CIPTA MEMORI BERSAMA ANAK-ANAK DENGAN GALAXY TAB A8

CIPTA MEMORI BERSAMA ANAK-ANAK DENGAN GALAXY TAB A8

Ruby
1
CIPTA MEMORI BERSAMA ANAK-ANAK DENGAN GALAXY TAB A8 | Assalammualaikum semua. Ruby teruja sangat nak berkongsi cerita berkenaan Galaxy Tab A8 ni. Samsung memang tidak akan mengecewakan Ruby. Sebab setiap peranti mereka cipta, mesti untuk kegunaan kita, kegunaan kerjaya, kegunaan bersama anak-anak dan paling penting adalah kita happy berkongsi bersama menggunakannya.

Anak-anak kalau nampak Ruby buka Tab A8 tanpa papan kekunci, mereka akan tanya. "Ibu nak tengok movie ke? Boleh kami join?". Kalau anak-anak join. Maka, kena buka cerita kartun atau fiksyen adventure. Baru seronok tengok tak bergerak kemana-mana. Hahaha.


CIPTA MEMORI BERSAMA ANAK-ANAK DENGAN GALAXY TAB A8


Jika artikel sebelum ini Ruby sudah menerangkan tentang fungsi dan apa yang ditawarkan oleh Samsung Galaxy Tab A8. Kali ini, Ruby ingin berkongsi dengan anda tentang gaya hidup Ruby bersama peranti ini. 

Kebiasaannya Ruby sibuk dengan urusan anak-anak dan kerja, Dengan adanya Samsung Galaxy Tab A8 ini kerja harian menjadi mudah. Kadang-kadang ada perkara perlu respon dengan kadar segera. Samsung Galaxy Tab A8 ini memberi kepuasan dari segi mobiliti kepada Ruby. 

Apabila  Ruby bersama anak-anak di luar rumah atau bercuti, rancangan televisyen yang biasa sekarang menjadi hambar. Jadi, Samsung Galaxy Tab A8 ini lah tempat melihat rancangan "online" seperti Durioo+ dan Netflix. Mudah sebab ada Wi-Fi hotel. Tidak perlu menggunakan data internet dari postpaid atau prepaid Telco. Ruby pun telah menetapkan waktu menonton anak-anak hanya 3 jam sahaja. Kalau lama-lama, macam mana Ruby nak bekerja pula. Hahaha.

Anak - anak suka menonton di Samsung Galaxy Tab A8 ini kerana mempunyai skrin yang besar di samping mempunyai "quad speaker dolby atmos"yang memberi kepuasan suara seperti di dalam Cinema. Dengan keadaan luar yang tidak menentu, ini adalah salah satu cara Ruby menciptakan memori indah bersama anak - anak bersama Galaxy Tab A8. Anda pula bagaimana?



Ini adalah workstation Ruby menjadi hero sekarang. Ruby tidak perlu buka komputer untuk menyiapkan tugasan. Samsung Galaxy Tab A8 memang sangat selesa. Dengan skrin besar, ringan dan kompak memberikan satu kepuasan untuk mengedit, menonton dan paling penting senang buat kerja di mana - mana.

Ruby suka apabila Galaxy Tab A8 boleh digunakan seperti komputer kecil. Ini kerana, ianya nampak lebih elegan dan professional. Di antara aplikasi Ruby kerap guna adalah Google Workspace, Google Drive, SmartThings, Samsung Notes, Bixby dan Google Meet, Blogger dan Whatsapp Web.  

Setelah hampir sebulan menggunakan Galaxy Tab A8, berani Ruby katakan ia adalah peranti untuk kita semua. Tidak kira anda profession apa, berlatar belakang sebagai apa, mempunyai anak atau tidak, muda atau tua, dan semua itu sebahagian perjalanan kehidupan kita. Been there done that!.

Ruby ingin kongsi sedikit info mengenai Samsung Galaxy Tab A8 yang menjadi kegemaran Ruby sekarang.
  • Skrin
    • 10.5" WUXGA TFT ( Resolusi 1920x1200) 
  • Chip pemprosesan
    • UniSOC T618 - Octacore chipset
  • Memory
    • 3GB RAM dan 32GB ROM, boleh di tambah sehingga 1 TB
  • Kamera
    • Kamera belakang : 8MP AF
    • Video belakang : 1080P @ 30fps
    • Kamera hadapan : 5PM
    • Video hadapan : 1080P @ 30fps
  • Suara
    • 4 pembesar (Quad speaker Dolby Atmos)
  • Bateri
    • Li-Po 7040 mAh dan mempunyai cas laju sebanyak 15W
Bagi sesiapa yang tengah mencari tablet, Ruby amat mengesyorkan Samsung Galaxy Tab A8 ini kerana keseluruhannya amat menepati citarasa Ruby dan yang penting memudahkan kerja Ruby di mana - mana.


Semoga perkongsian ini bermanfaat. 

Catat Ulasan

1Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !