CAWANGAN KE 500 GUARDIAN DI APLIKASI TELEFON PINTAR! JOM MUAT TURUN APLIKASI GUARDIAN SEKARANG!

CAWANGAN KE 500 GUARDIAN DI APLIKASI TELEFON PINTAR! JOM MUAT TURUN APLIKASI GUARDIAN SEKARANG!

Ruby
0
CAWANGAN KE 500 GUARDIAN DI APLIKASI TELEFON PINTAR! JOM MUAT TURUN APLIKASI GUARDIAN SEKARANG! | Assalammualaikum semua! Baru-baru ini telah berlangsung pelancaran cawangan ke 500 kedai Guardian. Menariknya kedai ini di dalam bentuk aplikasi yang anda boleh muat turun di Google Play Store dan Apple Store. 

Ruby sangat teruja apabila mengetahui farmasi kegemaran Ruby sudah ada aplikasi mobile apps. Ia pasti memberi pengalaman membeli belah di Guardian semakin pantas dan menyeronokkan. Tahniah Guardian Malaysia!

CAWANGAN KE 500 GUARDIAN DI APLIKASI TELEFON PINTAR! JOM MUAT TURUN APLIKASI GUARDIAN SEKARANG!


Sebenarnya, Ruby sudah mencuba membeli belah melalui aplikasi Guardian pada 7 Januari 2022 yang lalu. Teruja punya pasal! Beta version pun dah sempurna pada pendapat Ruby.

Walaupun belum dilancarkan secara rasmi. Namun, Ruby puas hati dengan pembelian melalui aplikasi Guardian. Simple dan straightforward. Ruby cuba shopping RM 100 dulu. Dapat diskaun RM 15 dan penghantaran PERCUMA!


Sejak pandemik COVID-19, kita sudah pandai membuat senarai barang keperluan sebelum ingin membeli di Guardian. Jadi, apabila ada aplikasi Guardian. Ruby hanya perlu taip nama jenama atau nama produk yang Ruby ingin beli. Mudah hanya membeli dari mana-mana sahaja kita berada. Semasa di rumah, di pejabat atau apabila teringat stok barang keperluan keluarga sudah makin susut. Hehe. 

Ada kalanya, tiada idea nak beli apa. Ruby akan tengok promosi yang sedang berlangsung di Guardian. Cuma, Ruby akan tengok dari jenama yang Ruby sudah biasa beli. Contohnya Guardian, Uriage, Wardah, SNP, Pantene, Johnson & Johnson, Sensodyne, Darlie dan Maybelline. Hehehe. Mandian, skincare, syampu dan produk penjagaan oral. 

STOR KE-500 GUARDIAN, TANPA LANTAI, TANPA DINDING


Beroperasi 24/7 tawar lebih kemudahan kepada pelanggan. Guardian Malaysia yang bermula dengan ruang runcit seluas 200 kaki persegi 55 tahun yang lalu, hari ini meraikan pembukaan stor ke-500 yang tidak berlantai, tidak berdinding dan beroperasi 24 jam, 7 hari seminggu. 

Stor ke-500 ini adalah aplikasi mudah alih baru Guardian yang telah dibangunkan dengan tujuan menawarkan manfaat yang lebih besar kepada pelanggan. 

Antara ciri-ciri aplikasi tersebut adalah ikon pintasan untuk akses lebih pantas untuk tawaran pukal, tawaran eksklusif dalam talian, produk-produk popular, fungsi menambah produk ke “Senarai Hajat”, carian terhangat dan penghantaran ke seluruh negara - tiga (3) hingga lima (5) hari bekerja untuk Malaysia Barat dan enam (6) ke sepuluh (10) hari bekerja untuk Malaysia Timur.  

Tae Hoon Kim, Pengarah Komersil & E-Dagang Serantau, DFI Retail Group, Asia Tenggara, Kesihatan dan Kecantikan Guardian Malaysia melancarkan aplikasi tersebut di Kuala Lumpur berkata: “Kami terus mengembangkan stor-stor fizikal sejak dua tahun lalu kerana kami tahu pelanggan masih ingin berkunjung ke stor apabila ia wujud berhampiran mereka. 
Pada masa yang sama, kami juga mempercepatkan perjalanan transformasi digital kami membangunkan saluran-saluran e-dagang, kerana kami mengiktiraf penerimaannya yang semakin meningkat di kalangan pelanggan dan perniagaan.

Aplikasi Guardian yang anda lihat hari ini adalah sebuah pencapaian penting dalam transformasi digital Guardian untuk berada seiring dengan pengguna yang mahir teknologi seperti anda. 
Ia juga merupakan cara kami menerima sepenuhnya perubahan baru yang melanda industri sepanjang dua tahun lepas,” tambah beliau.

Kim berkata: “Kami berasa sangat bangga memperkenalkan aplikasi yang dibangunkan secara teknologi ini dan pada titik perjalanan transformasi ini, kerana kami percaya persekitaran runcit kini benar-benar bersedia untuk aplikasi sebegini. 
Kami akan komited untuk mengikuti arus perubahan dalam dunia aplikasi mudah alih dan bekerja keras untuk membawakan promosi-promosi eksklusif aplikasi kepada anda.”

Pelanggan boleh menikmati pelbagai pilihan produk yang ditawarkan melebihi 10,000 barangan keperluan kesihatan dan kecantikan dengan banyak tawaran ekslusif hanya di aplikasi. Selain itu, mereka akan menikmati platform pembayaran yang selamat dan dipercayai, penghantaran percuma dan lebih banyak peluang untuk mendapatkan e-baucar. 

DISKAUN RM 15 DAN PENGHANTARAN PERCUMA MELALUI APP-CLUSIVE FIRST PURCHASE


Tawaran istimewa buat pengguna aplikasi Guardian buat kali pertama. Sebanyak RM 15 diskaun dan penghantaran PERCUMA.


“Untuk pembelian App-Clusive pertama anda, kami juga akan memberikan potongan RM15 daripada pembelian anda beserta penghantaran PERCUMA,” tambah Kim. 

“Jadi, sila muat turun aplikasi mudah alih baru Guardian hari ini untuk memenangi pelbagai hadiah eksklusif dan mendapatkan tawaran eksklusif yang hanya terdapat di aplikasi yang pastinya akan menjadikan membeli-belah di Guardian lebih menyeronokkan, lebih mudah, bebas masalah dengan nilai yang lebih baik,” kata Kim.

APP-CLUSIVE SHOP & WIN RM 50,000


Untuk meraikan pelancaran stor ke-500 itu, Guardian mengadakan peraduan istimewa Beli dan Menang App-Clusive menawarkan hadiah bernilai sehingga RM50,000 untuk dimenangi. 

“Hadiah pertama peraduan Beli dan Menang APP-Clusive ialah Set Barang Kemas HABIB Citrine and Diamond bernilai RM12,800, hadiah kedua berupa sebuah Kerusi Urut Ogawa Luxe Amour bernilai RM6,599 manakala lima hadiah ketiga ditawarkan berupa peranti Habo Cleaning Foaming Ogawa bernilai RM349 setiap satu. Secara keseluruhannya, 500 orang pemenang akan dapat memenangi sembilan jenis hadiah,” jelas Kim. 



GUARDIAN APP DANCE CHALLENGE

Selain itu, Guardian juga akan mengadakan peraduan Guardian App Dance Challenge dimana video paling kreatif dengan lagu singkat (jingle) Aplikasi Guardian akan berpeluang memenangi Hadiah Utama berupa RM5,000 (berupa kombinasi wang tunai RM2,500 dan baucar Aplikasi Guardian RM2,500). 

Terdapat juga lima hadiah saguhati berupa baucar Aplikasi Guardian bernilai RM500 setiap satu untuk dimenangi. Peraduan ini akan berlangsung dari 13 Januari hingga 27 Februari 2022.

JOM MUAT TURUN SEKARANG!


Aplikasi mudah alih baru Guardian boleh dimuat turun menerusi Apple App Store dan Google Play Store.



GUARDIAN MALAYSIA BERI SUMBANGAN KEPADA 10 RUMAH ANAK-ANAK YATIM YANG TERJEJAS AKIBAT BENCANA BANJIR


Sebagai tanda pelancaran selanjutnya, Guardian turut menyumbang RM5,000 kepada setiap satu daripada 10 rumah anak-anak yatim di Malaysia yang terjejas akibat bencana banjir baru-baru ini, sebagai usaha berterusannya dalam menyokong dan berkhidmat kepada komuniti dimana mereka beroperasi. 


10 rumah anak-anak yatim yang menerima sumbangan RM5,000 tersebut adalah:

1.     Maahad Tahfiz As-Sahabah, Hulu Langat, Selangor
2.     Yayasan Chow Kit, Kuala Lumpur
3.     Pertubuhan Amal Rumah Anak Yatim dan Hidayah Alhijrah, Hulu Langat, Selangor
4.     Pusat Jagaan Kanak-Kanak Yatim/Miskin Muhammad Al-Fateh, Kajang, Selangor
5.     Rumah Amal Limpahan Kasih, Puchong, Selangor
6.     Pusat Jagaan Hembusan Kasih Sayang, Kuantan, Pahang
7.     Rumah Kebajikan Anak Yatim & Fakir Miskin Perempuan (Permata Al-Insyirah), Pahang
8.     Persatuan Kebajikan Jagaan Sri Sai Selangor
9.     Rumah K.I.D.S, Selangor
10.  Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dan Asnaf Teratak Ummi, Selangor

MENGENAI GUARDIAN MALAYSIA


Guardian Malaysia bermula sebagai sebuah kedai runcit farmaseutikal berkeluasan 200 kaki persegi, yang menyajikan perkhidmatan kepada komuniti ekspatriat 55 tahun lalu. 

Hari ini, ia merupakan peneraju rangkaian kesihatan, kecantikan dan farmasi runcit di negara ini, dengan lebih 500 buah stor di seluruh negara, menyediakan pelbagai produk kesihatan, kecantikan dan farmaseutikal yang tiada tandingannya. Setiap tahun, stor-stor kami menyediakan perkhidmatan kepada lebih 30 juta pelanggan di seluruh negara.

Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !