KUMPULAN SYARIKAT SURIA KLCC MERAIKAN TAHUN BARU CINA DENGAN DEKORASI INDAH BAK EMPAYAR CHINA ZAMAN SILAM

KUMPULAN SYARIKAT SURIA KLCC MERAIKAN TAHUN BARU CINA DENGAN DEKORASI INDAH BAK EMPAYAR CHINA ZAMAN SILAM

Ruby
0
KUMPULAN SYARIKAT SURIA KLCC MERAIKAN TAHUN BARU CINA DENGAN DEKORASI INDAH BAK EMPAYAR CHINA ZAMAN SILAM | Assalammualaikum semua! Ruby berasa beruntung sangat dilahirkan sebagai rakyat Malaysia. Sebab kita boleh sama-sama meraikan perayaan dari pelbagai bangsa dan agama. Ini adalah salah satu cara bagaimana kita menjaga keharmonian diantara satu sama lain. 

Di Malaysia, setiap perayaan utama diraikan dengan dekorasi indah di pusat membeli-belah. Ruby sangat menantikan dekorasi dari Suria KLCC sebab ini adalah lokasi kegemaran Ruby sejak kecil. 

Kini, giliran Ruby membawa keluarga dan anak-anak. Hehehe. Suria KLCC sentiasa tampil dengan dekorasi lain dari yang lain. Ruby suka dekorasi yang mereka telah buat. Ada taman bunga, pagoda, istana dan kombinasi warna semua cun. Macam dalam filem dan drama Dinasti tau.

KUMPULAN SYARIKAT SURIA KLCC MERAIKAN TAHUN BARU CINA DENGAN DEKORASI INDAH BAK EMPAYAR CHINA ZAMAN SILAM


Paling best adalah banyak tempat untuk bergambar. Sebagai pengunjung yang berkeluarga dan ada anak kecil, kami tak cukup masa untuk beratur untuk sekeping gambar. Sebab anak-anak pasti akan berlari kesana kesini. Hahaha. 

Ada pengunjung beranggapan terlalu serabut. Tetapi bagi kami, yayyy ada banyak tempat bergambar! Boleh simpan kenangan banyak-banyak. 

Suria KLCC menyambut kehadiran Tahun Baharu Cina seawal 7 Januari hingga 13 Februari dengan hiasan Istana Diraja China pada zaman silam.

Dilhamkan dengan keindahan taman lanskap, Centre Court telah ditransformasi kepada sebuah Istana China zaman silam.

Rekabentuk empayar yang gah itu turut tersedia hingga ke Aras 1 Ramlee Mall dan kesemua pintu masuk utama turut dihiasi mengikut tema bagi menjanjikan peluang berfoto yang strategik.

 
Rekabentuk istana replika di Centre Court mirip zaman kegemilangan sejarah China yang dikenali dengan kemajuan, inovasi dan mahsyur dengan kegemilangan kebudayaan. Istana China Kuno ini telah direkabentuk semula dengan teliti dengan setiap perincian diberi penekanan termasuklah ukiran batu berbentuk singa simbolik pengawal empayar, astaka taman bercirikan senibina China, kolam keratai, dan tanglung indah yang bergantungan. 

Tidak ketinggalan pepohon Sakura yang ikonik di samping keindahan lanskap yang mampu menjadikan latarbelakang yang mengagumkan untuk setiap foto atau video yang diambil. Sudah semestinya pengalaman melalui halaman istana kuno ini mampu membangkitkan semangat perayaan. 

Di samping itu kesemua sudut yang dihias indah mampu diabadikan di dalam instragram, turut juga dilengkapkan dengan sebuah photobooth yang disediakan mesin pencetak untuk cetakan gambar kepada pelanggan untuk dibawa pulang dan dikongsikan bersama yang tersayang.


Terdapat juga sajian pancaran visual bunga-bungaan interaktif di dalam Istana yang terletak di Centre Court bagi menggambarkan kedatangan musim bunga di Hemisfera Utara.


Di perkarangan pusat membeli belah pula, replica pagoda yang tertinggi di Malaysia kembali tersergam di Esplanade KLCC. Penampilan terakhirnya pada 2020 telah berjaya meletakkannya di dalam Malaysia Book of Record sebagai replica pagoda yang tertinggi. Pelanggan dan pelawat pastinya tidak mahu melepaskan peluang untuk bergambar bersama struktur yang berdiri megah ini.


Untuk menambahkan lagi keterujaan, pelanggan juga boleh menyaksikan tarian singa tradisional di Centre Court dan tarian Singa Akrobatik di Esplanade KLCC pada setiap hari Sabtu bermula sekarang hingga 30 Januari.

Bagi mereka yang gemarkan ‘terapi’ membeli-belah, ‘Suria KLCC’s Shoppers Reward Programme’ akan menghadiahkan baucar membeli belah bernilai RM100 dan set ‘Angpow’ Suria KLCC untuk mereka yang berbelanja sekurang-kurangnya RM1500. Bagi mereka yang berbelanja sekurang- kurangnya RM3,000 pula akan mendapat ganjaran merupakan skarf EP YAYING yg bernilai RM999 setiap satu di samping Baucar tunai EP YAYING bernilai RM168.

KUMPULAN SYARIKAT SURIA KLCC MERAIKAN TAHUN BARU CINA DENGAN DEKORASI INDAH BAK EMPAYAR CHINA ZAMAN SILAM 
Ketika musim perayaan ini, Suria KLCC meneruskan tanggungjawab sosial korporat dengan pengumpulan dana untuk Program Kesedaran Kesihatan Mental melalui penjualan “Suria Ribbon Pin” yang bermula sejak 2021 lagi. Pelanggan digalakkan untuk menyumbang ke arah usaha murni ini dengan membeli pin tersebut pada harga RM10 setiap satu yang terdapat di Concierge Suria KLCC. Semua kutipan akan disalurkan kepada NGO yang menerajui program kesihatan mental ini.

PUSAT MEMBELI BELAH ALAMANDA


Di Putrajaya pula, Pusat Membeli-belah Alamanda akan mengalu-alu kan kehangatan musim perayaan yang sama bermula 14 Januari hingga 6 Februari, di mana Centre Court Alamanda turut didekorasi dengan tema Istana DiRaja China. Centre Court dipenuhi dengan pohon Sakura yang disusun indah untuk membangkitkan semangat musim perayaan untuk diabadikan di dalam Instagram. Tanglung merah begemerlapan menghiasi laluan sepanjang North dan South Wings manakala bumbung ‘pushcart’ juga dihiasi dengan Ucapan Tahun Baharu Cina.

KUMPULAN SYARIKAT SURIA KLCC MERAIKAN TAHUN BARU CINA DENGAN DEKORASI INDAH BAK EMPAYAR CHINA ZAMAN SILAM

Pada hujung minggu pula, pengunjung akan dihiburkan dengan tarian singa akrobatik yang juga akan mengedarkan limau mandarin kepada penonton. Ianya juga akan disusuli dengan pertunjukan Wushu. Pada masa-masa lain, pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan instrumental alat muzik tradisional cina.

Untuk hiburan beterusan, terdapat juga pertandingan chopstik atau penyepit dimana pengunjung akan diuji dengan kebolehan menyepit kacang menggunakan chopstik. Ianya terbuka kepada lapan orang dewasa setiap sesi dimana 3 pemenang akan dipilih pada setiap sesi, dengan setiap seorangnya bakal menerima Baucar Fesyen Alamanda bernilai RM30.

Pelanggan yang berbelanja sekurang-kurangnya RM600 dalam tidak lebih 2 resit di mana-mana kedai terpilih akan menerima ganjaran berupa Baucar Fesyen Alamanda bernilai RM 30 dan dulang makanan. Mereka yag berbelanja sekurang-kurangnya RM1500 dalam 2 resit dari kedai khusus berpeluang untuk memenangi lebih banyak ganjaran. Selain baucar fesyen dan dulang makanan, pembeli juga berpeluang memenangi samada Baucar Fesyen Alamanda bernilai RM60 atau ‘Jute Bag’.

Ahli VIKids yang berbelanja sekurang-kurangnya RM600 boleh mendaftarkan anak mereka yang berumur 5 hingga 12 tahun untuk aktiviti seni dan kraftangan secara percuma, seperti topeng muka dan puppet naga kertas.

Alamanda juga turut menzahirkan rasa prihatin dengan menjemput kanak-kanak dari Persatuan Kebajikan Anak-anak Yatim Sayang Kuala Lumpur & Selangor di Taman Kajang Perdana untuk lawatan ke Alamanda sambil menikmati makan tengahari dan menyaksikan pertunjukan tarian singa di Centre Court

MESRA MALL

Di Kemaman pula, kempen Tahun Baharu Cina Mesra Mall berlangsung dari 10 Januari hingga 2 Februari, dimana mereka yang berbelanja sekurang-kurangnya RM350 di mana-mana kedai terpilih akan menerima ganjaran baucar membeli-belah bernilai RM20.


KUMPULAN SYARIKAT SURIA KLCC MERAIKAN TAHUN BARU CINA DENGAN DEKORASI INDAH BAK EMPAYAR CHINA ZAMAN SILAM


Pada Sabtu, 22 dan 29 Januari, pembeli akan dihiburkan dengan pelbagai persembahan berkaitan Tahun Baharu Cina seperti tarian singa akrobatik dan persembahan dram, serta penampilan artis Aneka Wajah dan “Dewa Kemakmuran” di Centre Court.

Woksyop kraftangan Kipas Tangan daripada kertas juga akan diadakan untuk ahli VIKids. Pada yang bukan ahli, mereka juga berpeluang mengambil bahagian dengan mendaftar sebagai ahli dengan bayaran hanya RM50. Seramai 6 peserta diperlukan bagi setiap sesi untuk 16 sesi yang dijalankan.

Pengarah Eksekutif Suria KLCC, Andrew Brien berkata, “Setelah tidak berpeluang untuk meraikannya lebih dari dua tahun sebelum ini, kami sangat berbesar hati untuk mengembalikan semula keriangan dan keceriaan bukan sahaja terhadap centre court di pusat-pusat membeli belah kami, tetapi juga kesemua pihak yang berkepentingan seperti peniaga, pelanggan dan masyarakat sekeliling. Tahun Baharu Cina adalah waktu terbaik untuk mengucapkan selamat kepada semua dengan harapan tahun-tahun mendatang yang lebih baik bukan sahaja untuk kami, tetapi untuk seluruh negara. Bagi pihak pengurusan, saya ingin mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada semua dan menasihatkan semua untuk kekal selamat dan patuhi semua SOP.”


Tags

إرسال تعليق

0تعليقات

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

إرسال تعليق (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !