KONVENSYEN ISLAMIK DIGITAL 2022 (KID 2.0) SEMARAKKAN RAMADAN

KONVENSYEN ISLAMIK DIGITAL 2022 (KID 2.0) SEMARAKKAN RAMADAN

Ruby
0
KONVENSYEN ISLAMIK DIGITAL 2022 (KID 2.0) SEMARAKKAN RAMADAN | Assalammualaikum semua! Penantian kita untuk mengalukan tetamu kita iaitu Ramadan pastinya penuh dengan pelbagai agenda. Ibarat melatih anak-anak berpuasa. Pada bulan Rejab kita sudah berpuasa sunat dan melakukannya bersama seisi keluarga. 

Kini, Ramadan lagi beberapa hari. Pengisian sepanjang 30 hari sudah menjadi ketetapan bahawa perbanyakkan amal ibadah dan kurang melakukan aktiviti berat. Memandangkan cuaca di Malaysia yang mula panas. Ruby cuba sedaya upaya berada di rumah bersama keluarga. Tambahan anak-anak baru nak berpuasa penuh pada tahun ini. 


Pengalaman berpuasa dan bersekolah juga pernah dilalui. Jadi, menghantar, mengambil anak balik sekolah juga memerlukan kesabaran yang tinggi. Cuaca panas, trafik jem dan lain-lain. Latihan puasa untuk anak-anak sebenarnya memberi ibu bapa peluang untuk belajar bersama. Setuju?

KONVENSYEN ISLAMIK DIGITAL 2022


Secara jujurnya, Ruby baru mengetahui tentang Konvensyen Islamik Digital 2022 (KID 2.0). Ia adalah tahun kedua penganjurannya. Ia adalah program anjuran Islah Movement bertujuan untuk memantapkan ekonomi umat Islam di negara ini. Program ini diketuai Pengarah Urusan Utama Akademi Tahfiz Al Islah merangkap Ketua Mudir i-Huffaz, Ustaz Saiful Islam Mohd Naser. Beliau juga adalah pengasas bersama Pertubuhan Sayang Al Quran. Pengerusi KID 2.0 adalah Imam Muda Nazrul (Nazrul Izwan Zolkiflee) iaitu Duta dan Ikon Islah Movement.


Ustaz Saiful Islam berkata, rentetan kejayaan KID 1.0 yang diadakan pada 2021, ia mendapat sambutan yang amat baik daripada penggiat seni dan NGO (Pertubuhan Bukan Kerajaan). 

“Pihak kami antara yang terawal menjadi perintis dalam hibrid digital. Sahabat kami yang lain pun telah menurut jejak langkah mengadakan program berkonsep sama kerana negara sedang berada dalam fasa peralihan endemik. Kami telah mula menyusun pelbagai program termasuklah penganjuran KID 2.0 ini. Kami juga baru selesai mengadakan Rehlah Tour Malaysia di Selangor dan Putrajaya.

“InsyaAllah kami akan meneruskan program KID ini sebanyak lima siri lagi dan penganjuran Rehlah Tour Malaysia di tiga destinasi lagi termasuk di Melaka dan Johor. Berikutan kejayaan KID 1.0, ramai pendakwah mula terbabit secara konsisten dalam konvensyen ini,” katanya. 

Ujar beliau, bagi mengimarahkan aktiviti dan memeriahkan sambutan Ramadan tahun ini, sekali lagi Konvensyen Islamik Digital menjadi platform pengisian program Islamik yang penuh dakwah, bertemakan “Ambang Cinta Ramadan”

Ia dibuat secara atas talian bermula 31 Mac 2022 dengan pelbagai program yang diisi oleh ikon dan penceramah terpilih, seperti Imam Muda Nazrul, Dr Anuar Hasin (Qari Juara Tilawah Kebangsaan 2013), PU Yeop (Mohd Zainudin Mohamed Zaini), Acap Fine, Kumpulan Hijjaz, Kumpulan In-Team, Kumpulan Rabbani, Ustaz Haslin Bhaarim, Ustaz Abdullah Khairi dan ramai lagi.

PROGRAM KID 2.0: 31 MAC 2022

PROGRAM KID 2.0: 1 APRIL 2022


PROGRAM KID 2.0: 2 APRIL 2022



PERADUAN KID 2.0


MEGA PROGRAM KID 2.0


  • Rehlah Tour Selangor | Masjid Mustaqim Ampang | 19 Mac
  • KID2.0 Ambang Cinta Ramadan | Masjid Wilayah Persekutuan | 31 Mac & 1 April 2022
  • Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan | Masjid Wilayah Persekutuan | 2 April 2022
  • Haflah Quran & Nuzul Quran | Dewan Nasyrul Al Quran | 19 April 2022
  • Malam Agung 1000 Bulan | Masjid Shah Alam | 29 April 2022

“Pengisian program itu diharap dapat memberi manfaat kepada seluruh umat Islam di Malaysia. Mereka boleh mengikutinya secara atas talian setiap hari bermula 1 Ramadan (3 April) sehingga ke kemuncak Malam Agung 1000 Bulan iaitu malam 27 Ramadan ( 29 April) di https://www.facebook.com/IslamicDigitalConvention/

“Program “Mega Tadarus Digital” pertama kali diadakan pada KID 2.0 dengan Kerjasama Think Osem Sdn Bhd. Serentak dengan itu Think Osem Sdn Bhd turut melancarkan program pengumpulan dana melalui penjualan produk digital mereka iaitu CRYPTOKHAT bagi kos pembinaan Quran Learning Apps yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

“Kebersamaan dalam misi digitalisasi Quran ini disambut baik oleh Islah Movement bagi mencapai misi yang sama iaitu kesepaduan ummah dengan pemahaman Bahasa Al Quran,” katanya.

PROJEK INFAQ QURAN QASEH BORNEO 


Tambah Ustaz Saiful Islam, melalui gabungan Islah Movement dan Think Osem Sdn Bhd ini juga, mereka sepakat menganjurkan Projek Infaq Quran Qaseh Borneo dengan sasaran untuk 100,000 naskhah al- Quran untuk diedarkan di Sabah dan Sarawak. 


Projek ini juga meletakkan guru pengajian untuk membantu komuniti Islam di Sabah dan Sarawak untuk melancarkan pembacaan al- Quran mereka.

ISLAH GLOBAL FOUNDATION MEMBANTU START-UP MELAYU ISLAM


Selain itu, Rehlah Tour Malaysia, Jelajah Seminar Makhraj dan Sifat Huruf turut dilancarkan dalam usaha untuk membina pusat My Quran di setiap masjid dan surau untuk memudahkan masyarakat setempat hadir mempelajari al- Quran. 

Malah, melalui kedua-dua program ini dapat membantu lebih ramai usahawan usahawan muslim yang mengikuti jelajah di seluruh negara.

Sementara itu jelasnya, kerjasama Islah Movement Bersama DMAZ iaitu produk jenama herba yang terunggul di Malaysia melalui jenama Tabib Muda adalah usaha menjaga kesihatan dan kemaslahatan masyarakat Islam. 

“Ini adalah usaha Islah Movement untuk membantu ekonomi muslim dengan menjadi pengedar eksklusif di luar negara demi melebarkan rangkaian Islah Movement di negara luar.

“Islah Movement dengan ini juga mengumumkan penubuhan yayasan iaitu Islah Global Foundation. Semoga dengan penubuhan yayasan ini, usaha membina rangkaian Islah Movement di luar negara dapat dicapai,” katanya.

Beliau menambah, selepas Ramadan ini yayasan tersebut akan menawarkan satu projek dibawah saudagar muslim bertujuan memberikan sumber modal kewangan kepada mana-mana syarikat ‘start-up’ Melayu Islam.

“Mereka diminta mengusulkan projek yang berpotensi dan penilaian akan dilakukan menerusi proses ‘pitching’ dengan ahli penasihat, pemikir Islah Movement dan yayasan untuk menentukan siapa yang layak untuk mendapatkan geran, dana dan suntikan modal daripada Islah Movement,” katanya. 

PROJEK CYBER HUFFAZ BAKAL MENERBITKAN FILEM ISLAMIK


Beliau menambah, Projek Cyber Huffaz pula adalah satu cadangan untuk penerbitan filem di bawah syarikat produksi NFH STUDIO production oleh Kamarul Ariffin dengan kerjasama Islah Movement. 

Ini adalah antara usaha yang dilakukan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa dunia pendidikan al-Quran sedang mengikut arus zaman digital.

“Semoga dengan ini, usaha yang dilakukan Islah Movement mendapat sokongan, kerjasama dan kesepaduan daripada masyarakat dan komuniti Islam di dalam negara mahu pun di luar negara,” katanya.

MENGENAI AL ISLAH MOVEMENT (ALIM) 


Al Islah Movement (ALIM) adalah satu kumpulan pergerakan hasil gabungan daripada konsultan program, perniagaan sosioekonomi atau social enterprise dan NGO Sayang Al-Quran. Kami bergerak aktif dalam aktiviti kemanusiaan, kebajikan dan kemasyarakatan. Pada masa sama, pihak ALIM bertindak sebagai pembimbing dalam kebajikan. 

Kekuatan jaringan ini telah berjaya menggabungkan setiap sudut yang membabitkan peranan sesuatu konsultan seperti Pertubuhan Sayang Al-Quran, Rentas Kuasa Sdn Bhd, Khalifah Islamic Digital, Tabib Muda Di bawah Al Khaiyr Health Center, Saudagar Muslim, Mantap Syeikh, Akademi Tahfeez Al-Islah dan I-Huffaz. Semua pertubuhan itu adalah cetusan idea Ustaz Saiful Islam Mohamad Naser.

Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !