KEKAL TERHUBUNG TANPA HALANGAN DENGAN SIRI GALAXY A TERKINI

KEKAL TERHUBUNG TANPA HALANGAN DENGAN SIRI GALAXY A TERKINI

Ruby
0

KEKAL TERHUBUNG TANPA HALANGAN DENGAN SIRI GALAXY A TERKINI | Assalammualaikum semua! Setelah pelancaran Siri Galaxy A pada 17 Mac yang lalu, ramai mula berkata, Siri A dari Samsung ni unik dan fokus pengguna lebih trendy. Jom Ruby kongsikan apa yang ditawarkan oleh telefon pintar kesukaan ramai ini. Ayuh luaskan penguasaan kita!

Lebih kerap daripada tidak, setiap hari kami mendapati diri kami bertukar-tukar antara peranti merentasi kerja dan kehidupan peribadi, yang kadang-kalanya menyerabutkan. Jangan risau, Siri Galaxy A premium terbaharu; Galaxy A33 5G, Galaxy A53 5G dan Galaxy A73 5G membawa kemudahan kepada kehidupan anda dengan membawa semua yang anda boleh lakukan dengan telefon pintar Galaxy anda ke komputer riba Windows anda - termasuk notifikasi, fail, gambar dan juga aplikasi kegemaran anda!

KEKAL TERHUBUNG TANPA HALANGAN DENGAN SIRI GALAXY A TERKINI


Dengan ciri Link to Windows, anda tidak akan ketinggalan – anda tidak perlu bimbang terlepas pandang mesej yang penting ketika melayari internet, atau apabila telefon anda dalam mod senyap, kerana notifikasi akan terus ke peranti Windows anda, menjadikannya lebih mudah untuk melakukan berbilang tugas semasa menggunakan komputer riba anda. Lebih baik lagi, anda juga boleh membuat dan menerima panggilan terus daripada komputer riba anda! 

Ia juga menjadikan perkara seperti menyemak media sosial anda atau memesan makan tengahari semasa panggilan kumpulan sangat mudah, walaupun tiada telefon dalam jangkauan tangan – asalkan kedua-dua peranti dihidupkan dan disambungkan ke rangkaian Wi-Fi yang sama. Anda boleh menikmati semua kandungan daripada aplikasi atau permainan mudah alih kegemaran anda pada komputer riba anda dengan ciri pencerminan skrin untuk hiburan masa rehat, yang memberikan anda paparan yang lebih besar dan lebih mengasyikkan. 

Kehidupan anda juga menjadi kurang rumit apabila anda perlu berkongsi kandungan kolaboratif berkat ciri drag & drop yang membolehkan anda memindahkan sehingga 100 fail yang ada pada telefon anda dan membukanya pada komputer riba dengan lancar, begitu juga sebaliknya - memberikan anda fleksibiliti untuk menggunakan peranti peribadi anda untuk menyelaraskan tugas harian, daripada menyusahkan diri dengan membawa peranti yang berat tambahan ke merata-rata tempat. 

Semasa anda sedang melakukan coretan pada telefon anda, dan anda memutuskan yang anda memerlukan tetikus untuk ketepatan yang lebih baik, anda boleh membuka lukisan pada komputer riba anda dengan mudah dan sambung melukis. Lebih-lebih lagi, jangka hayat tidak akan menjadi masalah kerana ketiga-tiga peranti Galaxy A terbaharu ini padat dengan hayat bateri 5,000mAh 1 yang boleh bertahan sehingga dua hari. Jika anda kehabisan kuasa, peranti ini menyokong pengecasan pantas sehingga 25W yang membolehkan peranti anda dicas semula dalam masa yang singkat – memastikan anda tidak ketinggalan dengan tugasan harian anda. 

Lebih baik lagi, Galaxy A33 5G dan Galaxy A53 5G padat dengan pemproses Exynos 1280 5nm manakala Galaxy A73 5G dikuasakan oleh Snapdragon 778, serta sebanyak 8GB RAM untuk semua peranti – membolehkan anda meningkatkan produktiviti dengan penggunaan bateri yang minimum walaupun apabila anda menjalankan tugasan selari dengan tugasan lain.

Jadi tunggu apa lagi? Semak harga runcit yang disyorkan dan hadiah eksklusif untuk Galaxy A33 5G, Galaxy A53 5G dan A73 5G di bawah :

Models

Pre-order dates

RRP

Colour

Exclusive Gifts[6]

Galaxy A33 5G

In-store &

E-store:

21 March 2022 – 13 April 2022

RM1,499

Awesome Black, Awesome White, Awesome Peach, Awesome Blue

• 1x Galaxy Fit2, worth RM179

Galaxy A53 5G

In-store &

E-store:

21 March 2022 – 31 March 2022

RM1,849

Awesome Black, Awesome White, Awesome Peach, Awesome Blue

• 1 x Galaxy Buds Live, worth RM549

Galaxy A73 5G

In-store:

21 March 2022 – 13 April 2022

 

E-store:

30 March 2022 – 13 April 2022

RM2,099

Awesome Gray, Awesome White, Awesome Mint

• 1 x Galaxy Buds Live, worth RM549

 


Pra-pesanan siri Galaxy A boleh didapati di Samsung Experience Stores, Samsung Authorized Partners dan Samsung Malaysia Online Store. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang tawaran pra-pesanan dan untuk membuat pesanan awal untuk peranti Galaxy A33 5G dan Galaxy A53 5G, sila layari: https://www.samsung.com/my/offer/mobile/galaxy-a-series-preorder-2022/. Anda boleh pra-pesan peranti Galaxy A73 5G di kedai bermula dari 21 Mac 2022, dan 30 Mac 2022 untuk pra-pesanan atas talian.

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !