RANGKAIAN SNP PREP CICARONIC MENGANDUNGI HYALURONIC ACID DAN CENTELLA ASIATICA YANG MAMPU MERAWAT KULIT SENSITIF

RANGKAIAN SNP PREP CICARONIC MENGANDUNGI HYALURONIC ACID DAN CENTELLA ASIATICA YANG MAMPU MERAWAT KULIT SENSITIF

Ruby
2
RANGKAIAN SNP PREP CICARONIC MENGANDUNGI HYALURONIC ACID DAN CENTELLA ASIATICA YANG MAMPU MERAWAT KULIT SENSITIF | Assalammualaikum semua! Kulit sihat bak selebriti Korea pastinya menjadi idaman kita semua. Lagi pula kita menyokong produk-produk dari negara Asia. Kita berbangga dengan perkembangan dunia teknologi kecantikan dari negara Korea yang saban tahun tampil dengan sesuatu yang baharu.

Pasti matlamat produk-produk ini ingin membantu menyelesaikan pelbagai masalah kulit di dunia. Tambahan pula sekarang zaman kita perlu memakai pelitup muka seharian. Formulasi untuk penjagaan kulit maskne juga diperlukan. 


RANGKAIAN SNP PREP CICARONIC MENGANDUNGI HYALURONIC ACID DAN CENTELLA ASIATICA YANG MAMPU MERAWAT KULIT SENSITIF


Kulit Ruby mula menjadi sensitif selepas kerap memakai face mask. Ruby sangat jarang memakai mekap sejak dari itu. Sebab ia akan memberi iritasi yang berpanjangan kepada kulit di bahagian pipi, hidung dan dagu. 

Sekarang, rutin memakai pelitup muka Ruby adalah dari 4 jam ke 2 jam pemakaian. Ruby akan tukar pelitup muka selepas makan. Malah Ruby bertukar dari pelitup muka 3 lapisan kepada KF94 yang 4 lapisan pula. 

Kulit semakin merengsa dan jerawat kecil mula tumbuh. Pedih sangat. Apabila ruby usik, ia menjadi kemerahan. Alamak! Risau kulit berjerawat dan berparut. 

Ruby mula mencari produk dan membaca isi kandungan. SNP prep? Apa tu? Siap ada 3 jenis. Menarik! SNP Prep mempunyai 3 siri penjagaan kulit wajah iaitu PEPTARONIC, CICARONIC dan VITARONIC


Ketiga-tiga siri ini telah membantu ramai orang merawat pelbagai permasalahan kulit wajah. Ini kerana semua produk SNP ini boleh dipakai oleh semua jenis kulit. Kita sedia maklum kulit wanita akan berubah mengikut perubahan hormon. 

Ruby pun akan alami kulit berminyak, kulit kering dan kulit kusam. Waktu paling best kulit kita akan glow adalah beberapa hari selepas datang haid. Ketika itu, wajah kita berseri. Jom Ruby kongsikan produk yang Ruby sudah cuba dan sangat menyukai hasilnya iaitu SNP Prep cicaronic.

HYALURONIC ACID DAN CENTELLA ASIATICA


Bahan utama siri SNP prep bagi cicaronic adalah CICA-TRIO Hyaluronic Acid dan Centella Asiatica. Kompleks CICA-TRIO yang dipatenkan oleh SNP adalah bahan fokus utama rangkaian penjagaan kulit Cicaronic. Mengandungi kandungan tinggi Centella Asiatica, iaitu tumbuhan yang menakjubkan mengandungi ciri-ciri menenangkan. Ia boleh membantu melegakan keadaan kulit yang merengsa seperti kulit sensitif dan berjerawat. 

Rutin penggunaan produk tertera di belakang kotak dan ia mudah di fahami. Pertama, gunakan pencuci muka SNP Prep Cicaronic Cleansing Foam. Selepas bilas, gunakan toner SNP Prep Cicaronic Toning Essence. Pop pop kepada wajah. Kemudian gunakan SNP Prep Cicaronic Ampoule. 


Untuk melegakan pedih jerawat atau ada jerawat baru nak timbul, anda gunakan SNP Prep Prep Cicaronic Soothing Cream. Ia melegakan dengan ada efek sejuk. Setiap dua kali seminggu, gunakan SNP Prep Cicaronic Daily Mask. Siap!

Di dalam rangkaian cicaronic terdapat 5 produk yang boleh membantu anda mendapatkan kulit sihat. Penggunaan secara konsisten adalah kunci utama. Semoga produk ini dapat membantu anda sebagaimana ia membantu kulit Ruby. 

SNP PREP CICARONIC CLEANSING FOAM

Pencuci muka ini memiliki tekstur yang tipis. Picit sedikit sahaja dan basahkan dengan air, gosok-gosok dan sapu ke wajah. Kemudian bilas. Asid lemak semulajadi yang terdapat di salam bahan pencuci ini membekalkan buih. Setelah mencuci, kulit anda akan berasa lembap dan selesa. Bau pencuci muka seperti bau herba. Ruby suka!


SNP Prep Cicaronic Cleansing Foam 180ml RM 79.90. Sentiasa perhatikan tawaran istimewa dari rangkaian farmasi pilihan anda. Kadang-kadang ada 50% diskaun dari Guardian tau. 😳😳

SNP PREP CICARONIC TONING ESSENCE

Selepas mencuci wajah, wajib menggunkan toner. Toner yang baik akan memberi kesan yang menakjubkan selain membantu membersihkan sisa kotoran pada wajah. Ia juga akan mengecilkan pori. 

Ramuam harmoni yang menenangkan dari Cica Trio iaitu 3 lapisan Asid Hyaluronik digabungkan bersama untuk mencipta ramuan eksklusif SD, CICA RONIC! Ia membantu membawa pemulihan kepada kulit anda. Memberi semula kelembapan pada kulit yang letih dan kusam serta membekalkan tenaga untuk pulih.

Formula air lembut hipoalergenik yang melengkapkan ujian untuk kerengsaan kulit sensitif mengandungi bahan mesra kulit untuk memastikan kulit bersih dan glow! Cara penggunaan, tuang berapa titisan pada tapak tangan atau pad kapas dan dap dap ke seluruh muka. SNP Prep Cicaronic Toning Essence 220ml RM 79.90

SNP PREP CICARONIC AMPOULE


Selepas toner, gunakan SNP Prep Cicaronic Ampoule. Bersaiz kecil dan hanya 7 kali penggunaan sahaja yang diperlukan untuk permulaan rutin pengjagaan wajah anda. Gunakan selama 7 hari berterusan dan lihatlah hasilnya. SNP Prep Cicaronic Ampoule dijual pada harga runcit RM 79.90.

SNP PREP CICARONIC SOOTHING CREAM

Buat anda yang memiliki jerawat halus, jerawat lama, jerawat baru timbul dan berasa tidak selesa pada wajah. Gunakan SNP Prep Cicaronic Soothing Cream ni. Ia akan memberi rasa sejuk dan menenangkan. Ruby ada jerawat akibat memakai pelitup muka terlalu lama. Ia menjadi kemerahan dan pedih. Jadi, Ruby sapu sedikit krim ini. Lega! SNP Prep Cicaronic Soothing Cream 50ml dijual pada harga RM 79.90.

SNP PREP CICARONIC DAILY MASK


SNP Prep Cicaronic Daily Mask adalah penemuan yang wajib ada. Ia adalah rutin setelah seharian wajah terdedah pada sinaran matahari, kesejukan penghawa dingin atau melalui persekitaran berdebu. 

Setelah mencuci wajah, gunakan daily mask ini untuk memberi anda ketenangan. Pakai sehingga 20 minit dan anda pasti menyukai hasilnya. Selamat mencuba!

Produk SNP prep cicaronic boleh didapati di Guardian Suria KLCC dan secara dalam talian di www.guardian.com.my. Semoga perokongsian ini bermanfaat. 
Tags

Catat Ulasan

2Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Waaah... baru tahu cicaronic ni. Mask pun ada yaa... menarik!

    BalasPadam
  2. Bagus sangat sebab semua dalam set ada.. jarang-jarang ada skincare siap dengan mask..

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !