belah ini terdiri daripada pelbagai jenis kedai, restoran, medan selera dan pawagam. Alamanda juga mempunyai ‘travelator’ yang menghubungkan kedai-kedai serta laluan terus ke tempat letak kereta. Selain itu, reka bentuk istimewa bangunan dua tingkat ini membolehkan para pengunjung menikmati pengalaman membeli-belah yang mudah.

Tags

إرسال تعليق

0تعليقات

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

إرسال تعليق (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !