10 SEBAB KENAPA KASUT SEKOLAH PALLAS JAZZ MENJADI PILIHAN KAMI

10 SEBAB KENAPA KASUT SEKOLAH PALLAS JAZZ MENJADI PILIHAN KAMI

Ruby
2
10 SEBAB KENAPA KASUT SEKOLAH PALLAS JAZZ MENJADI PILIHAN KAMI | Assalammualaikum semua! Bagaimana dengan sesi persekolahan anak-anak semua? Pastinya dua tahun ini agak mencabar dan penuh dengan debaran. Sama ada pembelajaran bersemuka atau secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), kita sebagai ibu bapa dan anak-anak sebagai pelajar wajib bersedia.

Bersedia membuat tugasan dengan mengikut garis masa yang disediakan oleh guru-guru. Persediaan mental dan fizikal adalah memainkan peranan besar kepada kita semua. Semoga dipermudahkan urusan dan kita terus bersemangat. Demi melahirkan pelajar cemerlang.

10 SEBAB KENAPA KASUT SEKOLAH PALLAS JAZZ MENJADI PILIHAN KAMI

Ruby sebagai ibu dan pengguna kasut jenama Pallas Jazz sentiasa ingin memberi yang terbaik kepada keluarga. Dari pengalaman bersama Pallas Jazz, ia adalah satu kepuasan apabila jenama yang sentiasa bersama ketika zaman menimba ilmu di bangku sekolah kekal relevan berdiri teguh sehingga ke hari ini.


Jika kita mengenang kembali mengenai kasut sekolah pada zaman kita bersekolah. Banyak perkara kita lakukan bersama kasut sekolah. Betul tak? 

Masa zaman sekolah Ruby dulu, kasut sekolah adalah kasut untuk semuanya. Dari penggunaan berjalan kaki dari rumah ke sekolah, dari stesen bas ke rumah, hadir aktiviti ko-kurikulum, masuk pertandingan hoki untuk wakil sekolah dan persediaan pertandingan Hari Sukan Sekolah sehingga ke hari pertandingan. Semua Ruby lakukan dengan kasut sekolah. 

Ketika zaman itu, kasut sekolah berwarna putih. Apabila musim hujan. Nahhhhhhh basah lencun siap kena lumpur. Balik rumah, basuh kasut sekolah dan letak depan kipas. Keesokannya harinya dah kering. 

Sebab itulah sangat penting pemilihan material kasut sekolah ni. Selain dapat memberi kita terus melangkah, kita juga berasa bertenaga nak buat semua perkara. Aktif di sekolah adalah pengalaman terindah. Kita boleh teroka pelbagai bidang. 

Kini, giliran anak-anak Ruby pula. Ruby akan berikan yang terbaij disamping mereka juga akan belajar berdikari. Walaupun sekarang kasut sekolah berwarna hitam. Maka, langkah anak-anak maju kehadapan adalah lebih jauh dari ibu. Hehehe. 

Jenama ini menyediakan tanda aras ciri keselesaan kasut sekolah Pallas iaitu Arch Support, Ventilations (Fast Dry), Rebounce Insole, Lightweight (X-light), Easy Clean, Thicker Foam, Rubber Insole, Rubber Outsole. 9 ciri ini banyak memberi sokongan kepada keselesaan kaki anak-anak. Namun, Ruby juga mempunyai sebab kenapa sentiasa mengesyorkan kasut sekolah Pallas Jazz.

1. JENAMA DIKENALI SEJAK 1979


Pada tahun 2021, genap 42 tahun Pallas di Malaysia! Sejarahnya, Southern Rubber Works (SRW) mula ditubuhkan pada tahun 1959. Kemudian pada tahun 1979, Pallas diperkenalkan sebagai jenama kasut syarikat ini.

2. ARCH SUPPORT INSOLE


Masyarakat pada masa ini masih lagi kekurangan ilmu penjagaan diri. Bahagian tubuh badan yang penting adalah kaki. Kaki akan melangkah walau kemana sahaja kita inginkan. 

Tahukah anda bagaimana permukaan kaki anda? Apakah sokongan yang diperlukan untuk membantu dan kesihatan kaki terjaga?

Ia semestinya kusyen insole khas yang dipanggil sebagai "Arch Support". Apabila anda mencadi kasut sekolah untuk anak-anal, pastikan anda memilih Pallas. Sebab dengan sokongan insole bergetah, ia melegakan ketegangan pada otot kaki.

3. X-TONE OUTSOLE


Pallas Jazz adalah satu-satunya kasut yang mempunyai teknologi X-TONE. X-TONE bertindak memberi perjalanan aktiviti harian anda lebih energetik. 

4. CEPAT KERING


Sama ada cuaca panas atau hujan. Kasut sekolah Pallas Jazz akan melindungi kaki anak-anak. Material yang cepat kering amat memudahkan memberi keselesaan yang optimum.

Malah, pada setiap minggu pembersihan juga menjimatkan masa kerana kesan kotoran senang dibersihkan. Kemudian kering secara penjemuran biasa selama separuh hari pada cuaca panas. 


5. PENGUDARAAN YANG BAGUS


Material yang menyejukkan kaki dengan sistem pengudaraan unik yang direka khas. Bahagian atas kasut dibuat dengan mesh digabungkan dengan PVC.

6. RINGAN X-LIGHT


Kusyen tumit 9mm memaksimumkan penyerapan hentakan dan menyuraikan tekanan pada tumit dengan cekap dalam masa yang lama. Superlight yang terbukti "X-Light". 


7. REKAAN TRENDY


Kasut sekolah Pallas Jazz sentiasa digelar kasut yang trendy. Jika sesiapa yang memakai kasut jenama Pallas, automatik bergaya! Mungkin sebab ciri-ciri istimewa dalamannya. Tanpa disedari memberi aura kepada si pemakai. Ada betul juga!

8. HARGA YANG BERPATUTAN


Pallas Jazz sudah tersedia dengan harga mampu milik. Namun, promosi Back To School sentiasa dinantikan! Bermula dari sekarang sehingga stok masih ada! Dapatkan promosi Back To School 2022.

BTS COMBO RM 35

BTS COMBO RM 79


BTS COMBO RM 99

BTS COMBO RM 119

9. PERADUAN DENGAN HADIAH LUMAYAN


7 langkah mudah untuk memenangi hadiah-hadiah lumayan. 

1.Beli sepasang kasut sekolah Pallas dan simpan Kod Bar Asal.
2. Dapatkan borang penyertaan dari Pallas Malaysia Facebook atau www.pallas.com.my
3. Salinan fotostat borang penyertaan juga diterima.
4.Tampalkan Kod Bar Asal di ruang yang disediakan.
5. Lengkapkan butiran peribadi dan jawab soalan dengan betul.
6.Lipat dan lekat borang mengikuti garisan panduan.
7.Kirim borang dan pastikan ia sampai di International Footwear (Penang) Sdn. Bhd. sebelum atau pada 28 Februari 2022. 

10. MUDAH DIBELI DARI KEDAI ATAU DARI DALAM TALIAN


Pallas sentiasa mengikuti perkembanga  semasa dengan memudahkan pelanggan. Promosi kembali ke sekolah adalah waktu yang dinantikan. Banyak promosi dengan harga berbaloi-baloi. Pallas Jazz boleh didapati secara terus di pusat membeli belah di seluruh Malaysia. Ingin lagi mudah? Anda boleh membeli secara dalam talian dari www.wow2wee.com atau www.pallas.com.my. 


TAHUN KEDUA ADAM BERSAMA PALLAS 


Anak sulong Ruby ni, mula menggunakan kasut sekolah Pallas sejak usia 5 tahun. Sekolah tadika pun mempunyai protokol pakaian yang mewajibkan pakai kasut sekolah. Kemudian meneruskan jenam Pallas di Prasekolah dan Tahun 1. 

Tahun 1 Adam pada 2021 agak mencabar kerana sesi pembelajaran masih berpandukan keputusan Kerajaan Malaysia. Kita sedang melawan COVID-19. Alhamdulillah pihak pentadbir Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Agama sentiasa mengemaskini maklumat kepada ibu bapa. 

Sesi persekolahan bersemuka secara penggiliran dan PdPR masih diteruskan. Anak-anak lebih bersemangat kembali ke sekolah. Setiap hari, setiap kali menyarungkan uniform dan kasut sekolah Pallas. Bagaikan kehidupan kembali normal. Alhamdulillah.


KASUT SEKOLAH PERTAMA ALIF DANIEL PALLAS SCHOOL SHOE JAZZ SINGLE VELCRO STRAP

Ruby ada berita gembira! Anak kedua dan bongsu Ruby iaitu Alif Daniel telah terpilih untuk memasuki Prasekolah! Alhamdulillah permohonan Ruby berjaya! Prasekolah ini khas untuk kanak-kanak berusia 6 tahun. 

Suasana Prasekolah sama seperti di Sekolah Kebangsaan dan sesi pembelajaran bersama guru sekolah yang bernaung di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Sama macan kita bersekola rendah dan menengah. 

Alif akan dapat menyesuaikan diri dengan suasana sekolah dan Ruby harap pada Tahun 1 nanti tidak gugup untuk bersemangat ke sekolah. 

Sepanjang 2 tahun kita duduk diam di rumah. Ruby tidak berkesemptan untuk hantar Alif ke tadika dan playschool. Semua belajar di rumah. Belajar ABC, 123, mengaji IQRA' dan solat hanya dari rumah. Semoga tahun 2022 nanti, sesi persekolahan lebih tersusun rapi walaupun COVID-19 masih ada dengan evolusi nama yang lain. 

Kita perlu sentiasa bersedia hidup dalam COVID-19. Didik diri kita dan anak kita dan semua orang untuk sentiasa mengamalkan SOP. 

Ruby pilih velcro strap untuk Alif, ini kali pertama dia mencuba pakai kasut sekolah Pallas dan stoking. Anak pertama Ruby si Adam gigih mengajar Alif bagaimana untuk pakai kasut sekolah kemas-kemas.

Dari membersihkan tapak kaki dari habuk. Kemudian pakai stoking dengan betul. Kemudian memakai kasut. Semuanya Adam bantu. Hehe. 

Semoga perkongsian in bermanfaat. Selamat Kembali Ke Sekolah Anak-Anak Semua!

"Love Your Feet, Go For Pallas"
Your Comfort Always is Our Priority

Ketahui Lebih Lanjut Ciri-Ciri Kasut Selesa

Beli Siri Kasut Selesa Pallas Jazz

Tags

Catat Ulasan

2Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Pallas memang dari dulu kannn kualitinya bagus. Sis sekolah [un pakai Pallas Jazz, sampai tampal plaster ko depan kasut hahahaha.. adik-adik pun sama beli anak dia Pallas..

    BalasPadam
  2. Jenama yang lejen ni. Nampak semakin menyerlah kembali apabila menambat hati parent dan anak-anak. Yang penting, mereka selesa pakai.

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !