Tonton Filem Marvel Studios Eternals Sebab Angelina Jolie! Tapi Babak Dia Sikit Sangat!

Tonton Filem Marvel Studios Eternals Sebab Angelina Jolie! Tapi Babak Dia Sikit Sangat!

Ruby
0
Tonton Filem Marvel Studios Eternals Sebab Angelina Jolie! Tapi Babak Dia Sikit Sangat! | Assalammualaikum semua! Ruby dah tonton filem terkini Marvel Studios iaitu Eternals. Serius rasa teruja sebelum menonton tu memuncak. 

Sebab suka tengok semua filem Angelina Jolie berlakon. Promosi filem ini juga banyak menggunakan babak lakonan dan suara beliau. Maka membuak-buak semangat peminat nak pergi menonton. 

Untuk filem Eternals ini berdasarkan komik. Tetapi, Ruby suka menonton filem dan tidak mengikuti dari komik Eternals. So, surprise surprise!!! 


Tonton Filem Marvel Studios Eternals Sebab Angelina Jolie! Tapi Babak Dia Sikit Sangat!


Video Trailer Angelina Jolie dan Don Lee memang beri wow factor. Tapi, baru ku tahu Sersi lakonan Gemma Chan tu watak utama!!!!!! Kita kena scam!!! Arghhhh! Angie punya babak sikit gila. Dialog pun tak banyak. Don Lee pun babak sikit je. Geram betul pelakon fav aku tak muncul dalam banyak scene. 

Sepanjang tonton filem ni banyak kali Ruby menguap, tengok jam di tangan dan tanya suami "bila nak habis ni?". Paling tak berapa berkenan bila filem Eternals ini mewujudkan diversity bab LGBT? Gay bersama pak Arab? Habibie Habibie. Apoooooo. Sentuhan pengarah Chloé Zhao dah ke laut dalam nampaknya.

Cerita Eternals ni macam kisah keagamaan. Melampau batas bab penciptaan Bumi. Pasal Celestial nak keluar tapi dia nak bina galaksi baru. Weeeiiii jangan bagi anak-anak korang tengok. Kalau mereka tengok, kena pantau dan bagi tahu infomasi bahawa filem ni fiksyen semata-mata. Cerita ini Indah kabar dari rupa!

Tahniah kepada Lembaga Penapis Filem Kementerian Dalam Negeri kerana banyak potong babak comolot dan unnessecary scene. Lama juga Ruby tahan diri dari nak ke toilet. Akhirnya Ruby pergi juga toilet dan kembali ke Hall 9. Masa ni baru muncul Harry Style sebagai Enos @ Starfox yang kita nantikan. Hanya di Post End Credit sajoooooo. So jangan keluar panggung dulu sebelum TGV buka lampu. 

Rindu Angelina Jolie Jadi Watak Utama


Ruby sentiasa support Angelina Jolie. Sebab dia ikon kemanusiaan kan. Namun, filem lakonannya kali ini tidak seperti yang kita harapkan. Mungkin kita dah terbiasa dia berlakon jadi watak utama. Argghhhh stresss. Hahaha. 

Mungkin ini adalah review spoiler dari Ruby berkenaan filem Eternals. Semua orang mempunyai pendapat yang subjektif. Ruby suka filem-filem Superhero dari Marvel Studios. Memang ikuti dari mula filem lama-lama. 

Mavel Studios Eternals perlu perkemaskan lagi tujuan dan asbab berlaku semua perkara dalam Eternals. Pemilihan semua pelakon dah best gila. Kemudian efek CGI semua awesome. Tahniah kepada team rekaan grafik multimedia. 

Walaupun ini filem pengenalan Eternals. Sepatutnya buat lah best macam Avengers dan Guardian of The Galaxy. I mean jalan cerita biar jelas dan kemas. Pelakon dan superhero dah power. Tapi banyak bahagian  boring. 

Katanya Eternals tak mahu ganggu perbalahan di antara manusia. Tapi, bercinta dengan manusia? Heyyyyy. 

Guardian of The Galaxy vol 2 dah ada kisah Celestial iaitu Ego the Living Planet bapa kandung kepada Star Lord @ Peter Quill. Cuma yang Tiamut di Eternals ia keluar dari gunung berapi. Ramai berebut nak hancurkan Bumi. Sebab kita ada hidupan yang pintar. Haha.

Pelakon Filem Eternals


Eternala mempunyai senarai pelakon yang best. Ruby suka semua watak mereka. Cuma, jalan cerita filem ini perlu diperkemaskan lagi. 

Gemma Chan sebagai Sersi

Richard Madden sebagai Ikaris

Lia McHugh sebagai Sprite

Kumail Nanjiani sebagai Kingo 

Barry Keoghan sebagai Druig

Lauren Ridloff sebagai Makkari

Brian Tyree Henry sebagai Phastos

Angelina Jolie sebagai Thena


Don Lee sebagai Gilgamesh


Salma Hayek sebagai Ajak 


Kit Harrington (Game Of Thrones) sebagai Black Knight

Harish Patel sebagai Karun (Pembantu Kingo)

Sinopsis Marvel Studios Eternals


Marvel Studios Eternals menampilkan pasukan Super Hero baru yang menarik dalam Marvel Cinematic Universe, makhluk asing purba yang telah hidup di Bumi secara rahsia selama beribu-ribu tahun.  Berikutan peristiwa Avengers: Endgame, tragedi yang tidak dijangka memaksa mereka keluar dari bayang-bayang untuk bersatu semula menentang musuh manusia paling purba, Deviants.

Pertama Kali Ke Panggung Wayang Selepas PKP Pandemik COVID-19


Tak sangka filem pertama kami selepas 2 tahun duduk di rumah sebab PKP COVID-19 slow macam ni. Huwaaaa. No excitement pun. 

Ruby tempah tiket wayang pada Ahad lepas selepas kami ambil hadiah menang contest Shop & Win dari Wangsa Walk Mall. Kami menang TGV Amber Pass. Terus kami ke TGV Cinemas di tingkat atas.

Kami suami isteri pilih couple seat. Dari Amber Pass yang bernilai RM 20 tu, kami kena add-on RM 4 sebab couple seat. Jadi, untuk dua orang. RM 8 la kan. 

Di Malaysia, Marvel Studios Eternals mula ditayangkan pada 4 Nov 2021 pada sambutan Hari Deepavali. Kami beli makanan dan minuman melalui aplikasi TGV Cinemas. Mudah cashless begini. 

Suasana dalam panggung wayang TGV Cinemas Wangsa Walk Mall di Hall 9 patuh SOP. Penjarakan fizikal di antara penonton dan semua penonton juga pakai face mask sepanjanh menonton. Kecuali pada waktu makan sahaja mereka buka. 

Reunion Pelakon Game of Thrones


Filem Eternals ni totally scam tau. Bagi harapan palsu. Sebab apa tau, semua pelakon dah best. Tapi watak mereka tak banyak pendedahan. Contoh Kit Harrington ni, dia punya watak sikit. Huwaaa. 

Richard Madden babak dalam Eternals banyak. Sesuai dengan personaliti dia. Berkarisma bak kata orang. 

Eternals Tidak Sesuai Untuk Masyarakat Muslims


Mungkin ini peringkat permulaan kita mengenali Eternals dan mempunyai jangkaan harapan terlalu tinggi seperti Avengers dan filem Marvel Studios yang lain. Harap-harap lepas ni sekuel Eternals lebih padu. 

Ruby akan tonton lagi filem Marvel Studios Eternals? Tidak buat masa terdekat. Seronok lagi layan koleksi filem Marvel Studios yang lain. Lebih suka filem fiksyen yang boleh tengok sama-sama seisi keluarga. 

Sebagai Muslims, menonton filem Eternals meloyakan. LGBT adalah Haram. Kami menghormati pilihan seksual anda di luar sana. Cuma, tidak perlu masuk ke layar pawagam lah. 

Kalau nak masuk panggung, buat filem khas dengan klasifikasi 18PL. Jangan mengelirukan penonton. Boleh terpesong Akidah. Okay?

Tags

إرسال تعليق

0تعليقات

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

إرسال تعليق (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !