TAWARAN HEBAT PENGHAWA DINGIN SAMSUNG

TAWARAN HEBAT PENGHAWA DINGIN SAMSUNG

Ruby
0

TAWARAN HEBAT PENGHAWA DINGIN SAMSUNG | Assalammualaikum semua! Kebanyakan masa kita di rumah sejak beberapa tahun ini. Work from home, PDPR dan lain-lain. Tiba masanya untuk kita menyediakan kediaman selesa untuk seisi keluarga. Cuaca yang panas lembab sepanjang tahun di Malaysia juga memberi impak kepada perasaan dan kualiti gaya hidup kita. Ayuh kekal dingin sepanjang masa, jom nikmati penjimatan hebat dengan tawaran penghawa dingin bundle Samsung sekarang! 

TAWARAN HEBAT PENGHAWA DINGIN SAMSUNG

Jangan lepaskan peluang anda! Dari 14 Mac 2022 hingga 31 Disember 2022, Samsung Malaysia menawarkan promosi Bundle yang penuh dengan perlindungan lanjutan apabila anda membeli Penghawa Dingin Samsung terpilih. 

Sama ada anda memerlukan penghawa dingin untuk rumah baru anda atau sudah tiba masanya untuk menukar unit yang sedia ada, nikmati ketenangan fikiran dengan tawaran langganan Penghawa Dingin Samsung, yang didatangkan dengan pelan penjagaan AC yang pelbagai. Anda tidak akan berasa bimbang lagi kerana jaminan yang melebihi standard, serta perkhidmatan dan penyelenggaraan setiap suku tahun untuk memastikan penghawa dingin kekal dalam keadaan baik.

Walaupun kekal sejuk pada hari yang panas menjadi keutamaan, penghawa dingin bukan sekadar untuk menyejukkan diri dan rumah sahaja. Sesuai untuk semua jenis isi rumah, Penghawa Dingin Samsung WindFree™ memberikan anda pengalaman penyejukan mudah yang akan membuatkan anda berasa selesa sambil menjimatkan tenaga - ia juga didatangkan dengan penapis khusus untuk memastikan udara di rumah anda bersih. 

Anda juga boleh memastikan penghawa dingin anda bersih tanpa perlu melakukan apa-apa – fungsi Auto Clean akan memudahkan hidup anda dengan membersihkan bahagian dalaman penghawa dingin secara automatik untuk menghalang pengumpulan bakteria dan bau. Bagi Penghawa Dingin S-Essential, anda tidak perlu menunggu lama untuk bilik anda mencapai suhu yang diingini - sesuai untuk melegakan diri anda setelah sehari suntuk berjalan di luar dalam masa yang singkat!

Lebih-lebih lagi, dengan penghawa dingin ini, anda boleh tidur lebih lena pada waktu malam melalui mod Good Sleep yang akan mengawal suhu dan kelembapan secara automatik untuk anda tidur dengan selesa dan bangun dengan rasa segar. Bagi pemilik rumah yang ingin membina kediaman impian anda, penghawa dingin Samsung ialah peralatan rumah pintar yang terbaik untuk anda.

Jadi, tunggu apa lagi? Layari https://shop.samsung.com/my/aircondition-easyinstallmentplan untuk maklumat lanjut dan rebut penjimatan tersebut! 

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !