44MP NATURAL PORTRAIT VIVO V23E 5G PILIHAN MIRA FILZAH | Assalammualaikum semua! Hari ini telah berlangsung pelancaran telefon pintar baharu dari vivo. Bertemakan "BE AUTHENTIC! BE YOU!" telefon ini mendapat pandangan positif kerana ciri-ciri yang mendapat perhatian umum.
vivo V23e 5G kini terdapat di Malaysia dengan keupayaan kamera hadapan termaju iaitu 44MP Natural Portrait. Kemudian, 44W FlashCharge dan saiz bateri 4,050mAh. Bersaiz 172gram ringan dan selesa di pegang. Tersedia dalam dua warna unik - Sunshine Coast dan Moonlight Shadow.
44MP NATURAL PORTRAIT VIVO V23E 5G PILIHAN MIRA FILZAH
Ruby berkesempatan mewawancara "Malaysia's sweetheart" Mira Filzah, Duta vivo Malaysia tentang telefon pintar vivo V23e 5G baharu. Mira Filzah berkongsi beberapa fungsi dan ciri yang membuatkan telefon ini adalah "So Me!?". Mungkin selepas ini adalah "So You!"
Ciri utama apabila memilih telefon pintar semestinya kapasiti memori. Kemudian melihat kepada kualiti gambar dan video. vivo V23e banyak memudahkan aktiviti harian Mira. Keistimewaan vivo adalah algoritma AI yang dipertingkatkan.
Menyusun jadual harian, menyediakan content dan menyimpan kenangan bersama insan tersayang menjadi mudah. Hasil gambar dan video natural dan ada mod penstabil ultra. Tiada lagi gambar blur atau video goyang-goyang. Eye AutoFocus juga membantu kita mendapatkan hasil gambar swafoto lebih jelas dan menarik.
Mira meminati vivo V23e 5G dalam warna Moonlight Shadow yang tampil lebih klasik dan misteri. Bateri kapasiti besar 4,050mAh dan FlashCharge amat menjimatkan masa! Kita akan ada lebih masa untuk cipta memori dimana-mana sahaja!
Paling best, kapasiti memori yang besar! 128 GB, manakala RAM 8GB + 4GB dengan Extended RAM 2.0. Boleh menonton apa sahaja video streaming dengan lancar. Main game pun boleh! Hahaha.
BE AUTHENTIC! BE YOU!
V23e 5G hadir dengan kamera hadapan ultra-jelas untuk peminat fotogafi mendedahkan estetika semula jadi dengan setiap swafoto. vivo secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar V23e 5G untuk menjadikan fotografi swafoto terbaik yang boleh dimanfaatkan oleh pengguna di Malaysia.
V23e 5G didatangkan dengan kamera hadapan yang hebat dan teknologi Al dipertingkatkan yang menawarkan gabungan fungsi dan gaya sempurna yang membawa pengalaman swafoto ke tahap yang lebih tinggi.
"Di vivo, kami berazam untuk membawa telefon pintar mampu milik dengan pengalaman mudah alih terbaik buat pengguna kami. V23e 5G direka untuk pengguna yang ingin mengekspresikan diri mereka dan merakam diri mereka secara semula jadi melalui kamera hadapan yang terkemuka dalam industri dan ciri-ciri penuh inovasi — Inilah Saya. la juga bertujuan menjadikan peranti 5G yang kaya dengan ciri lebih mudah dimiliki oleh pengguna," kata Mike Xu, Ketua Pegawai Eksekutif vivo Malaysia.
Membawa Swafoto ke Tahap Lebih Tinggi Dengan Perkakasan Berkuasa Dan Perisian Yang Berupaya
vivo V23e 5G memenuhi keperluan swafoto yang berbeza, tetapi memberikan pengalaman fotografi yang sama hebat secara keseluruhan. Siri ini merupakan jawapan vivo kepada permintaan pengguna yang semakin meningkat untuk pengalaman fotografi swafoto yang lebih baik — terutamanya dalam merakam potret dengan estetika semula jadi dan jelas.
Siri ini menggabungkan sistem kamera hadapan termaju vivo dengan teknologi terkini seperti autofokus dan ciri potret malam untuk menangkap foto dan video yang menakjubkan. vivo V23e 5G juga menampilkan mod Potret Semulajadi baharu vivo yang melangkaui sempadan bagi menangkap ekspresi diri.
Dikuasakan oleh algoritma Al yang dipertingkatkan, ia membolehkan pengguna menangkap lebih banyak butiran wajah dalam swafoto mereka, memperkasakan mereka untuk meluahkan sisi semula jadi mereka dengan mudah.
Dari segi kejelasan, V23e 5G dilengkapi dengan Kamera Hadapan AF 44MP yang membolehkan pengguna merakam swafoto yang sangat jelas dengan fokus tajam, tidak kira berapa jarak subjek, manakala V23e dilengkapi Kamera Hadapan AF 50MP termaju yang menghasilkan swafoto yang kaya warna dalam kejelasan yang tinggi.
Kedua-dua peranti menampilkan Autofokus Mata yang terkemuka dalam industri yang menjejaki mata dengan ketepatan tinggi, memastikan swafoto yang jelas dan penuh perasaan yang memastikan pengguna berada dalam tumpuan utama.
Mengambil swafoto adalah lebih menyeronokkan berbanding sebelum ini dengan V23e 5G. Mod Potret Berbilang-Gaya membolehkan pengguna menambah peningkatan pada imej mereka melalui penapis, penalaan ton warna, dan kesan bokeh, membuka pelbagai keupayaan kreatif untuk swafoto yang sempuma.
vivo V23e 5G juga menyediakan pengalaman videografi yang hebat untuk pencipta kandungan. Video Dwi-Paparan membolehkan rakaman video serentak pada kedua-dua kamera hadapan dan belakang, sesuai untuk menangkap cerita video daripada sudut yang berbeza.
Mod Pendedahan Berganda yang dinaik taraf kini membolehkan pengguna membawa masuk foto latar belakang ke dalam visual lain, memberikan kemungkinan yang tidak had untuk meluahkan cara dan kreativiti yang bergaya.
Kamera Malam Belakang Ultra-Jelas Membolehkan Anda Melihat Dalam Gelap
Sebagai jenama terkemuka industri untuk fotografi mudah alih, vivo V23e 5G juga cemerlang di bahagian kamera belakang. vivo V23e 5G dilengkapi dengan tiga set kamera belakang 50MP + 8MP + 2MP manakala vivo V23e hadir dengan set kamera 64MP + 8MP + 2MP yang berkuasa, menekankan keazaman vivo untuk meningkatkan lagi pengalaman pengguna dalam fotografi.
Kamera utama 50MP pada vivo V23e 5G dan kamera utama 64MP pada vivo V23e membuka pintu kepada dunia butiran yang rumit, dengan memberikan pengguna pengalaman fotografi terbaik.
Memenuhi pelbagai keperluan fotografi, kamera sudut ultra lebar (Kamera sudut-lebar Super berupaya menangkap gambar 105-darjah selepas mengambil kira herotan). 8MP 120-darjah membolehkan pengguna dengan mudah menangkap gambar berkumpulan yang bertenaga, pemandangan semula jadi yang indah atau seni bina klasik.
Penerokaan ke dunia cilik juga boleh dilakukan dengan lebih jelas melalui kamera makro 2MP. Bersama-sama dengan dwi-kamera bokeh, kedua-dua peranti dapat menyerlahkan subjek dan memproses sumber cahaya latar dalam suasana malam untuk mensimulasikan kesan bokeh suar yang indah dan halus seperti kamera profesional.
Mod Penstabil Ultra juga menghapuskan video goyah dan foto kabur, memberikan pengalaman pengguna yang mantap.
V23e 5G baharu ialah pilihan terunggul untuk pengguna yang mencari peranti mampu milik yang memberikan mereka pengalaman yang lancar dalam mencipta swafoto semula jadi dan jelas dengan bergaya. Reka bentuk bernas vivo dalam kedua-dua perisian dan perkakasan membawa inovasi dan fotografi ke tahap dimensi baru.
Rekaan Elegan Dalam Saiz Kompak
Berukuran hanya 7.36mm untuk Moonlight Shadow manakala 7.41mm untuk Sunshine Coast, V23e 5G baharu mempunyai badan ultra-langsing, menjadikannya padat namun ringan dengan berat hanya 172 gram. Reka bentuk bingkai rata 2.5D adalah hasil reka bentuk yang inovatif dan proses pengeluaran termaju, di mana bingkai tersebut dirawat dengan proses penyaduran nipis yang inovatif untuk menghasilkan kemasan yang anggun dan ada kelas.
Siri ini datang dalam pelbagai reka bentuk warna yang bergaya, memaparkan kepakaran terunggul dalam ketukangan dan gaya artistik. V23e 5G dan V23e didatangkan dalam dua warna unik - Sunshine Coast, Moonlight Shadow.
Edisi Sunshine Coast dalam kedua-dua telefon pintar memaparkan Salutan Dwi-Lapisan baharu untuk rupa yang menakjubkan, memancarkan spektrum warna dari sudut berbeza di atas gayanya yang dipertingkatkan, menggabungkan teknologi dan alam semula jadi, mengesahkan komitmen jenama terhadap reka bentuk yang memberi tumpuan kepada pengguna. Edisi Moonlight Shadow menampilkan salutan filem seramik inovatif yang menghasilkan tekstur gred-nano pada permukaan dengan kemasan cermin di atas rona hitam klasik.
Pengendalian Super Lancar Disokong Oleh Perkakasan Dan Perisian Yang Dipertingkat
Menjalankan Funtouch OS 12 sebagai usaha vivo yang lebih meluas untuk terus meningkatkan sistem pengendalian yang memenuhi keperluan pengguna individu, V23e 5G dikuasakan oleh cipset MediaTek Dimensity 810, yang menampilkan reka bentuk bersepadu dengan litar yang lebih stabil dan penggunaan kuasa yang lebih rendah, menyokong Rangkaian 5G dwi-mod SA & NSA serta siap sedia dwi-SIM 5G+5G (Produk ini menyokong mod SA & NSA untuk rangkaian 5G, dan keupayaan sokongan SA bergantung pada kesediaan rangkaian dan versi perisian; konfigurasi khusus rangkaian dan liputan rangkaian 5G adalah tertakluk kepada penggunaan sebenar pengendali).
Ia menampilkan paparan AMOLED 6.44 inci, memberikan pengguna pengalaman visual terbaik pada peranti.
Dibekalkan dengan bateri 4,050mAh (4,050mAh ialah nilai biasa; kapasiti sebenar mungkin berbeza. Kuasa pengecasan sebenar dilaraskan secara dinamik mengikut persekitaran luaran, dan tertakluk kepada penggunaan sebenar).
V23e 5G dilengkapi dengan FlashCharge 44W, memberi kuasa kepada peranti daripada 1970 ke 69X4, dalam masa 30 minit sahaja (4,050mAh ialah nilai biasa; kapasiti sebenar mungkin berbeza. Kuasa pengecasan sebenar dilaraskan secara dinamik mengikut persekitaran luaran, dan tertakluk kepada penggunaan sebenar), memberikan pengguna keseronokan tanpa gangguan sepanjang hari.
Untuk pengalaman hiburan yang lancar, V23e 5G menawarkan pengalaman RAM 8GB + 4GB dengan Extended RAM 2.0 baharu, yang membolehkan memori 4GB digunakan sebagai RAM apabila perlu. Kedua-dua peranti tersedia dalam memori 128GB.
Pensijilan Hi-Res pada siri V23e untuk muzik dan penghasilan semula bunyi asli menawarkan kualiti audio yang luar biasa kepada pengguna untuk pengalaman audio yang menakjubkan.
Maklumat Harga Dan Pra-Pesanan
V23e 5G dan V23e kini tersedia masing-masing pada harga RM1,599 dan RM1,399. Mereka yang berminat untuk membeli peranti ini kini boleh membuat pra-pesanan peranti melalui pelbagai platform sehingga 17 Disember 2021, dengan hadiah percuma eksklusif* bernilai sehingga RM559 untuk V23e 5G dan RM459 untuk V23e.
Mereka yang membuat pra-pesanan V23e 5G melalui saluran dalam talian, seperti Estore rasmi vivo, rakan kongsi E-dagang termasuk Lazada dan Shopee, dan peniaga sah serta rakan kerjasama seperti Chan Furniture, Courts, Harvey Norman, Lulu, Senheng, Sentriq, senQ, Thundermatch dan Urban Republic, akan menerima Kotak Hadiah Dispenser Sabun Automatik, Waranti Lanjutan 1 Tahun dan Perlindungan Retak Skrin 1 Tahun bernilai RM518.
Sementara itu, pembeli yang membuat pra-pesanan daripada kedai konsep vivo akan menerima Pembesar Suara Bluetooth Mudah Alih, Jam Penggera LED, Tumbler, kad Keahlian Premium VIU TV 1 Bulan, Waranti Lanjutan 1 Tahun dan Perlindungan Retak Skrin 1 Tahun bernilai RM559.
Pada masa yang sama, mereka yang membuat pra-peasanan V23e di kedai konsep vivo akan menerima beg galas, Waranti Lanjutan 1 Tahun dan Perlindungan Retak Skrin 1 Tahun bernilaj RM459.
Pelanggan layak menerima tawaran tambahan apabila membuat pra-pesanan kedua-dua peranti di vivo Malaysia E-stores termasuk tawaran pembelian-dengan-pembelian untuk membawa pulang siri vivo TWS 2 pada diskaun 50%, dan tawaran harian termasuk Pembesar Suara Bluetooth, baucar GrabFood, baucar Shopee/Lazada dan Fon Kepala Wayarles.
Mengenai vivo
vivo ialah syarikat teknologi yang mencipta produk hebat berdasarkan nilai dipacu reka bentuk, dengan peranti pintar dan perkhidmatan pintar sebagai terasnya. Syarikat mensasarkan untuk membina jambatan antara manusia dan dunia digital.
Melalui kreativiti unik, vivo menyediakan pengguna dengan kehidupan mudah alih dan digital yang semakin mudah. Mengikuti nilai teras syarikat, yang termasuk Benfen ("Benfen" adalah istilah yang menerangkan sikap melakukan perkara yang betul dan melakukan perkara dengan betul - yang merupakan perihal ideal misi vivo untuk membina teknologi untuk kebaikan).
Dipacu reka bentuk dan orientasi pengguna, vivo telah melaksanakan strategi pembangunan mampan, dengan visi untuk menjadi sebuah syarikat bertaraf dunia yang lebih sihat dan tahan lama.
Sambil merekrut dan membangunkan bakat tempatan terbaik, vivo disokong oleh rangkaian 10 pusat R&D di Shenzhen, Dongguan, Nanjing, Beijing, Hangzhou, Shanghai, Xi'an, Taipei, Tokyo dan San Diego, memfokuskan pada pembangunan teknologi pengguna termaju, termasuk 5G, kecerdasan buatan, reka bentuk industri, fotografi serta teknologi terkini dan akan datang yang lain.
vivo juga telah menubuhkan lima hab pengeluaran (termasuk pusat penghasilan sah jenama), di seluruh China, Asia Selatan dan Tenggara, dengan kapasiti pengeluaran tahunan hampir 200 juta telefon pintar. Setakat ini, vivo telah mengembangkan rangkaian jualannya merentasi lebih 50 negara dan wilayah, dan disukai oleh lebih 400 juta pengguna di seluruh dunia.
Tags
Teknologi
wah jenama Vivo memang terbaik! sentiasa tampil dengan produk mengikut peredaran teknologi! tahniah
ردحذف