BUKA KOTAK SAMSUNG GALAXY TAB A8 WI-FI

BUKA KOTAK SAMSUNG GALAXY TAB A8 WI-FI

Ruby
1

BUKA KOTAK SAMSUNG GALAXY TAB A8 WI-FI | Assalammualaikum semua! Galaxy Tab sentiasa menemani Ruby sejak kemunculan pertama kali pada tahun 2010. Kemudian peranti ini terus berevolusi dari segi fungsi, rekaan dan kini ia telah menjadi kegemaran semua. Galaxy Tab memudahkan Ruby untuk melakukan urusan kerja. Masih Ruby ingat lagi ketika zaman melakukan kerja pemasaran, hanya dengan membuka Galaxy Tab sahaja sudah memadai. 

Pembentangan dan penerangan mudah dilaksanakan. Paparan lebih luas dan jelas. Apabila selesai memberi pembentangan, perasaan puas terbit. Alhamdulillah "Two done, One to go!". Sejujurnya, Samsung Galaxy Tab telah menemani Ruby sepanjang 11 tahun kemunculannya. Ruby juga telah menyediakan Tab untuk anak Ruby semasa PdPR berlangsung sepanjang negara dilanda COVID-19. 

Dengan Galaxy Tab, Ruby boleh mengawal apa yang anak sedang lakukan. Mereka masih kecil dan perlu pemanatauan agar teknologi yang disediakan oleh Samsung ini bermanfaat kepada ummah. Ruby teruja nak bagi tahu Galaxy Tab terkini yang kami miliki iaitu Galaxy Tab A8. Galaxy Tab A8 (Wi-Fi 3+32GB) ini boleh didapati pada harga RM999. Berbaloi kan?


BUKA KOTAK SAMSUNG GALAXY TAB A8 WI-FI

BUKA KOTAK SAMSUNG GALAXY TAB A8 WI-FI

Kenapa Ruby cakap ia berbaloi? Ini adalah Siri Galaxy Tab dijual pada harga mampu milik dengan paparan skrin besar! Malah fungsi-fungsi yang tersedia juga tidak masuk akal. Kelajuan CPU adalah 2GHz dan menggunakan pemprosesan Octa-Core. Pemproses Octa-Core terdiri daripada lapan teras pemproses yang menggerakkan peranti Galaxy. 

Pemproses membolehkan peranti Galaxy menjalankan tugas yang lebih maju seperti mengendalikan tontonan video beresolusi tinggi dan permainan yang mempunyai grafik berat tanpa menghabiskan bateri, menjadikan peranti mampu dan cekap. Pemproses Octa-Core juga memberikan masa muat peranti Galaxy lebih cepat. 

Maka, anda tidak akan alami masa loading terlalu lama. CPU dan GPU peranti telah ditingkatkan sebanyak 10% untuk menyampaikan prestasi yang lebih pantas dan lancar tanpa ketinggalan atau mengecewakan.

Apabila buka kotak Samsung Galaxy Tab A8, anda dapat:

  • 1 unit peranti Galaxy Tab A8
  • Kabel USB (Putih)
  • Adapter Power USB (Putih)
  • Ejection pin untuk masuk microSD
  • Quick Start Guide
Samsung menyediakan kotak setiap peranti dengan lebih mesra alam. Anda boleh bantu dengan kitar semula kotak-kotak ini. Dari inisiatif ini, secara tidak langsung kita juga sebahagian dari Galaxy for the Planet. Samsung telah menetapkan sasaran awal menjelang 2025 untuk mengurangkan jejak alam sekitar dan mengurangkan kehabisan sumber daripada pengeluaran kepada pelupusan produk Galaxynya. 

Mungkin pada masa akan datang, kita beli peranti Galaxy tanpa kotak tetapi dengan plastik yang boleh terurai atau dilupuskan dalam masa 1 minggu. Hehehe. Samsung kan cepat kalau bab teknologi ni. Ruby yakin mereka boleh!

SKRIN BERSAIZ 10.5 INCI

Saiz skrin paparan utama adalah 10.5" iaitu sekitar 266.9mm. Manakala resolusi 1920 x 1200 (WUXGA).  Teknologi yang digunakan adalah TFT dan kedalaman warna 16M. Apabila sudah melihat skrin, pasti anda ingin mengetahun tentant fungsi kamera. Resolusi kamera utama adalah 8.0 MP dan mempunyai fungsi Auto Fokus. Manakala kamera hadapan untuk selfie beresolusi 5.0 MP. Resolusi Rakaman Video adalah FHD (1920 x 1080)@30fps. Not bad kan?

BATERI 7,040 mAh

Bateri bateri bateri, ini adalah bahagian paling penting. Sebab dengan kapasiti bateri, kita boleh plan berapa lama peranti boleh menemani kita. Pada kebiasaannya, kita akan mengecas Galaxy Tab pada waktu malam sebelum tidur. Jadi, pada awal pagi terus masuk peranti ke dalam bag. Mudah kan? Namun, jika peranti hanya bertahan selama separuh hari. Ia agak mencabar untuk mencari tempat untuk cas ketika ada kerja luar. 

Dengan Galaxy Tab A8 anda tidak perlu bimbang 7,040 mAh tu boleh menemani anda sepanjang hari. Cuma, dari pengalaman Ruby. Jika anda menggunakan tanpa henti seperti anak-anak menonton video atau anda menonton video senaman, bateri akan berkurangan kepada separuh hari. Masih sempat untuk anda mengecas pada bila-bila masa. Gunakan pengecasan pantas 15W. Mudah kan?

QUAD SPEAKER DOLBY ATMOS 

Kualiti pembesar suara adalah paling Ruby gemari, sebab ia menggunakan Quad Speaker Dolby Atmos. Memberi anda kepuasan menonton atau bermain game. Ia juga memberi bunyi yang selesa kepada halwa telinga. Tidak nyaring dan mengakibatkan pembesar suara bunyi bising. Kebanyakan peranti Galaxy mempunyai Dolby Atmos, memang best!

STORAN 3GB RAM DAN 32GB, BOLEH TAMBAH 1TB DENGAN MICROSD

Kapasiti memori memberi kita lebih ruang untuk menyimpan data maklumat. Melakukan lebih banyak tugasan tanpa perlu risau jika storan tidak mencukupi. Galaxy Tab A8 tersedia pada 3GB RAM dan 32HB storan dalaman. Jika anda memerlukan ruang storan, anda boleh tambah sehingga 1TB storan microSD. Lebih banyak ruang untuk anda berkarya!

KEKAL DILINDUNGI DENGAN SAMSUNG KNOX

Samsung Knox ialah gabungan asas keselamatan yang terbukti terbina dalam peranti Samsung, dan penyelesaian kepada banyak perniagaan yang memanfaatkan platform ini, Secured by Knox. Sejak mula diperkenalkan pada 2013, Knox telah melindungi lebih 1 bilion peranti Samsung dan digunakan untuk mengurus lebih 50 juta peranti setiap hari. Dipercayai di seluruh dunia, Knox telah membantu lebih 20,000 perniagaan di seluruh dunia mencapai matlamat mereka.

Platform keselamatan Knox terbina dalam peranti Samsung, melindunginya dari saat anda membuka kotak peranti Galaxy dan menghidupkannya. Peranti anda Secured by Knox, dengan ciri keselamatan perkakasan dan perisian berbilang lapisan yang sentiasa didayakan. Platform Knox mengandungi mekanisme pertahanan dan keselamatan bertindih yang melindungi data anda daripada sebarang pencerobohan, malware dan ancaman berniat jahat.

Platform keselamatan Knox juga merupakan asas untuk pelbagai penyelesaian dan perkhidmatan, termasuk aplikasi peribadi Samsung dan penyelesaian perniagaan Knox.

PELAN PERLINDUNGAN SAMSUNG CARE+ 

Pelan perlindungan Samsung Care+ setahun bernilai RM110, jadi anda tidak perlu bimbang apabila kemalangan berlaku pada peranti. Nikmati ketenangan fikiran dengan Samsung Care+, pelan penjagaan mudah alih yang luas untuk peranti Galaxy baharu anda. Anda akan kekal tanpa bimbang melebihi jaminan standard, dengan perlindungan lengkap untuk semua kerosakan dan kerosakan yang tidak disengajakan sehingga 2 tahun. Walau apa pun yang berlaku, pakar Galaxy akan berusaha untuk membantu anda.

Diantara servis perlindungan Samsung Care+ adalah:

1. Baik Pulih Peranti - Pembaikan untuk kerosakan yang tidak disengajakan

2. Kerosakan Melibatkan Air - Dapatkan perkhidmatan pembaikan tanpa kerumitan untuk kerosakan tidak sengaja yang disebabkan oleh air atau cecair lain.

3. Waranti Lanjutan - Pembaikan untuk masalah mekanikal dan elektrik pada tahun kedua.

4. Penggantian peranti - Menggantikan peranti anda apabila ia tidak boleh dibaiki.

5. Sokongan perkhidmatan di depan pintu anda - Pengambilan dan penghantaran percuma. Kami mengambil peranti anda yang rosak untuk membaiki dan menghantar semula kepada anda dalam keadaan pudina secara percuma

Untuk maklumat lanjut tentang Galaxy Tab A8, lawati: https://www.samsung.com/my/tablets/galaxy-tab-a/galaxy-tab-a8-wifi-pink-gold-32gb-sm-x200nidaxme/

Untuk maklumat lanjut tentang promosi, lawati: https://www.samsung.com/my/offer/mobile/galaxy-tab-a8-launch/

Catat Ulasan

1Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !