MUHAMMAD AFZAL DAN AMIRAH AFIQAH PEMENANG ANUGERAH ASIA YOUNG DESIGNER AWARDS (AYDA) 2021

MUHAMMAD AFZAL DAN AMIRAH AFIQAH PEMENANG ANUGERAH ASIA YOUNG DESIGNER AWARDS (AYDA) 2021

Ruby
0
MUHAMMAD AFZAL DAN AMIRAH AFIQAH PEMENANG ANUGERAH ASIA YOUNG DESIGNER AWARDS (AYDA) 2021 | Assalammualaikum semua! Pada 30 Disember 2021 telah berlangsung AYDA 2021 Award Ceremony, Muhammad Afzal dan Amirah Afiqah diisytihar Pemenang Anugerah Asia Young Designer Awards (AYDA) Ke-14.

Tahniah buat pemenang dan semua peserta. Ruby sudah melihat hasil rekaan mereka, memang menakjubkan. Pasti sukar untuk para juri membuat keputusan. Melihat pada hadiah kemenangan, ia adalah idaman buat pelajar dari jurusan rekaan seni bina dan reka bentuk dalaman. 

Mereka akan mewakili Malaysia ke pusingan akhir dan bersaing dengan pemenang emas dari 16 negara lain di peringkat antarabangsa. Semoga dari kemenangan ini, mereka akan melangkah lebih berani untuk mencapai impian! All the best! 

MUHAMMAD AFZAL DAN AMIRAH AFIQAH PEMENANG ANUGERAH ASIA YOUNG DESIGNER AWARDS (AYDA) 2021

MUHAMMAD AFZAL DAN AMIRAH AFIQAH PEMENANG ANUGERAH ASIA YOUNG DESIGNER AWARDS (AYDA) 2021


Anugerah Asia Young Designer Awards 2021 (AYDA) atau Pereka Muda Asia 2021 yang ke-14 telah dilangsungkan dengan jayanya pada malam tadi. Kemenangan Muhammad Afzal dari kategori Seni Bina (Architectural) dan Amirah Afiqah dari kategori Reka Bentuk Dalaman (Interior Design) diumumkan secara langsung di majlis kemuncak anugerah yang disiarkan secara maya sebagai pemenang emas untuk kedua-dua kategori tersebut

Anugerah AYDA 2021 dianjurkan oleh Nippon Paint Malaysia bersama rakan kerjasama syarikat IJM Land Berhad. Sebanyak 1,276 penyertaan diterima dari kedua-dua kategori Seni Bina dan Reka Bentuk Dalaman pada tahun ini.

AYDA 2021 bertemakan FORWARD: Amplifying Empathy Through Design, dan mencabar generasi pereka muda untuk melangkaui batasan reka bentuk di luar ruang satu dimensi. Ia juga menilai permintaan pelanggan yang kian berubah menurut zaman, di samping mengambil kira kemampanan dan penjagaan alam sekitar.


Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Nippon Paint Malaysia, Encik Yaw Seng Heng “Reka bentuk pada masa kini perlu menerokai pemahaman emosi pada tahap yang kian meningkat. Pereka seni bina dan reka bentuk dalaman bukan sahaja perlu meningkatkan nilai komersial rekaan mereka tetapi juga memelihara alam semula jadi dan memahami emosi manusia. Pemenang kami berjaya menyampaikan objektif tema di dalam rekaan mereka dengan penyelesaian reka bentuk yang berkesedaran dan merangkumi kemampanan serta mengambil kira faktor sosial dan emosi. Tahniah kepada semua pemenang-pemenang tahun ini!”




MUHAMMAD AFZAL DAN AMIRAH AFIQAH PEMENANG ANUGERAH ASIA YOUNG DESIGNER AWARDS (AYDA) 2021
MUHAMMAD AFZAL DAN AMIRAH AFIQAH PEMENANG ANUGERAH ASIA YOUNG DESIGNER AWARDS (AYDA) 2021


Muhammad Afzal bin Hasmi dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dianugerahkan pemenang emas bagi kategori Seni Bina (Architectural) dengan projeknya yang bertajuk Pusat Komuniti Sejahtera. Rekaan seni binanya mempunyai kemudahan yang inovatif dan bertujuan memperkasakan keusahawanan tempatan agar rezeki mata pencarian dan keperluan sosial rakyat dapat dikekalkan pada "norma baharu" demi mencapai komuniti sosio ekonomi yang harmoni dan berdaya tahan.

MUHAMMAD AFZAL DAN AMIRAH AFIQAH PEMENANG ANUGERAH ASIA YOUNG DESIGNER AWARDS (AYDA) 2021MUHAMMAD AFZAL DAN AMIRAH AFIQAH PEMENANG ANUGERAH ASIA YOUNG DESIGNER AWARDS (AYDA) 2021

Amirah Afiqah binti Abdullah dari City University Malaysia muncul sebagai pemenang emas untuk kategori Reka Bentuk Dalaman (Interior Design) dengan projeknya yang bertajuk Bakau. Rekaan ini berikhtiar membangunkan hab pertanian dengan pelbagai aktiviti harian seperti komersial, sosial, pendidikan dan pusat pemeliharaan agar manusia dapat hidup di alam sekitar ekosistem kehutanan paya bakau yang mampan.

Kedua-dua pemenang Muhammad Afzal dan Amirah Afiqah akan membawa hasil rekaan mereka dan mewakili Malaysia ke pusingan akhir di peringkat antarabangsa di mana mereka akan bersaing dengan barisan pemenang emas dari 16 negara yang lain. Pemenang hadiah utama untuk kedua-dua kategori tersebut akan berpeluang menghadiri program Design Discovery selama 6 minggu yang dibiayai penuh pada tahun 2022 di Universiti Harvard Graduate School of Design di Boston, Amerika Syarikat dan bernilai USD10,000.

“Reka bentuk pemenang anugerah ini adalah penuh dengan pembaharuan. Kami percaya usaha kerjasama syarikat kami dengan AYDA dapat terus menggalakkan pelajar Seni Bina dan Reka Bentuk Dalaman untuk cemerlang dan memperkasakan kebolehan mereka sebagai pemangkin yang boleh mempengaruhi persekitaran masa hadapan. Sudah lapan tahun kami bekerjasama dengan AYDA. Ia adalah satu perjalanan yang sungguh hebat dan kami berharap dapat terus menjalinkan kerjasama ini bersama AYDA”, kata Pengarah Urusan IJM Land Berhad, Dato’ Edward Chong.


Ini adalah tahun kedua pertandingan AYDA dikendalikan secara maya oleh kerana COVID-19. Bagi menambahkan pengalaman yang unik kepada para peserta AYDA, Nippon Paint Malaysia telah mengambil inisiatif untuk menyediakan beberapa sesi interaksi dan bimbingan secara digital dan maya demi memastikan peserta dapat berinteraksi dengan mentor dan jurulatih industri. Para peserta juga dapat menimba ilmu dalam industri dan didedahkan kepada pelbagai bengkel talian yang dikendalikan oleh pensyarah yang berpengalaman serta pakar profesional industri melalui sesi CAKAPLAH!.


Ar. Sarly Adre Sarkum, Ketua Hakim kategori Seni Bina mengatakan, “Para peserta telah mencabar diri mereka dengan menghasilkan rekaan ciptaan yang bukan sahaja menarik tetapi juga berkesan. Rekaan bentuk mereka telah melonjak sempadan inovasi dan menghasilkan rekaan yang dapat memenuhi keperluan pengguna yang sentiasa berubah.



“Para hakim berasa amat bangga dengan hasil kerja mereka yang mengkagumkan, dan kami ada menghadapi kesukaran semasa memilih rekaan yang terbaik untuk masuk ke pusingan akhir. Penyertaan tahun ini bukan sahaja mempamerkan kemahiran teknikal rekaan yang hebat dari peserta, tetapi mereka juga menonjolkan tema dan menerapkan inovasi dan kreativiti yang hebat pada reka bentuk”, kata IDr. Ooi Boon Seong, Ketua Hakim Kategori Reka Bentuk Dalaman.

MUHAMMAD AFZAL DAN AMIRAH AFIQAH PEMENANG ANUGERAH ASIA YOUNG DESIGNER AWARDS (AYDA) 2021

AYDA telah berkembang pesat pada beberapa tahun ini dari pertandingan yang bermula di Malaysia dan kini membina sebuah komuniti global pereka yang merentasi 16 lokasi geografi di rantau Asia. Ia telah banyak memberi impak kepada ribuan pelajar muda Seni Bina dan Reka Bentuk Dalaman yang berbakat. Justeru itu, AYDA juga memberi pelbagai peluang kepada peserta untuk melibatkan diri dengan penceramah terkenal dan tokoh industri reka bentuk sepanjang pertandingan dilangsungkan.

AYDA dilancarkan pada tahun 2008 sebagai salah satu visi Nippon Paint untuk memupuk bakat generasi masa depan dalam reka bentuk dalaman dan landskap seni bina. Ia memberi tumpuan untuk memperkasakan dan melatih arkitek dan pereka reka bentuk dalaman di Asia dengan matlamat untuk menjadi penyokong aktif untuk memupuk bakat pada masa hadapan.



Tags

إرسال تعليق

0تعليقات

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

إرسال تعليق (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !