Ulang Tahun Ke-40 AstraZeneca Di Malaysia

Ulang Tahun Ke-40 AstraZeneca Di Malaysia

Ruby
0
Ulang Tahun Ke-40 AstraZeneca Di Malaysia | Assalammualaikum semua! Mungkin ramai mengenali AstraZeneca dari vaksin COVID-19. Namun, AstraZeneca telah berada bersama dengan kita lebih lama dari itu. Meraikan ulang tahun ke-40 di Malaysia, AstraZeneca umum kerjasama dengan Hospitals Beyond Boundaries untuk meningkatkan kesedaran penyakit di kalangan belia. 

Young Health Programme dilancarkan di Malaysia pada Hari Kesihatan Mental Sedunia bagi meningkatkan kesedaran berkenaan penyakit bukan berjangkit di kalangan belia di samping menggalakkan kesihatan mental serta kesejahteraan belia.

Ulang Tahun Ke-40 AstraZeneca Di Malaysia


Ulang Tahun Ke-40 AstraZeneca Di Malaysia

AstraZeneca, sebuah syarikat farmaseutikal global yang berpandukan sains, melancarkan Young Health Programme menerusi jalinan kerjasama dengan Hospitals Beyond Boundaries (HBB), memberi tumpuan terhadap golongan belia dan pencegahan penyakit tidak berjangkit (NCD). 

Diadakan bersempena Ulang Tahun ke-40 AstraZeneca di Malaysia, Young Health Programme telah dilancarkan pada Hari Kesihatan Mental Sedunia dengan penganjuran program rintis yang disasarkan pada penduduk remaja di PPR Seri Pantai. 

HBB telah dipilih sebagai rakan usaha atas peranan yang dimainkan organisasi bukan berasaskan keuntungan itu dalam mempertingkatkan tahap kesihatan komuniti rentan menerusi usaha mampan dalam aspek penjagaan kesihatan berkaitan penyakit tidak berjangkit.

Hadir pada majlis berkenaan ialah Dr Sanjeev Panchal, Pengarah Negara, AstraZeneca Malaysia dan Dr Wan Abdul Hannan Wan Ibadullah, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Hospitals Beyond Boundaries. Mereka ditemani Puan Tursiah Tino, Pengerusi Persatuan Penduduk PPR Seri Pantai. 

Majlis berkenaan turut menerima sokongan para pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat dan dihadiri Datuk Ramlan Askolani, Pegawai Tugas-Tugas Khas Menteri Wilayah Persekutuan. Bagi mematuhi SOP yang ditetapkan, para penduduk turut menghadiri majlis tersebut dalam kumpulan bersaiz terhad dan secara bergilir-gilir.

Young Health Programme


Young Health Programme oleh AstraZeneca adalah satu program global yang kini diperkenalkan di Malaysia, memberi fokus dalam kesihatan mental dan kesejahteraan golongan remaja dan belia yang berusia antara 10 hingga 24 tahun. Program itu bertujuan memberikan mereka keupayaan untuk mengawal keadaan kesihatan masing-masing, khasnya dalam menguruskan kesihatan jangka panjang termasuk kesihatan mental. 

Program pelaburan komuniti tempatan ini mencerminkan komitmen AstraZeneca terhadap penduduk setempat dan kesihatan masyarakat secara menyeluruh. Kesihatan mental belia dipilih sebagai topik tumpuan dengan mengambil kira impak pandemik Covid-19, yang telah memburukkan cabaran kesihatan mental rakyat Malaysia. 

Di negara ini, statistik bunuh diri yang diterbitkan pihak polis menunjukkan 872 atau separuh daripada kes yang dilaporkan antara Januari 2019 dan Mei 2021 melibatkan remaja berusia 15 hingga 18 tahun. Manakala, Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019 mendapati 424,000 kanak-kanak di negara ini berhadapan dengan isu kesihatan mental. 

(Sumber: The Borneo Post Online, 7 October 2021, Unicef Malaysia: Covid-19 lockdowns have affected children’s mental health

Mengulas mengenai pelancaran Young Health Programme oleh AstraZeneca, Dr Sanjeev berkata, “Kami amat berbesar hati kerana dapat berganding tenaga dengan Hospitals Beyond Boundaries bagi menjayakan program ini. Mereka telah melaksanakan pelbagai usaha yang mengagumkan di Malaysia dan rantau ini bagi meningkatkan kesihatan ahli masyarakat yang paling daif, menjadikan mereka rakan ideal bagi memenuhi matlamat AstraZeneca untuk memperkukuhkan kesihatan masyarakat. 

Golongan muda kekal menjadi kumpulan yang paling mudah terkesan dan kesihatan mental serta kesejahteraan mereka terjejas ekoran pengasingan diri dan ketidakhadiran di sekolah disebabkan penguatkuasaan kawalan pergerakan untuk mengawal penularan Covid-19. Bagi menangani isu ini, kami teruja untuk memulakan Young Health Programme dengan kerjasama Hospitals Beyond Boundaries.”

200 Kit Kesihatan Mental


Sebanyak 200 Kit Kesihatan Mental telah diagihkan kepada penduduk muda bersempena pengenalan Young Health Programme di PPR Seri Pantai. Kit-kit tersebut mengandungi maklumat berkenaan kesihatan mental dan alat yang diperlukan bagi aktiviti-aktiviti seperti senaman dan berkebun yang menggalakkan kesejahteraan mental. 

Ulang Tahun Ke-40 AstraZeneca Di Malaysia

Pada bulan-bulan akan datang, AstraZeneca akan bekerjasama dengan HBB untuk memperluaskan lagi inisiatif yang menyokong peningkatan kesedaran mengenai NCD dalam kalangan belia di Lembah Klang dan seluruh negara. Usaha ini akan membolehkan golongan sasar mempunyai lebih keupayaan membuat keputusan yang wajar berkenaan kesihatan mereka.

Dr Wan Abdul Hannan Wan Ibadullah, Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Eksekutif Hospitals Beyond Boundaries berkata, “Kami amat gembira untuk bekerjasama dengan AstraZeneca bagi Young Health Programme yang fokus terhadap kesihatan mental golongan belia. Di Malaysia, kesihatan mental secara keseluruhannya sering tidak diendahkan, dan ia juga sedemikian dalam kalangan golongan remaja dan komuniti rentan.

Melalui usaha kami sekian lama, kami menyedari bahawa peristiwa yang memberi impak secara meluas kepada masyarakat, seperti pandemik, sering kali memberi kesan kepada golongan rentan dan muda dalam cara yang mungkin tidak jelas dilihat oleh kebanyakan rakyat Malaysia. Menerusi kerjasama dengan AstraZeneca, kami berharap dapat mencapai impak positif berterusan yang akan memperbaiki kehidupan ramai pihak.

Di peringkat global, sejak dilancarkan pada tahun 2010, Young Health Programme telah mencapai lebih 5 juta belia di 30 buah negara merentasi 6 benua. Pada tahun 2018, program tersebut telah diiktiraf oleh Ethical Corporate apabila dinamakan Program Pelaburan Komuniti Terbaik di Anugerah Perniagaan Bertanggungjawab.

Kecemerlangan Selama Empat Dekad di Malaysia


Menyentuh mengenai kehadiran AstraZeneca di Malaysia sejak 40 tahun lalu, Dr Sanjeev berkata, “AstraZeneca amat berbangga kerana menjadi sebahagian warisan penjagaan kesihatan dan menjadi rakan dalam perkembangan industri kesihatan sejak bertapak di Malaysia pada tahun 1981. 

Pencapaian tahun ke-40 ini membuka satu lembaran baharu bagi kami, seiring dengan usaha berterusan untuk menjangkaui penyediaan ubat-ubatan dan bekerjasama dengan rakan niaga untuk memperkukuhkan ekosistem kesihatan dan memacu pendigitalan penjagaan kesihatan menerusi penyediaan solusi-solusi yang inovatif. 

Lebih daripada itu, pada masa depan, kami percaya bahawa usaha mengatasi cabaran yang dibawa oleh penyakit akan memerlukan lebih daripada ubat-ubatan. Langkah-langkah pencegahan dan fokus terhadap kesihatan mental tentunya merupakan sebahagian daripada sudut pandangan yang bertumpukan masa depan.

Kehadiran AstraZeneca di Malaysia bermula apabila ia dilesenkan sebagai Astra Malaysia pada tahun 1981. Penggabungan global antara dua syarikat farmaseutikal, Astra dan Zeneca, pada tahun 1999 telah membuka era baharu bagi AstraZeneca di Malaysia.

Seiring dengan Pelan Strategik Negara bagi Penyakit Tidak Berjangkit 2016-2025, pada tahun 2019, AstraZeneca telah menyatakan komitmennya untuk melabur sebanyak RM500 juta dalam tempoh lima tahun akan datang bagi menyokong inovasi, kerjasama penjagaan kesihatan, pembangunan bakat dan sebuah hab Perkhidmatan Perniagaan Global bagi menyokong perniagaan di rantau Asia Pasifik.

Sejak setahun setengah lalu, AstraZeneca telah mempamerkan komitmen ini dengan memperkukuhkan ekosistem penjagaan kesihatan di peringkat penjagaan utama menerusi pelbagai usaha sama yang melibatkan kerajaan, bidang akademik, NGO, persatuan, penggiat industri dan pengamal perubatan. 

Ia melibatkan pembentukan Hab Inovasi Kesihatan pertama di Malaysia bagi membolehkan syarikat-syarikat pemula menghasilkan penyelesaian penjagaan kesihatan digital baharu yang inovatif dan Lung Ambition Programme bagi diagnosis awal kanser paru-paru. Satu lagi contoh adalah program lestari TakeCareofMe untuk penyakit diabetes yang melibatkan teknologi diagnosis terkini, bermula daripada peringkat penjagaan utama bagi diagnosis komplikasi kardio-ginjal susulan diabetes Jenis-2.


Untuk maklumat lanjut berkenaan AstraZeneca di Malaysia, sila layari https://www.astrazeneca.com/country-sites/malaysia.html
Tags

إرسال تعليق

0تعليقات

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

إرسال تعليق (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !