CHARMS SKINCARE COSMETIC BEKERJASAMA DENGAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)

CHARMS SKINCARE COSMETIC BEKERJASAMA DENGAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)

Ruby
0
CHARMS SKINCARE COSMETIC BEKERJASAMA DENGAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM) | Assalammualaikum semua! Hari ini Ruby ingin berkongsi tentang berita gembira tentang jenama CHARMS. Sebelum ini Ruby pernah menulis tentang CHARMS.


Mengenali Pengasas CHARMS dengan lebih dekat iaitu Puan Nur Bashirah binti Hussin adalah peluang keemasan apabila dapat mewawancara beliau. Ternyata beliau tahu apa yang diinginkan dan mempunyai visi untuk pergi lebih jauh. 

Kali ini, beliau memberanikan diri untuk membenarkan produk CHARMS menjalani uji kaji dan penyelidikan oleh universiti hebat iaitu UTHM. Walaupun berdebar dengan kerjasama ini, beliau ingin perjuangan ini menjadi batu lonjakan untuk CHARMS terus mendapat perhatian di dalam dan luar negara.

Tahniah CHARMS! Semoga penyelidikan ini sukses dan terus memberi pendidikan penjagaan kulit wajah kepada masyarakat Malaysia dan seluruh dunia. Ruby paling suka CHARMS Hydra Fresh Tinted Moisturiser. 

Ia amat membantu ibu-ibu yang sibuk menguruskan keluarga dari selaran matahari. Kejap sidai kain, kejap memasak, kejap duduk depan pc, kejap memandu hantar ambil anak balik sekolah. Macam-macam kan? Pastikan kita terus mengancharms! Terima kasih CHARMS! Hehehe. 

CHARMS SKINCARE COSMETIC BEKERJASAMA DENGAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)


CHARMS SKINCARE COSMETIC BEKERJASAMA DENGAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)

Baru-baru ini pada 19 Januari 2022 telah berlangsung Majlis Menandatangani Kerjasama Penyelidikan di antara Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bersama CHARMS Skincare Cosmetic. CHARMS adalah produk kosmetik dan penjagaan wajah yang terbukti secara saintifik, selamat digunakan serta efektif. 

Produk CHARMS dihasilkan dari bahan-bahan selamat, bersih dan halal mengikut Syarak serta mendapat pengiktirafan Halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), bernotifikasi dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 

CHARMS telah diperkenalkan sejak tahun 2012 dan kian mendapat sambutan hangat saban tahun bukan saja dari Malaysia, malah Singapura, Brunei, Arab dan negara lain. Industri kosmetik dan penjagaan wajah adalah satu industri yang berkembang pesat di Malaysia ini. 

Menyedari akan faktor ini, CHARMS ingin memberikan yang terbaik kepada para pengguna dalam masa yang sama tidak mengabaikan kualiti produk serta menitikberatkan soal keselamatan produk.


CHARMS SKINCARE COSMETIC BEKERJASAMA DENGAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)


19 Januari 2022 terlakar sejarah diantara pihak industri pengusaha produk iaitu CHARMS bersama UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN (UTHM) dimana Pusat Penyelidkan UTHM akan menjalankan kajian analisa produk mengenai anti penuan, komposisi kimia serta validasi halal terhadap kesemua produk CHARMS. Kajian dan analisa produk yang dijalankan mengambil masa 6 bulan sebelum keputusan ujian dikeluarkan. 


CHARMS SKINCARE COSMETIC BEKERJASAMA DENGAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)
Sumber Gambar dari https://www.facebook.com/uthmjohor


Pihak UTHM juga akan mengambil masa 18 bulan bagi menerbitkan jurnal berkaitan serta memasuki pertandingan produk kosmetik di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Keseluruhan kos yang berjumlah lebih 50 ribu ringgit Malaysia akan digunakan dalam menjayakan keseluruhan projek ini.

Kerjasama dua hala ini juga selaras dengan saranan Kerajaan Malaysia dalam melahirkan tenaga mahir mencukupi yang sesuai dengan keperluan sektor dimana para pelajar UTHM akan menjadi pembantu penyelidik dalam kajian yang dijalakan seterusnya mereka bakal menimba pengalaman sebelum ke dunia sebenar. 


CHARMS SKINCARE COSMETIC BEKERJASAMA DENGAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)
YBhg. Puan Nur Bashirah binti Hussin; Ketua Pegawai Eksekutif, Fasyeera Empire Sdn Bhd. CHARMS Cosmetic Products


YBhg. Puan Nur Bashirah binti Hussin; Ketua Pegawai Eksekutif CHARMS berkata "Pihak CHARMS berharap jalianan kerjasama ini sentiasa berterusan dan menjadi titik permulaan kearah indutri pengusaha produk yang lebih baik. Kepentingan jalinan kerjasama bersama pihak UTHM bersama CHARMS adalah sangat penting bagi meneliti dan menggunakan kepakaran dari pihak universiti dan penyelidik. Ini kerana, dengan cara ini dapat memberi pengesahan, bukti dan penjelasan terhadap integriti produk."


Menurut Dr Norhayati Muhammad; Ketua Penyelidik, "Penyelidikan dilakukan untuk memastikan keselamatan produk CHARMS kepada pengguna. Kajian melalui chemical composition akan dilaksanakan untuk melihat sama ada produk-produk mengandungi logam-logam berat atau sebaliknya. Pihak kami juga akan memberi cadangan untuk penambahbaikan formulasi produk sedia ada."

 


CHARMS SKINCARE BEKERJASAMA DENGAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)
Prof Datuk TS Dr Wahid Razzaly; Naib Chansellor UTHM

Prof Datuk TS Dr Wahid Razzaly; Naib Chansellor UTHM turut berkata "Ini adalah misi kami di UTHM, menyediakan pakar penyelesaian untuk industri dan komuniti berasaskan paradigma Tauhid yang perlu bersama-sama membantu menyokong jenama CHARMS yang diasaskan oleh usahawan Islam Malaysia."

7 PRODUK CHARMS YANG AKAN DIUJI KAJI


CHARMS SKINCARE BEKERJASAMA DENGAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)
Sumber Gambar dari:  https://www.decamellia.com


1. Cleanser & Makeup Remover
2. Star Glow Fairy Face Scrub
3. Concentrated Brightening Toner
4. Concentrated Hydrating Essence
5. Intelligence Serum
6. Hydra Fresh Tinted Moisturiser
7. Advance Night Spa

JOM SERTAI CHARMS SKINCARE COSMETIC

Gunakan peluang ini untuk menyebarkan manfaat Charms. “Dermatologist Tested”, sebuah jenama yang dihasilkan dengan penuh diteliti dan dikaji selamat untuk digunakan.
  • Kempen Pendaftaran Charms Angel- Daftar RM240 sahaja dan dapat penjimatan seumur hidup beserta Tiffin percuma dari Charms.
  • PERCUMA Mask KF94 Charms untuk pembelian Kombo Aurelia

Kombo Aurelia bonus Face Mask PERCUMA klik https://charms.expert/daftar/100433

“Hindari Merkuri, Pilih Yang Terbaik untuk Wajah Anda!” 




إرسال تعليق

0تعليقات

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

إرسال تعليق (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !