PELAJAR BOLEH MENAKLUKI HARI MEREKA DENGAN SIRI SAMSUNG GALAXY A BAHARU

PELAJAR BOLEH MENAKLUKI HARI MEREKA DENGAN SIRI SAMSUNG GALAXY A BAHARU

Ruby
0
PELAJAR BOLEH MENAKLUKI HARI MEREKA DENGAN SIRI SAMSUNG GALAXY A BAHARU | Assalammualaikum semua! Sesuatu yang istimewa untuk anda sebagai seorang pelajar. Peranti telefon pintar sememangnya wajib dimiliki. Fungsi untuk kekal berhubung dengan keluarga diperluaskan dengan kemudahan hebat yang lain. 

Ini khas buat semua pelajar yang sukar untuk membahagikan masa untuk mengejar tarikh penghantaran tugasan di samping menjalani kehidupan sosial yang sibuk. Dengan 24 jam sehari dan senarai tugasan yang tiada henti, alangkah baiknya jika anda mempunyai pembantu peribadi anda sendiri untuk menguruskan hari dan menjadi penyelamat anda. 


Nah, Samsung baru sahaja mengeluarkan barisan siri Galaxy A terkini; Galaxy A33 5G, Galaxy A53 5G dan Galaxy A73 5G yang disertakan dengan ciri pembantu suara AI, Bixby Routines.
Dari saat anda bangun pagi sehingga bersiap untuk tidur pada waktu malam, Bixby Routines menawarkan banyak kemudahan dengan menjangka keperluan anda menggunakan prinsip IFTTT (If This, Then That). 

Selain daripada memberi arahan, ia boleh membantu mengautomasikan aktiviti harian anda – ini amat berguna untuk mereka yang mempunyai jadual yang sarat dengan aktiviti harian. Anda tidak perlu risau jika anda akan tertidur semasa mengulang kaji di tengah malam kerana anda boleh melaraskan waktu tamat masa skrin untuk aplikasi tertentu – Bixby Routines akan mengaktifkan rangkaian kawalan untuk memastikan telefon anda menggunakan kuasa yang kurang dan menutup mana-mana aplikasi yang masih aktif. 

BIXBY ROUTINES

Selain itu, Bixby Routines juga boleh mengaktifkan Eye Comfort Shield secara automatik apabila anda membuka aplikasi membaca, membolehkan anda belajar berjam-jam tanpa membebankan mata anda, terutamanya pada waktu malam atau dalam tetapan cahaya malap.
Melakukan berbilang tugas dalam masa yang serentak juga dipermudahkan- – asalkan anda berada di dalam rumah, anda boleh mendapatkan Bixby membaca notifikasi anda dengan kuat, dan anda boleh menjawab panggilan atau melancarkan aplikasi ketika anda menyediakan makan tengahari.

Anda juga dapat menjimatkan masa kerana anda tidak perlu menyambungkan peranti anda ke Wi-Fi secara manual setiap kali anda melawat tempat belajar anda. Sebaliknya, anda boleh menetapkan supaya Wi-Fi dihidupkan secara automatik setiap kali anda berada di lokasi yang telah ditetapkan, dan mematikan Wi-Fi secara automatik sebaik sahaja anda meninggalkan lokasi tersebut. 

Mendengar lagu kegemaran anda semasa dalam perjalanan juga menjadi lebih mudah – Bixby Routines boleh membuka aplikasi muzik anda secara automatik sebaik sahaja ia mengesan bahawa anda telah menghidupkan Galaxy Buds anda.

Lebih-lebih lagi, ia juga menawarkan kadar segar semula 90Hz bagi skrin Galaxy A33 5G dan Galaxy A53 5G (120Hz bagi Galaxy A73 5G) dan hayat bateri 5,000mAh untuk ketiga-tiga peranti yang boleh bertahan sehingga dua hari, dan juga menyokong sehingga 25W pengecasan pantas yang membolehkan bateri anda kembali ke kuasa penuh dengan cepat. 

Ini membolehkan anda menjalankan berbilang aplikasi dengan lancar tanpa risau tentang peranti anda akan mati semasa melakukan tugasan penting. Tambahan pula, Galaxy A33 5G dan Galaxy A53 5G padat dengan pemproses Exynos 1280 5nm manakala Galaxy A73 5G dikuasakan oleh Snapdragon 778 – direka untuk meningkatkan produktiviti pengguna sambil meneroka kemungkinan untuk mengejar minat mereka tanpa had. 

Jadi tunggu apa lagi? Semak harga runcit yang disyorkan dan hadiah eksklusif untuk Galaxy A33 5G, Galaxy A53 5G dan A73 5G di bawah:

Model: Galaxy A33 5G
Tarikh Pra-pesanan: 
Di kedai & Atas talian: 21 Mac 2022 – 13 April 2022
RRP: RM1,499
Warna: Awesome Black, Awesome White, Awesome Peach, Awesome Blue
Hadiah Eksklusif: 1x Galaxy Fit2, bernilai RM179

Model: Galaxy A53 5G
Tarikh Pra-pesanan: 
Di kedai & Atas talian:21 Mac 2022 – 31 Mac 2022
RRP: RM1,849
Warna: Awesome Black, Awesome White, Awesome Peach, Awesome Blue
Hadiah Eksklusif: 1 x Galaxy Buds Live, bernilai RM549

Model: Galaxy A73 5G
Tarikh Pra-pesanan: 
Di Kedai: 21 Mac 2022 – 13 April 2022
Atas Talian: 30 Mac 2022 – 13 April 2022
RRP: RM2,099
Warna: Awesome Gray, Awesome White, Awesome Mint
Hadiah Eksklusif: 1 x Galaxy Buds Live, bernilai RM549

Pra-pesanan siri Galaxy A boleh didapati di Samsung Experience Stores, Samsung Authorized Partners dan Samsung Malaysia Online Store. 

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang tawaran pra-pesanan dan untuk membuat pesanan awal untuk peranti Galaxy A33 5G dan Galaxy A53 5G, sila layari: https://www.samsung.com/my/offer/mobile/galaxy-a-series-preorder-2022/. Anda boleh pra-pesan peranti Galaxy A73 5G di kedai bermula dari 21 Mac 2022, dan 30 Mac 2022 untuk pra-pesanan atas talian. 

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !